OGOS BULAN KEMERDEKAAN! | HARINI 1 Ogos 2023, bermakna kita dah tinggal 5 bulan sahaja sebelum melangkah ke tahun 2024. Ishh sekejapnya masa berlalu kan?. Rasa macam baru aja sambut tahun baru.
Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan buat negara kita Malaysia. Pada bulan Ogos ini juga akan kita lihat bendera-bendera Malaysia berkibar di sana sini bagi menunjukkan negara kita Malaysia akan menyambut kemerdekaan tidak lama lagi yakni pada 31 Ogos 2023.
Sis pun semalam pesan kat anak bujang, nanti ingatkan Sis nak beli bendera Malaysia yang baru, ye laa bendera lama tu dah nampak lusuh sangat, so nanti kita gantikan laaa yang baru.
Awal permulaan harini alhamdulilah, masih lagi Allah beri jiwa yang tenang, kesihatan yang sihat, istiqomah dalam ibadah, dan yang penting tiap kali bangun tidur, masih ada insan yang tercinta di sebelah Sis, alhamdulilah…
Jadual bulan Ogos Sis pun agak padat juga. Bulan ni target nak kejar update blog untuk naikkan adsense lagi. Bukan tamak tapi dah itu jalan rezeki yang Allah beri, so kita amik peluang yang ada. Nak dengan taknak aja kan.
Jemputan media untuk event pun dah mula masuk satu persatu, mana yang sempat, yang dekat, bolehlah Sis join, tapi kalau yang jauh-jauh, maaflah Sis nak cuba kurangkan sedikit masa perjalanan (drive) Sis untuk berada di rumah aja dan tidur lebih awal dari sebelum-sebelum ni.
Yaa sejak-sejak ni, lepas Isyak aja, kadang Sis dah tidur. Suami balik pun Sis sedar kemudian layan makan minumnya sekejap, kemudian sambung tidur. Suami pun sama, balik dah penat, so memang terus tidur juga, kami borak esok paginya aja laa ..
Kalau sebelum ni, diri sendiri ni banyak ‘buang masa’, banyak masa di luar aja, now nak adjust masa dan lebihkan berada di rumah dan rehat-rehat aja. Jaga cucu rutin harian tapi tetap curi masa untuk update blog Sis.
Moga bulan Ogos ini akan membawa lebih kegembiraan, lebih rezeki dan lebih tenang dari sebelumnya.. alhamdulilah…
Korang pula macam mana? Everything is good?
P/S : Terima kasih Allah ❤️ ..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.