KOPI DULU BARU KAMU! | SEJAK-SEJAK jadi kemaruk minum kopi Ice Latte Sarawak di Rumah Kopi 38 Taman Bukit Dahlia ni. Boleh di katakan hampir seminggu 2/3 kali pergi membeli atau kirim dengan anak Sis.
Sampaikan kekadang Yana pulak tanya sebelum amik anaknya, ‘Mak nak kopi?’ Hehehe.. orang dah tanya kann jangan laaa tolak rezeki. Yana pun dah tau kopi apa yang Sis suka di Rumah Kopi 38 tu.
Memang sedap, pekat dan berasa kopi ais dia, cukup rasa dan betul-betul rasa kopi sebenar, aaaaa gituuuu, review percuma ni hokayy hahahahaa .. tapi memang betul, sedap betul kopinya.
Rumah Kopi 38 ni, bukan sebuah kedai tapi rumah teres dan di hadapan rumahnya di jadikan mini Cafe menjual
Pelbagai jenis kopi dan ada beberapa dessert, roti dan juga puff. Ada meja dan kerusi juga di sediakan di situ.
Cuma kalau korang datang ramai-ramai tu, tempat terhad dan harap faham, jangan berbuat bising sebab itu kawasan rumah orang kann. Sebelah-sebelahnya ada jiran tetangga. Bagus jirannya yang faham keadaan.
Untuk Kopi Ice Latte Sarawak harga RM11 secawan. Dah siap rasa manisnya, tapi dia guna gula apong (gula merah), sebab tu rasa dia sangatlah istimewa, gituhhh..
Waze aja pastu sampai! Rumah Kopi 38 .. |
Kaunter order dan pick-up Kopi |
Pernah juga lepak situ minum balik event dengan geng-geng JDT, then pernah juga minum seorang situ sambil berbual dengan tuan rumahnya dan banyak kali datang beli come and go bawak balik, sampaikan Suami pun tegur, ‘Tak habis-habis dengan kopi Sarawak dia’ hahahahaha ..
Bukak mini Cafe dia rumah dan di namakan Rumah Kopi 38 adalah satu idea yang bagus dan menjimatkan, cuma risiko tu memang akan ada, harap-harap jiran dan orang ramai faham akan keadaan sekarang mendesak untuk berbuat demikian untuk meneruskan kehidupan..
So harini apakah akan singgah lagi?
Semestinya ‘Kopi Dulu Baru KAMU’ hehehehehe ..
P/S : Hujan seawal pagi harini, harini ada event plak, ermmm ..
Menariks idea tuan rumah ni. Dia stay situ lagi ke atau mmg semata kedai kopi?
ReplyDeleteDia memang stay situ Kak, depan rumahnya di buat mini Cafe tu..
Deletewah simple je..nice!!
ReplyDeleteKannn, isea menarik dari tuan rumah ...
DeleteWah boleh geng la kita....Coffee for life! eheks
ReplyDeleteYayyyy... come JB kita kopi-kopi ...
Deleteamboi nenek... psst jom ngopi... lama x ngopi sesama :D
ReplyDeleteHahahaha meh laa kita kopi di JB..
Delete