MAKAN-MAKAN TERAKHIR BERSAMA SUNAH SEBELUM DIA BERANGKAT KE BUSAN,KOREA

Sis Lin
22
MAKAN-MAKAN TERAKHIR BERSAMA SUNAH SEBELUM DIA BERANGKAT KE BUSAN,KOREA | RASANYA sewaktu posting ni di baca, sahabat Sis,Sunah sudah pun sampai di Busan,Korea. Sebab fligt dia terbang jam 2.30am awal pagi tadi. Dari Malaysia ke Korea mengambil masa lebih kurang 6jam. So maknanya Sunah sudah pun jejak kaki di Korea. 

Belum ada apa-apa mesej darinya, maybe sibuklah nak urus segala urusannya di sana. Mungkin simkad pun dah beli tapi belum betul aktif, mana nak urus tempat penginapan, dan segala dokumen yang hendak dia uruskan. Dia pergi sana bukan jalan-jalan macam biasa Sis pergi, tapi dia ke sana atas urusan kerja, so memang banyak yang hendak di utamakannya dulu. 

Yaa sedia maklum bagi yang sudah dan belum tahu, Sunah ke Busan, Korea bekerja selama 6 bulan as Prodoctoral Researcher di salah sebuah Universiti di sana dan akan kembali ke Malaysia pada Feb 2024 nanti. Tapi katanya semalam nanti bulan November dia balik untuk Majlis Konvokesyennya.. doakan moga dipermudahkan semuanya ya.. 

Makan-Makan Di Lok Lok Bersama Sunah Sebelum Dia Berangkat Ke Busan, Korea
Lok Lok pedas

Makan-Makan Di Lok Lok Bersama Sunah Sebelum Dia Berangkat Ke Busan, Korea
Sebenarnya Sunah tengah menjeling meja sebelah macam mana makan Lok Loknya hahahaha.. 

Rasa terkilan juga tak dapat menghantar dan ucap selamat tinggal padanya semalam, tapi Sunah faham. Tapi eloklah juga, kalau Sis ke sana, mau nangis juga melihat lambaian Sunah nanti. Sebulan sebelum dia berangkat pun dah rasa kehilangan dan sepi sebab takde geng dah untuk ke sana sini pergi event dan geng makan, hurmmm, apalagi nak tunggu 6 bulan, aishhh.. 

Cuma dua minggu sebelumnya ni adalah jumpa Sunah sekejap dan dapat makan bersama-samanya. Sunah datang hantar pepokok ke rumah Sis, dan kebetulan Khalish pun dah balik, so dapatlah Sis keluar sekejap pergi minum dan makan bersamanya sebelum dia pergi meninggalkan Sis huhuhu.. 

Tak pergi mana pun, kami ke Kota Masai aja makan Lok Lok. Kebetulan ini pestime juga Sunah makan Lok Lok, so agak kejakunan jugalah dia kann bila nengok cucuk-cucuk tu semua di goreng dulu. Dia ingat cucuk-cucuk tu semua di celup aja macam Yong Taufu tu hahahaha.. 

Makan-Makan Di Lok Lok Bersama Sunah Sebelum Dia Berangkat Ke Busan, Korea
Order juga nasi lemak sorang satu

Makan-Makan Di Lok Lok Bersama Sunah Sebelum Dia Berangkat Ke Busan, Korea
Refreshing betul Lemon dia

Sebab memasing pun lapar, so kami order juga Nasi Lemak sorang sepinggan. Konon mula nak share, sekali nengok Sunah punya macam sedap, last-last order juga sorang satu hehehe.. rupanya memang sedap wuuuu.. sambal dia pedas manis sangat sedap. Ayam gorengnya pun garing.. 

Lok Lok pun kami amik sendiri-sendiri, sebab Sunah tak makan pedas, Sis amik pedas, tapi takde laa pedas sangat. Apalah makan Lok Lok kalau tak pedas kann, lagi pedas lagi sedap.. tapi Sunah tak berapa tahan pedas, sebab tu dia amik original hehehehe.. 

Sambil makan sembang laa kami tentang aktiviti memasing setelah lama tak ke event sesama.. namppak gaya Sunah macam dah bosan dengar cerita pasal blog hahahaha.. so kita bukak laa cite pasal lain.. begitulah kann kalau dah lama tak jadi blogger tegar, dengar orang lain cite pun, muka kebosanan dari airmuka orang pun kita boleh nampak, kan Sunah ahahahahahaha.. 

Makan-Makan Di Lok Lok Bersama Sunah Sebelum Dia Berangkat Ke Busan, Korea
Haa ginii bila kata suruh pose hahahaha :p

Walau sekejap, jadilah dapat juga jumpa, dapat juga titip pesanan kepadanya, dan segala macam tips ke atau nasihat dan juga luahan padanya, begitu juga Sunah.. moga Sunah tabah, sabar dan terima segala ujian dan ketentuan dariNya dengan dada yang penuh lapang.. pasti ada hikmahnya di belakang hari.. 

Selamat berhijrah sahabatku, moga pulangmu nanti membawa kejayaan, kekayaan, kegembiraan dengan segala impian dan cita-citamu untuk mebahagiakan keluarga tersayang.. all the best Dr Siti Hasunah ❤ ...

Biarpun sendiri, Allah sentiasa bersamamu .. 


P/S : Tunggu aku datang time Winter nanti ya.. hahahahaha :p 

إرسال تعليق

22تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga Sunah baik2 aje di kat sana kan. Apa lagi Sislin, sila buat lawatan ke Busan dgn Kak Ret hehe.

    ردحذف
    الردود
    1. Sunah sangat berdikari orangnya, doakan yang baik-baik aja..
      Retna sampai dulu nnati tuu Karni hahahaha

      حذف
  2. Allahu.. sebak baca entry Lin. InsyaAllah, Sunah baik² sahaja di sana bertemu Sakura.

    ردحذف
    الردود
    1. Kita doakan yang baik-baik aja buat Sunah Kak..

      حذف
  3. Moga urusan Sunah di sana dipermudah. Air lemon ni kalau minum rasa fresh je.

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn, dah selamat sampai dah dia.. syukurlah

      حذف
  4. Nampak menarik pula loklok tu... ada juga menggoreng fishball je kejap lagi kang. nak pergi jauh

    ردحذف
    الردود
    1. Try nanti Yan.. sedap, amik yang pedas, sedap betul hehehehe

      حذف
  5. Ah congrats kak sunah dapat kesempatan untuk work experience di Busan 👍. 6 bulan tak lama lah, tau-tau nanti sudah February saja 😄.

    ردحذف
  6. الردود
    1. Laki aku kata, jangan nak menyusahkan Sunah hahahaha

      حذف
  7. selamat menimba pengalaman di tempat orang Dr Cik Sun..nnt bawak ilmu yang menggunung..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Doakan yaa Cik Nor.. sama-sama kita mendoakannya

      حذف
  8. Cik Sun!!! Kirim salam kat semua Oppa2 hensem kat sana ye..hahahha....semoga dipermudahkan urusan menuntut Ilmu Cik Sun kat sana ye

    ردحذف
    الردود
    1. Hamboii kemainn ekkkk.. abang sayang nak letak mana hahahahaha

      حذف
  9. Baru baca..Yeke datang Winter nanti?? Nak kirim! Hahaha... Semoga Kak Sunah terus dilindungi Allah Dan berjaya Dunia akhirat...Aamin!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha aahhh engko, dah jadi taik dah lok lok hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!