BERSERONOK DI LEGOLAND BERSAMA MAK-MAK NENEK

Sis Lin
8
BERSERONOK DI LEGOLAND BERSAMA MAK-MAK NENEK | SEMINGGU dah berlalu tapi entahlah kali ni pergi Legoland sempena 'LEGOLAND School Challenge 2023 Prize Giving Ceremony', kemian enjoy dan puas rasanya bermain, walaupun masa agak suntuk dan terkejar-kejar. 

Itulah sebelum-sebelum ni bila ke sana, dapat tiket one day pun tak seseronok macam kali ni, tapi kali ni dapat enjoy hamya dalam 4jam aja, dah rasa satu kepuasan pulakk, sampai tak cukup masa dan excited pulak menunggu nak pergi event seterusnya hahahaha.. 

Mungkin time tu dada rasa lapang, fikiran pun fokus nak enjoy, dan geng melayan pun geng Mak-Mak Nenek semua hahahaa, tu yang buat happening jadinya. terasa release tension betul oii, sampai semput senak perut gelak dan tergelakkk adoiii.. 

Berseronok Di Legoland Bersama Mak-Mak Nenek
Geng Mak-Mak Nenek hahahahaha

Sis bawa Geng Tempe Sis,Kak Zizi jadi peneman ke sana. Macam biasalah kalau pergi event jejauh, memang Sis bawa teman bersama, jadi geng borak dalam kereta dan melepak. Walau Kak Zizi tu dah pangkat Nenek-Nenek warga emas, tapi stamina dia kuss semangattt.. mengalahkan kami yang 30/40an ni oii.. Sis pun hampir semput hahahahaha.. 

Geng JDT lain ada Eda, Suzie, Hernee dan juga Juju.. tapi lepas habis event Legoland tu, Eda dan Suzie terus gerak ke tempat lain, sebab ada event lain pulak nak di kejarkan. Ikutkan pada mulanya Sis join sekali, tapi memandangkan Legoland ni jauh, dah alang-alang sampai, malas nak terkejar-kejar, so habiskan masa jer berseronok di Legoland bersama Mak-Mak Nenek aja. 

Berseronok Di Legoland Bersama Mak-Mak Nenek
Anak-anak depan tu muka dah mencuka, sebab Mak-Mak sibuk nak naik keretapi

Yang kelakarnya, settle event di beginning area, terus ke tempat makan untuk jamuan yang di sediakan. Time makan pun dah kecoh macam haperr, dengan anaknya tak sabar nak main, dengan Maknya sibuk nak makan, itu sedap, ini sedap, dah makan malas pulak nak bangun hahahahaha.. 

Sebenarnya ikutkan nak juga main kesemua permainan dalam Legoland tu, tapi kesuntukkan masa, banyak tempat dah mula tutup, so mana sempat jer kita main. Yang kelakarnya, selepas makan, memasing berkejar nak naik keretapi tu, ye laa konon nak bawa Kak Zizi tu merasa laa naik keretapi, sebab pestime datang situ, sekali kejar punya kejar, keretapi pun tutttt tuttt tutttt hahahaha LOL.. 

Berseronok Di Legoland Bersama Mak-Mak Nenek
Excited ekkk tudung merah depan tu hahahaha

Part ni memang kelako laa, tembak bagai nak giler, markah 0 hahahaha..

So dah terlepas keretapi, kami pergilah ke NinjaGO dulu, perghh kemain excited Mak-Mak Nenek ni nak main ekkk.. sempatlah mengajar Kak Zizi tu skill macam mana nak bunuh Ninja dalam tu, tapi hampehhhh, entah apa dia tembak pun tak tau, yang pelik skill Juju tu yang menjadi, padahal macam orang menari Zapin jerr gaya hahahahaha.. 

Sis dengan Hernee pulak naik fed-up, tebas-tebas tangan, macam tak keluar power, markah tak naik-naik, entah apa kena dengan tangan kita ekkk tak menjadi, agaknya emas berat sangat di tangan, macam Kak Zizi tu laa, patutlah takde markah langsung hahahahaha.. 

Kasi can laa Nenek ni posing di Miniland tu hahahaha

Lepas NinjaGO masuk pulak permainan tembak pistol, entah lupa namanya laaa.. yang ni lagi haru, memasing jadi blur nak pegang pistol, mana yang tertembak muka sendiri, mana yang pegang terbalik, yang tak hidup pistol pun ada, adoii memang macam-macam yaaa ragamm.. budak jaga kaunter tu pun gelakkkk..

Kalau tengok gambar yang Legoland snap, memang lawak habis ko, rupa dah macam kekanak oren, bukan ribena hahahaha.. anaknya Hernee dan Juju kemain gelakkan kami semua hahahaha.. apa-apa pun memang kami enjoy haritu walau sekejap.. 

Now tak sabar pulak nak pergi event seterusnya ni.. dengarnya ada artis-artis yang akan turut sama, yehaaaa kali ni kita main air, Splash ...


P/S : Update guna PC anak bujang hehehehe.. 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Posing tak kalah ehh memasingg haha

    ردحذف
  2. kelas n still vogue ya kak...saya pi legoland bawak anak2 hari tu masa pkp 2020 tu, baru bukak time tu, orang pakat serbu langkawi time tu kami serbu jb masa tu jb byk kes covid ..aduiii teringat balik best gila legoland tak ramai orang...

    ردحذف
    الردود
    1. Kena maintain dah umur gini, janji voge sopan hehehehe

      حذف
  3. dah lama tak pergi legoland. hujung tahun ni nak pergi jugak lah...

    ردحذف
  4. hahaha terimbau kenangan mengekek dengan nenek hahaha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!