MENU TERBARU ALL-DAY ALA-CARTE DI MUARA STEAMBOAT & GRILL SANGAT MENYELERAKAN! | BAGI sesiapa yang mengikuti posting Sis sebelum ni, Sis ada kongsikan pengalaman Sis makan di Muara Steamboat & Grill ni bersama kengkawan dan juga family Sis. Rasanya dah beberapa kali dah Sis ke sini untuk nikmati steamboat mereka.
Cuma harini Sis nak kongsikan menu terbaru all-day ala-carte mereka sempena Hari Kemerdekaan ini dan akan berterusan hinggalah bebila selagi ada permintaan. Jujurnya memang teruja dan terkejut dengan persembahan hidangan menu-menu mereka kali ni. Tak sangka dalam restoran Steamboat & Grill pun ada menjual hidangan ala-carte yang sangat sedap dan menyelerakan.
Yang dah pernah cuba pasti taulah menu-menu buffet steamboat & grill mereka kan? Memang sangat puashati bila bayar sekali dan korang boleh makan sepuasnya. Dan please... jangan samakan harga dengan kedai setamboat di luar sana, sebab menu-menu mereka sangat lain dari yang lain yaa..
Kita mulakan dengan jus segar dari buah apple dan markisa |
Suasana petang yang sangat menenangkan mata memandang |
Dan kini, Muara Steamboat & Grill menambah lagi menu-menu all-day ala-carte mereka dengan hidangan yang sangat melazatkan. Harga juga berpatutan dari segi portion dan persembahan. Dah macam makan di hotel lima bintang pulak. Dengan suasana santai sepoi-sepoi angin luar, memang sangat nyaman.
So lepas ni, kalau datang makan di sini, bukan setakat hidangan Steamboat & Grill je ada, masakan lain seperti masakan melayu, masakan Thai, juga Indonesian pun ada, dan tak lupa menu khas bagi kanak-kanak ada di hidangkan! Pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan dan semestinya HALAL!.
Antara menu terbarunya adalah ;
Sotong Sambal Bakar |
Daging Masak Halia |
Kerabu Mango Salad |
Sotong Goreng Tepung |
Ayam Cucuk Serai |
Sup Tulang Pedas Clayport |
Udang Nestume Mentega |
Gulai Kambing |
Dan ada beberapa lagi menu tersedia, cuma tak dan lerr nak up semua, jenuh korang nak scroll kang. Korang boleh ke facebook page akusislin ni untuk lihat lebih banyak gambar menu dan juga suasana persekitaran kawasan restoran Muara Steamboat & Grill tu ya..
Lebih dari 20 hidangan sedia ada termasuk pencuci mulut dan beraneka minuman. Sis paling suka Sup Tulang Pedas Claypot tu, hirup kuahnya yang panas-panas, dan rasa pedas pada kuahnya terasa cukup bahan rempah dan dagingnya pun empuk!. Ayam Serai tu pun sedap walau rasa dia pedas-pedas manja gituu!!. Yang tak tahan pedas, memang akan rasa pedas betul hahahaha..
Menu-menu All-Day Ala-Carte ni korang boleh mencubanya setiap hari, KECUALI Khamis - Sabtu, korang MESTI makan set Steamboat & Grill, then baru boleh order menu-menu ala-carte. Untuk Hari Ahad - Rabu, korang boleh pilih samaada nak makan Steamboat ATAU menu Ala-Carte. Faham tak? Tak faham boleh tinggalkan komen dan tanya.
Bukan itu sahaja... sempena Hari Kemerdekaan mereka juga mengadakan promosi ;
Makan sampai tersandar kalau steamboat derang ni oiii.. |
Murah gilerr ni.. mana nak dapat harga ni... |
Promosi terhad bertemakan Sambutan hari kemerdekaan yang ke-“66” di Muara Steamboat dan korang juga akan berpeluang untuk ;
- Untuk sesiapa yang lahir pada 31 Ogos 1957 disajikan package ‘Free Flow Steamboat’ secara percuma. (Terhad kepada 1pax satu meja)
- Juga bagi mereka yang lahir pada hari 31 Ogos mana-mana tahun, juga disajikan package ‘Free Flow Steamboat dengan harga RM 6.60++ sahaja. (Terhad kepada 1pax satu meja)
- Package Free Flow Steamboat hanya dengan harga RM 66.00++ disajikan kepada Umum yang datang pada hari kemerdekaan.
- Sajian ‘Premium Wagyu beef & Premium Lamb skewer” dengan harga RM 6.60++ secucuk. (Promosi dari 27 Ogos - 03 September 2023)
Ada lucky draw tu best.. buatnya tak ramai kann, kompom ko dapat hadiah hahahaha |
Terdapat pelbagai aktiviti beserta hadiah-hadiah menarik menanti korang terutamanya kepada kanak-kanak dari umur 6-11 tahun seperti ;
- pertandingan mewarna (kanak-kanak 6-11 tahun)
- Pertandingan pakaian paling patriotik (kanak-kanak 6-11 tahun)
- Sesi soal dan jawab (Umum)
- Cabutan bertuah (Umum)
- Tayangan Movie Sarjan Hassan juga akan ditayangkan pada hari tersebut pada jam 6pm
Dan korang juga dapat nikmati juadah korang sambil diiringi dengan persembahan ‘Live Band’ oleh San & Leya dari kumpulan Fren’z Acoustic sepanjang haritu. Menarikkannn? so jangan lupa, korang boleh datang pada Hari Merdeka dan nikmati hidangan bersama keluarga tercinta sempena hari cuti umum Malaysia sambut Merdeka.
Bersama Geng JDT Blogger |
Selipor pun selipor laa.. nasib bukan selipor jamban hahahaha |
Trajedi Ogos makan malam TERsarung selipar tidak akan ku lupakan hahahaha.. adoii poyo betul ekkk.. duk kemas-kemas kereta, terlupa tukar selipornya.. dah pakai sampai ke event perginya. Nasib baik malam uii dan bukan shopping Mall ke hotel ke, kalau tak, memang Sis tak turun kot hahahahaha..
Lupakan cite selipor, now korang dah bolehlah sesiap buat tempahan meja untuk makan di Muara Steamboat & Grill ni. Jujurnya memang best giler tempat ni. Staffnya yang sangat friendly, layan kita macam VIP ko hahahaha.. Surau juga di sediakan, tandas pun wangi bersih.
Sila buat tempahan meja sehari sebelum atau sekurangnya 5jam sebelum Walk-In.
P/S : Skewer tu kan RM6.60 murah gilerr oii.. Sis makan kat KL RM18 henggettt okayyy hahahaha..
Kalo saya lagi di Malaysia, saya dah datang lah kesana kak 😄😄😄. Wagyu skewer tuh memang best sangat harganyaaaa 😍😍.
ردحذفJadi kalo ala carte dihari tertentu lah yaa. Saya memang dah tak bisa kalo makan all you can eat. Dah tak kuat makan banyak. Makanya lebih suka ala carte , sesuai porsi 😁
Hahaha meh laa Fanny, nanti ada rezeki turun JB Sis bawa makan sini yaaa
حذفNampak sedap ni udang butternya. Nanti boleh try bawa anak2.
ردحذفBoleh cuba Mak Lin.. berbaloilah dengan harganya...
حذفTeruja tengok semua menu tu ha..sotong bakar tu sexy!!!!
ردحذفKann, kemain besar sotongnya SA ... puas makan..
حذفSedapnya! Paling suka daging Salai tuh! Hehe...
ردحذفPsssttt: Lawo jugak selipar. ONZ!
Hahaha usah di kenang Nonnnn...
حذف