MAJLIS BERTANDANG DI MELAKA SELAMAT SEMUANYA, ALHAMDULILAH | TIADA ucapan yang hendak Sis katakan, hanya memanjatkan kesyukuran ke atas segala nikmat yang Allah telah berikan, baik dari segi kesihatan, perjalanan, juga sepanjang penginapan dan juga majlis berlangsung di Melaka bagi pihak bertandang kerluarga besan Sis.
Jumaat lepas 4/8 Sis sekeluarga bersama adik-adik juga sepupu Sis bertolak ke Melaka pagi tu. Sebulan sebelum tu Sis dah sesiap booking homestay di MakkInn Village untuk penginapan kami 3 hari 2 malam. Urusan untuk masuk check-in sangat-sangat mudah. Ownernya sangat baik dan cepat balas whatsapp/pertanyaan dari Sis. Memang sangat-sangat puashati.
Sampai di Melaka ngam-ngam timing check-in, so dapatlah kami semua berehat sementara menunggu malam untuk ke rumah Besan Sis makan malam. Yaa Besan Sis ada buat makan-makan sikit sempena kepulangannya dari Haji pada 1/8, sebab tulah majlis bertandangnya di buat setelah Besan balik dari Haji. Syukurlah Besan Sis sihat dan baik-baik aja.
Walau dah 2 bulan berlalu majlis nikah dan bersanding di Johor, seri pengantin tu masih ada. |
Esoknya 5/8 majlis bersanding akan berlangsung di Dewan Japerum Serkam, Kampung Batak, Merlimau Melaka. Bersanding jam 1pm, so kami bertolak dari homestay jam 12pm bersaing dengan pengantin dan beberapa kereta kawan anak menantu. Untuk tema pihak perempuan, kami pakai color Nude, walau tak sedondon semua, janji masuklah colornya tu hehehehe..
Pengantin pula memakai songket baby blue untuk persandingan di Melaka. Kain songketnya di beli dan di tempah khas di kedai. Anak taknak sewa baju, katanya nak buat baju raya tahun depan hahahaha. Sis takde bawa dulang hantaran, hanya bawa sepahar bunga telur sebagai hadiah untuk pihak sana. Ye laaa takkan nak datang dengan tangan kosong kan? Bawalah sesuatu untuk buah tangan kan..
Inilah keluarga kecil kami..Alhamdulilah.. |
Rombongan pihak perempuan dari Johor... |
Alhamdulilah, lauk-pauk dan menu-menu yang di sediakan sangatlah sedap. Adik-adik dan sepupu juga Suami pun puji makanan yang di sediakan. Macam biasa lepas tu, acara memotong kek di mulakan. Tak lama juga kami lepak di situ, sebab cucu dah mula meragam kepanasan.
Boleh pulak tersama tudung dengan Besan kita. Jimmy Scarves lovers hehehehe.. |
Memang Sabtu tu cuaca sangat-sangat panas, walau ada kipas kiri kana depan belakang, bahang tetap terasa. Sebelum cucu meraung, kami mula berangkat balik, lagipun ada tempat lain nak kami singgah untuk persiapan makan malam kami di homestay hehehehe..
Alhamdulilah, majlis bertandang di Melaka selamat semuanya. Terima kasih buat Besan Sis yang memberi layanan yang baik juga melayan kami sepanjang berada di Melaka. Inshaallah jika ada umur dan rezeki, kita jumpa lagi, bolehlah lepak bersama nanti.
Tahniah sekali lagi buat anak Mak dan juga menantu Mak.. 9/8 ni genaplah 2 bulan mereka berkahwin.. alhamdulilah ..
P/S : Sedih pulak bila lihat anak-anak cepatnya membesar 😭 ...
alhamdulillah..meriah gitu
ردحذفAlhamdulilah Mummy.. terima kasih sentiasa mendoakan...
حذفKan.... bila budak2 dah membesar dan ada keluarga sendiri... rasa tua nya hahahah
ردحذفYaa Ret, andai dapat di putar waktu.. huuhuhuu...
حذفAlhamdulillah, selesai majlis dengan selamat.. Comey kedua dua mak pengantin adalah Jimmyscarves lover 🤩 Moga ukhuwah dibina terus dilindungi Allah sampai bila bila..
ردحذفNext cucu pulak lah kan 😁
Alhamdulilah, terima kasih Nona...
حذفAaamiinn.. lepas ni turn ko pulakk..