MENU SARAPAN PAGI HARI JUMAAT | ALHAMDULILAH, rezeki pagi ni, menu sarapan pagi hari Jumaat di taja oleh jiran setaman, syukur, moga di murahkan rezekinya selalu. Lepas Suami pergi kerja tadi, jiran mesej katanya, 'Ada rumah ke? Kejap lagi ada orang hantar makanan'. Sis pun aitt makanan apa pepagi ni yaa, sebab biasa jiran ni hantar makan, menu minum petang jer.
Menunggu gak sambil menyapu rumah dan menyiram pokok, tapi tak muncul gak. Perut dah memulas, kang di tinggal masuk jamban, datang pulak orangnya. Tunggu punya tunggu, tiba ada motor hon. Sis pun keluarlah tengok siapa yang menghantarnya.
(Masa berebut nak keluar ke pagar, kaki tersandung di bucu tangga, adoii sakitnya ibu jari ishhh)...
Nampak sedap semunya, inshaallah .. |
Sampai depan pagar, di hulurnya 3 bekas makanan, ermm banyaknya pulak. Masuk rumah bukak, waaa ada Laksa Johor laa.. baru malam tadi sebut-sebut, kalau rajin nak buat Laksa Johor, rupa hajat di hati Allah sampaikan melalui orang lain, alhamdulilah.
Selain Laksa Johor, ada Nasi Lemak Telur dan juga Ubi Rebus Sambal Hijau beserta ikan asin, nampak sangat melazatkannn.. Terus mesej jiran tu ucap terima kasih kepadanya. Katanya sesekali belanja dan ucap balas sebab Sis selalu bawa dia pergi makan-makan.. alaaaa dia ni ngaderrr ekkkk..
So pagi ni kejap lagi sarapan Laksa Johor laa Sis, cuma rasa awal lagi ni, Sis buat IF dari jam 6pm semalam, so pagi ni lambat sikitlah sarapan. Tapi dah terliur nengok menu-menu sarapan pagi ni hahahaha.. Oitt tu bukan Sis sorang makan, tapi ada anak bujang tu kang sekali. Aja gilorr kalau Sis makan sorang ekkk hahahahaha...
Korang sarapan apa? ..
P/S : Harini Cucu tak datang, Ibunya demam, so bolehlah duduk mengodeh blog harini dan siapkan task-task yang tertunggak.. jommm..
Sedapnyaaaa....nasi lemak..lama x makan nasi lemak..eh..esok nak carik la
ردحذفesok kan weekend
Sesekali makan nasi lemak pepagi okaylah SA, kalau selalu, memang tak jadi kerja kang, ngantuk manjang hahahaha
حذف