CUTI UMUM HARI HOL NEGERI JOHOR | KAMUS Dewan mendefinisikan bahawa Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Hari Hol juga bertujuan mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk memperingati kerabat diraja negeri yang mangkat. Malaysia ada 2 negeri Aje yang ada hari hol, Negeri Johor dan Negeri Pahang.
APA itu Hari Hol? Hari Hol adalah acara keagamaan sempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor. Acara ini diamalkan sejak tahun 1896, iaitu setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.
Pada hari tersebut, doa dan tahlil diadakan bagi memohon keberkatan daripada Allah S.W.T. Lazimnya, majlis tersebut diadakan di Makam DiRaja yang terletak di Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. Sultan Johor akan mengetuai kerabat lelaki Baginda yang terdekat untuk menabur bunga dan menyiram air wangian bunga ke atas makam selepas bacaan doa oleh Dato’ Mufti.
Pada kebiasaanya, Majlis Tahlil diadakan selepas menziarahi makam. Semua pentadbir negeri Johor berbangsa Melayu yang bergelar Dato’, Pegawai Daerah, penjawat awam negeri Johor, Penghulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor, Ahli Parlimen dan Ketua - Ketua Jabatan yang beragama Islam wajib untuk menghadiri kedua-dua upacara tersebut.
Dan pada tahun 2023, Hari Hol Negeri Johor jatuh pada hari Rabu 23 Ogos 2023. Bermakna hari Esok Rabu adalah cuti umum hari hol bagi seluruh Negeri Johor.
Admin mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Al-Fatihah.
P/S: Esok plannya nak stay kat rumah masak-masak aja.. ada permintaan menu dari Suami tercinta. tungguuu ...
Selamat bercuti orang Johor.
ردحذفMakseh orang Key Yel hehehe
حذفselamat bercuti di johor.. masak2 apa la tu agaknya kannn..
ردحذفMasak hati pedal dan kaki berlado Mummy hehehe
حذفSalam Takziah buat semua keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Alfatihah
ردحذفAamiin Ya Rabbal Ala-Minn..
حذف