MAKAN DI IKEA SEMPENA BIRTHDAY SAHABAT GENG BAS SEKOLAH

Sis Lin
6
MAKAN DI IKEA SEMPENA BIRTHDAY SAHABAT GENG BAS SEKOLAH | RASANYA lama tak jejak cafe IKEA, kalau ke sana pun, hanya jalan-jalan ke Toppen aja dan masuk cari barang dalam IKEA, tapi duduk makan di Cafe IKEA, agak lama tidak makan di situ, hinggalah bulan pada beberapa minggu lepas, sempena birthday Ima, Geng Bas Sekolah Sis, kami cadang makan di cafe IKEA aja.

Nasib juga cadangan di terima oleh geng-geng lain, sebab mulanya memasing kemain dia punya plan, nak makan di hotel laa, nak sambut di restoran secara tertutup laa, tapi satu pun tak menjadi, last-last, Sis kata jom makan di IKEA aja hahahaha.. birthday girl kemain happy ekkk :p ..

Makan Di IKEA Sempena Birthday Sahabat Geng Bas Sekolah
Pakai PINK terus nampak muda 5 tahun ekk hahahahah

Dari kononnya Sis nak pakai pink, tetiba semua pun nak pakai pink, terus jadi tema pada haritu PINK. Konon nak into the scene Barbie laa tu ekkk, sekali ada event Foodpanda, amekkaww lalu depan event tu dah, memasing rasa macam maskot pulakk rasa hahahahaha.. 

Hanya kami berenam aja yang free masa tu, Cha dan Nana juga Jep tak dapat hadirkan diri ats urusan masing-masing. Tapi yang ado ni pun dah bersyukur, bukan senang nak berkumpul ramai gini, selalunya ada jerr yang halangannya, termasuk diri ini sendiri hehehehe..

Nasib dah bagitau awal-awal dengan Yana, so dapatlah Yana balik awal dan Nenek dapatlah me-time bersama mereka. Alhamdulilah .. 

Makan Di IKEA Sempena Birthday Sahabat Geng Bas Sekolah
Nasib baik licin semua makan hahahah

Banyak juga yaa yang di order oleh birthday girl ni, aduiii nasib baik juga perut memang lapar, walaupun sebelum tu, Sis dan Ima dah mencekik dulu sementara menunggu lelain sampai hahahaha.. Ima tak boleh tahan lapar, tu yang ajak makan dulu. Kesian lahaiiii.. 

Bila kata dah makan kat IKEA ni, apalagi, sudah tentu laa meatball dia dan juga kepak ayam tu haa.. mushroom soup tu mesti, Sis paling suka betul mushroom soup dia laa, pekat dan terasa betul creamy soupnya.. sangat-sangat suka, so memang Sis makan sorang jer hahahaha.. 

Makan Di IKEA Sempena Birthday Sahabat Geng Bas Sekolah
Happy birthday Ima ...

Kebetulan masa tu ada promo Kek color pink, so apalagi, suruh Izam beli sekali dan kita sambut laa birthday Ima dengan sepotong kek pink tu haa.. yang kelakar, kat situ juga kami nyanyi, tersipu-sipu si Ima hahahahaha.. relax arr, takkan ada yang nak marah, kita bayar makan okayyy :p ... 

Happy birthday Ima, sahabat yang sangat oemurah dan terlalu caring dalam segala hal. Dialah yang banyak memberi Sis semangat dan nasihat setiap kali ada masaalah dan dia juga yang selalu belanja kami-kami ni makan.Moga sahabatku,Ima sihat-sihat selalu, dimurahkan rezekinya dan sentiasa dalam rahmat Allah swt, aamiinn.. 

Makan Di IKEA Sempena Birthday Sahabat Geng Bas Sekolah
Thanks Lily belanja kami ..

Macam biasa, lepas makan takdenya laaa terus balik, mesti akan singgah memana port sambung lepak hahahaha.. so lepas makan, kitaorang terus ke Starbucks di Toppen pulak, Lily nak belanja minum kopi kayangan hehehehe.. seboleh-boleh dia nak belanja, so kita tadahkan aja laa mulut dan perut hahahaha.. tak kenyang-kenyang agaknya ekkk..

Sis kalau nak order sendiri memang tak laaa, tak reti arrr.. paling tak memang suka Green Tea Ice dia jerr, tu pun lupa cakap Lily, taknak whipping cream atas tu, muakk rasa kalau letak benda tu.. Sis suka kosong aja kalau minum apa-apa juga air.. then di belinya juga roti dua ketul, last-last memasing cuit sikit-sikit jerr.. kenyang kannn.. tau punn hahahahaha.. 

Makan Di IKEA Sempena Birthday Sahabat Geng Bas Sekolah
Korang nampak apa?

Paling tak boleh blah, bagnya Kak Suhailah, adoiii ngaperr laa di bawaknya bag binatang ni oii.. nak dekat-dekat pun ngeri takut Sis, macam real jerr.. tak boleh tenung lama-lama, rasa macam hidup jerr.. ishhhh.. si Ima duk pegang-pegang sambil usap-usap, terus meremang Sis hahahaha..

So pada haritu, bagnya duduk bawah dan Kak Suhailah duduk jejauh, jangan duduk sebelah, rasa macam ada benda merayap jerrr ahahahahah adoii.. 

Thanks korang semua, sentiasa menceriakan hari-hari kita ❤ ..


P/S : Sis biar jumpa harimau depan mata, jangan berdepan dengan Ular, mampos tak jejak kaki Sis lari hahahahaha.. *kalau sempat lari, sesilap pengsannnn.. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Geli jugak tengok beg kulit ular. Memang pakai kulit ular ke atau corak je macam kulit ular?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tak tau laa, tak tanya, geli nengokk tapi gigih gak upload gambo hahahaha

      Delete
  2. Remang jugak...Tapi kalau dah duduk bawah, ok je..taklah sampai member kena dok jauh 😂😂

    Pape pun, Happy Birthday to kawan Sis Lin, Semoga yang bebaik buattnya..Aamin...Comey semua pink pink colourrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis tak duduk dekat Non, makin dekat makin meremang rasa hahahaha

      Delete
  3. Wah ada kek pink. Memang ikut tema la. Bab beg tu. Perghh meremang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. rasa dia pun sedap LM... now tak tau laa ada lagi ke tak..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!