JOM BERSARAPAN PAGI DI SDS BAKERY & CAFE! | BILA dengar SDS Bakery & Cafe dah buka untuk sarapan pagi seawal 9am, memang Sis tertunggu-tunggu laaa masanya nak pergi bersarapan di sana, dan bila tiba ada peluang dan masa, apalagi, Sis ajak anak Sis,Yana dan juga cucu pergi bersarapan di SDS bakery & Cafe di Taman Gaya. Biasa pergi di Taman Johor Jaya, ini kali kita tukar mood plak yaa..
Kebetulan pada haritu Sis dan Yana nak ke Toppen, so memang dah dekatlah dengan Taman Gaya tu. Sebelum Toppen buka, kita sarapan laa dulu yaa.. Sampai aja di SDS, waaa masuk dalam sangat teruja juga dengan interior design dia, konsep moden temporari yang di tonjolkan. Luas, lapang dan selesa bagi mereka yang bawa family dan anak kecil.
Bangunan dua tingkatnya boloeh korang duduk makan samaada di bawah atau di atas. Memandangkan bawa cucu, Sis pilih makan di atas aja, lebih luas mata memandang.
Jika korang tak tau nak bersarapan pagi di mana, korang bolehlah datang ke cawangan-cawangan SDS Bakery & Cafe berhampiran korang. Tapi rasanya kebanyakkan hanya di Johor sahaja. Korang boleh check di laman website mereka okay.
Menu sarapan mereka bermula dari jam 9am hingga 12pm. Lebih dari 25 jenis menu tersedia. Dan macam biasalah, menu Mee Goreng Mamak dia tetap menjadi pilihan hati Sis hahahaha.. cuma kali ni, kita try laa menu-menu lain pulak khennnn..
Bila buka buku menu mereka, erkkk terus jadi blur pulak nak makan mana satu, nak makan ala-ala brunch ke atau makan buat alas perut pagi, ermmm sebab semua nampak sedap dan lazat. Tapi sebab banyak masa lagi, so kita mulakan dululah dengan menu roti signature mereka, French Filled Croissant.
Sis pilih Chicken Luncheon with Omellete dulu. Then makan Smashed Egg pulak, klau korang nak tau, semua menu yang ada telur, mereka menggunakan telur ayam kampung.
Bukan aja menu-menu ala omputih aja ada, tapi menu local Nanyang Signature juga ada, seperti Mee Rebus, Fried Mee Goreng ada, Mee Siam, dan banyak lagi. Nasi Lemak juga ada. Kalau korang suka makan pagi yang ringan-ringan, boleh makan set American Breakfast mereka, pun ada.
Sis jenis pagi ken makan 'lebih', nanti makan tengahari agak lewat, then minum petang, malam jarang makan, kecuali kalau keluar. Tak diet tapi dari dulu mcamtu, tu sebab yang biasa dengan Sis,m mesti perasan, pagi memang Sis bedal makan banyak hahahaha ..
Harga menu-menunya juga tidaklah mahal, standard majan pagi di cafe-cafe lain juga. Cuma bezanya di sini banyak pilihan dan berjenis aneka pilihan yang ada. Nak tunggu makan sampai tengahri pun boleh, tapi start jam 12pm dah masuk menu lunch dan dinner mereka.
Tapi jika dalam shopping mall, SDS ni buka jam 10am yaa.. hanya cafe di luar aja buka bermula jam 9am. Paling Sis suka SDS Bakery & Cafe di Taman Johor Jaya, situ HQ pertama mereka. Pilihan roti dan kek juga banyakkkk.. nak sambut birthday pun boleh surprise, mereka akam nyanyi dan buka muzik hihihihi..
Korang just walk-in aja, tak payah booking, tak silap memang takde booking allowed. SDS Bakery & Cafe ni ada 36 outlets in Johor. Di buka setiap hari. Tak silap di Bangi dan Selangor juga dah ada.. korang boleh check di website mereka ookay.
Uuntuk lihat menu-menu sarapan yang tersedia, korang boleh ke facebook page akusislin ni ya .. so apalagi, jom sarapan di SDS Bakery & Cafe.. takde geng, roger-roger Sis yaa.. kikikiki
P/S : Menunggu Poslaju hantar barang, macam tulang nak mereput dah adoii..
Pernah makan di Bangi, kawan bawak, memang sedap. Tapi belum ada di Kuantan.
ReplyDeleteYaaa menu-menunya banyak pilihan kannn, memang kalau nak makan, ke SDS aja..
DeleteThanks for the info. Best ni, boleh bawa anak-anak brunch. Bila la SDS nak buat comeback roti comot-comot macam last time. Ingat lagi tak?
ReplyDeleteHaii Mak... yaa roti comot tu masih ada di jual Mak, pergi je ke SDS hahahahaha
DeleteSedapnyaaa.. Teringin pulak... Terliurrr nengoknya...
ReplyDeleteJommm aku belanja esok nakkkk
Delete