ANAK BELANJA MAKAN DI ME'NATE STEAK HUB JOHOR BAHRU | SABTU baru-baru ni, Si ada event pagi di SDS Bakery & Cafe di Taman Gaya. Mulanta Suami nak join sekali sama dengan Sis, so Yana tak hantar anaknya, tup-tup Suami kata ada kerja, Sis pun dah malas dah nak pergi, tiba chat dengan Yana, dia kata dia free kalau nak teman, so apalagi Sis ON je laa hahahaha..
Pestime juga ada event media sarapan pagi ni hahaha.. evemt bermula dari jam 10am hingga 11am. Dapatlah jumpa dan semeja dengan blogger Huda dan juga influencer YayaYiYo. Lelain media ada juga. Konon event sejam, tapi bila dah jumpa, berborak memasing, tak ingat nak balik ekk, nasib baik tak kena halau hahahaha..
Khalish budak baik, diam aja tak meragam bila bawa ke event |
Sis dan Yana memang kontrol makan, sebab Yana dah cakap nak belanja makan, cuma pagi tu belum buat keputusan dan tak tau lagi nak makan mana. Kalau takk, memang habis berpinggan makan sarapan pagi hahahaha.. Yerr SDS dah mula ada menu sarapan seawal jam 9am, korang bolehlah sarapan di SDS yaa.. cerita SDS tu nanti Sis kongsikan di lain posting.
Keluar aja dari SDS, Yana ajak ke Toppen, nak cari kasut katanya, mana lagi kalau tak ke Tomaz. Anak-anak memang suka beli kasut di Tomaz, Sis pulak tak berkenan hehehe.. kalu tak Yana dah belanja gak sepasang.
Pusing-pusing Toppen, belilah baju dua pasang, seluar sepasang, then topup make-up, Yana beli baju anaknya, kemudian kitaorang tertanya-tanya laa, nak makan apa... dia tanya dia, dia tanya dia, sorang kejap kata nak makan Korean, kejap kata nak steamboat, kejap kata nak BBQ Grill... tapi ...
Sis dan Menantu amik bahagian Angus, suka tang liat-liat tapi enakkkk bangattt |
Yana punya daging kecukan Waqyu, so memang sedap gilerrr |
Yang sebenarnya, tekak Yana tu haa nak makan Me'nate Steak Hub hahahahaha.. lagipun katanya dah niat nak belanja Maknya dan Suaminya jika ada rezeki lebih jualan kereta, alhamdulilah, Allah perkenankan niatmu anakku.. murah rezeki Yana..
Masuk kali ni, kali kedua Sis datang makan di Me'Nate Steak Hub ni. Dulu masa awal buka, Sis makan Salmon dia, kali ni try pulak steak dia. Sebab masa Ramadan PKP dulu, pernah beli set Promo 50% Family Box dia, memang sedap. Mahal tu kemestian sebab mahal dia berdasarkan kualiti daging dia.
Korang boleh pilih part daging mana korang nak makan, harga pun berlainan. Ikutlah citarasa dan budget memasing. Nak makan sedap, kenalah keluar duit lebih. Kalau bukan under budget, makan jerr dia restoran/cafe western di luar sana, banyak aja yang menawarkan harga yang murah, tapi rasa pasti berbeza.
Ibu Khalish tolong potong-potong daging Nenek, Khalish tido di pangkuan Nenek hahaha |
Sis dah biasa review makan daging steak-steak ni, terutama Waqyu, so memang tau laa kenapa mereka jual mahal. Dah cuba baru tau.. kalau tengok jerr, memang nampak sama jerr dengan daging-daging lain. Cara masakan pun lain, dan tengok pada branding kedai tu sendiri. Ni Me'nate kot hehehehe..
Kebetulan Suami Yana pun on duty showroom, Yana ajak sekali sebagai tunaikan niat dia nak belanja, nasib baik boleh keluar sekejap menantu tu, dapatlah merasa makan sekali, alhamdulilah.. Yana memang anak yang tak kedekut kalau bab makan. Memang kalau cakap jerr nak makan apa, mesti akan di belikan atau di bawa makan, sebab dia pun pemakan hahahaha..
Terima kasih Yana, Mak doakan moga Allah sentiasa murahkan rezeki anak Mak dan juga menantu Mak, sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam keberkatan Allah swt.. aamiinnn.. Mana Khalish? Ada dalam pelukan Neneknya, nyenyak tidurr.. hahahaha..
Total belanja RM378.90 untuk 3 orang makan..
P/S : Alhamdulilah, Besan selamat sampai Malaysia dari mengerjakan Haji.. syukur..
Mmg lain feel dia lagi² masa mengunyah tu 🤣
ردحذفKann Kakk, memang patut harganya mahal...
حذفPernah makan kat Menate kat Bandar Baru Bangi ni.
ردحذفSedapkan Ezna.. sesekali boleh aja makan situ ...
حذفhuishh..sedapnya lahai..:)
ردحذفSangat Cik Nor, rezeki anak belanja ...
حذفsedapnya... pernah rasa sekali je dulu orang belanja.. nak gi sendiri rasa tak mampu.. tapi memang teringat2
ردحذفBetul, bukannya taknak makannya, cuma fikir dua tiga kali hahahaha.. ni rezeki anak belanja, Mak ON aja hahahah jimatttt
حذفFuhyooo, Moga dilimpahkan Rezeki terus teruskan buat anakmuu ya sis.. Aamin.. Nampak nice...saya tak pernah try makan di Menate ni..One day lah..kumpul duit dulu 😂
ردحذفAaamiinn.. sedap Non, pergilah healing makan di sana hahahaha
حذف