KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA

Sis Lin
6
KHASIAT DAUN DURIAN BELANDA | KORANG pernah ke rasa minum air dari daun durian belanda? Jika pernah, tentu korang tau akan khasiat yang terkandung dalam daun durian belanda tu kan?. Arwah Emak Sis yang meninggal kerana sakit kanser payudara juga pernah amalkan meminum air daun durian belanda ni, tapi ketika tu agak lewat juga laa, sebab Emak dah tahap 4 kansernya, cuma ikhtiar dan usaha. 

Jika sebelum ini, sudah ramai yang memperkatakan berkenaan segala macam khasiat yang boleh diperoleh daripada buah durian belanda. So kali ini, kita fokus kepada khasiat daun durian belanda pula. Persoalannya, adakah teh dari daun durian belanda ini mampu memberikan manfaat kepada kesihatan manusia?.

Memang terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Purdue University menemui, komponen tertentu dalam buah durian belanda boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser berdasarkan eksperimen makmal. Namun, satu kajian sahaja tidak memadai untuk membuktikan keberkesanannya dalam merawat kanser yang tumbuh dalam tubuh manusia.

Khasiat Daun Durian Belanda
Buah durian belanda dapat mencegah dari kanser

Ada satu kajian perubatan mendapati, teh daun durian belanda membantu menyembuhkan luka pada badan tikus makmal dan ada juga kajian lain yang menunjukkan ia memberi perlindungan daripada kerosakan DNA. Ada juga kajian yang menunjukkan khasiat daun durian belanda yang dijadikan sebagai teh.

Kajian tersebut mendapati, selain dari buah durian belanda, teh dari daun durian belanda dilihat dapat membantu mengurangkan gula darah bagi penghidap kencing manis selain bertindak sebagai ejen antimikrob semula jadi. 

Tapi apa salahnya jika kita usaha mencegahnya kan jika betnar daun durian belanda itu ada khasiatnya. Terpulang pada hak masing-masing untuk merawat dan dapatkan rawatan. Tapi tidak salah jika ingin mencubanya. 

Khasiat Daun Durian Belanda
Teh Daun Durian Belanda by Medin4HQ

Khasiat Daun Durian Belanda
Mudah dan senang.. rendam terus di minum. 

Lagi pula, sekarang ni dah maju, tak payah bersusah payah nak dapatkan daunnya, tak payah nak memanjat pokoknya nak dapatkan daunnya, tapi sekarang dah siap sedia terjual Teh Daun Durian Belanda by Medin4HQ ni yang mudah untuk korang minum. Cuma bancuh letak uncang dan rendam dalam air panas kemudian di minum. Suami Sis lama dah amalkannya, so far so good.. alhamdulilah, inshaallah dengan izinNya.. 

Berikut Beberapa Khasiat Daun Durian Belanda:

1) Mencegah Dan Mengubati Kanser :

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Kemudian rebuslah dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja. Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

2) Sakit Pinggang:

Ambillah 20 helai daun durian belanda. Kemudian rebus dengan sukatan 5 gelas air. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal sebanyak 3 gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3) Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh :

Khasiat daun durian belanda juga mampu menguatkan daya ketahanan tubuh. Ambil 5 helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan 4 gelas air. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga menjadi 1 gelas.Minumlah sehari sekali.

4) Mengatasi Diabetis :

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khaisat daun durian belanda boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

Khasiat Daun Durian Belanda
Daun durian belanda yang di petik dan di rebus

5) Menurunkan Tekanan Darah Tinggi :

Hipertnesi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok.Sekiranya korang sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut,sebaiknya minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah korang.

6) Mengatasi Buasir :

Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan 3 gelas air, didihkan sehingga menjadi 1 gelas. Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7) Mengubati Sakit Urat/Saraf :

Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.Rebus 10 helai daun durian belanda tua, tetapi warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan 2 gelas air, didihkan biarkan menjadi 1 gelas.Minumlah dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Inshaallah semuanya dengan izinNya.. 


P/S : Moga diberikan kesihatan yang afiat buat Suamiku.. aamiinnn.. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Jarang minum air durian belanda...Dah lupa apa rasanya 😅

    Psst, kenapa ngan laki sis..Moga bebaik saja buat Kesihatan encik Sabar .. Aamin!

    ReplyDelete
  2. suka buah durian belanda ni, tapi susah nak jumpa..
    emm..banyak khasiat daun nya yer.. bagus. tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mummy, bukan musim lagi, tapi memang susah nak cari..

      Delete
  3. arwah mak pun dulu kita pernah bagi air durian belanda.. ikhtiar kan sis.. selebihnya kita tawakkal n redho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa Her.. usaha, semuanya dengan izinNya ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!