PAKEJ PERKAHWINAN LENGKAP DAN MURAH DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU | PENGALAMAN mengahwinkan anak dan buat majlis dalam dua keadaan berbeza cukup memberi Sis dan Suami satu pengalaman yang takkan di lupakan. Bersyukur segala urusan kedua anak Sis Allah permudahkan.
Buat majlis perkahwinan ni, semuanya bergantung kepada kemampuan untuk mengadakan majlis itu. Yang penting sebagai ibu bapa kalau boleh nak buat yang terbaik untuk anak-anak. Kalau ikut kemampuan, buat sekadar yang mampu, kalau inginkan kemeriahan, alang-alang dah buat, buat sekali gus, haa baru puashati.
Tapi zaman sekarang, makin hari makin simple dan malas nak meleceh. Maksudnya dah banyak event hall, hotel, yang menyediakan tempat untuk di jadikan tempat meraikan tetamu dan juga majlis perkahwinan. Baik majlis pertunangan, pernikahan hinggalah ke majlis persandingan. Kelebihannya, rumah kita tak kecah dan selerak, cuma hilanglah kemeriahan 'rewang' bersama sanak saudara, kawan-kawan dan juga keluarga, sebab semuanya dah lengkap di sediakan di luar. Tak payah buat apa-apa dah.
Pintu masuk ke salah satu dewan .. |
Ruang majlis antara hall yang ada... |
Pengantin olok-olok yakni model hehehee |
Ikutlah masing-masing kan. Pengalaman Sis, memang Sis suka all-out walau sederhana. Mesti nak buat malam berinai semua, sebab kita dulu tak merasa semua tu, so bila ada anak perempuan, sebolehnya nak juga buat majlis berinai untuknya. Cuma tempat majlis aja laa, kena bijak memilih, supaya tidak akan timbul ketidak kepuasan dalam diri semua keluarga.
Bagi mereka bakal pasangan mempelai atau keluarga yang sedang mencari tempat & pakej untuk mengadakan majlis keraian pernikahan, persandingan, pertunangan atau majlis aqiqah, Sis nak kongsikan di sini Pakej Keraian dalam suasana yang penuh eksklusif di GBW Hotel Johor Bahru dangan harga yang berpatutan.
Harganya serendah RM4200 untuk majlis bertunang atau pernikahan dan aqiqah, juga serendah RM50 per/pax untuk pakej lengkap majlis persandingan. Beserta dengan tempahan bilik dengan harga yang sangat menjimatkan. Sangat-sangat murah harganya, Sis sendiri pun terkesima mendengarnya.
Pakej Lengkap serendah RM4200 sahaja.. |
Pakej lengkap maksudnya, tersedia semua termasuk hiasan hall tempat majlis, pelamin, kerusi meja, andaman, PA sistem, Emcee, doorgift tetamu, juga catering makanan (pilihan menu tersedia). Dah kata lengkap kan, so semuanya tersedia laa dalam satu harga. Tiada caj tersembunyi kecuali ada penambahan dari pihak keluarga pengantin.
Pakej-pakej yang tersedia juga ada pelbagai pilihan. Harga serendah RM50 per/pax, bergantung kepada jumlah tetamu dan pilihan menu. Menu-menunya juga ada pilihan, samaada masakan kampung atau masakan barat, pun ada dalam pakej tersedia. Yang penting, pakej keraian di sini serba lengkap, serba mewah, yang serba tak kenanya, kalau korang tak amik pakej, nanti penat nak handle majlis uii ..
Untuk hall/dewannya juga ada beberapa pilihan mengikut jumpah tetamu yang korang amik. Minimun untuk tempahan adalah 250 orang dalam sebuah majlis. So okaylah kan, 250 tu bagi Sis dah letih juga nak melayan tetamu oii, inikan pulak jika jemputannya seribu orang, so kena pilih hall yang besar dan agak selesa sikit.
Ayam Masak Merah yang jadi perhatian ramai.. |
Kambing Masak Hitam... sedap betul uiiii |
Laksa Johor tersedap.. |
Bab makanan tu memang tak tau nak cakaplah, kalau tak makan di majlis kawin di sini pun, pergi buffet lunch or dinner mereka pun, semuanya sedap-sedap.. inikan pulak menu-menu majlis perkahwinannya. Mata Sis dah tertumpu pada masakan menu Kambing Masak Hitam tu dan juga Laksa Johor. Memang Sis mulakan bismillah dengan dua menu tu, sedap uiii..
Pakej perkahwinan lengkap di sini menyediakan pilihan menu berbeza mengikut harga, so korang bolehlah pilih nak menu masakan kampung atau masakan ala-ala western, tapi takde laa di hidangkannya steak yaa hahahaha.. masih mengekalkan masakan orang kawin, cuma macam Laksa tu di tukar ke pasta ke, haa macamtu..
Ikutlah selera memasingkan. Kadang tetamu ni pun kemain jugaa, sepuluh majlis dia pergi, semuanya ada je komplennya hahahahaha betul takk.. keluarga pengantin juga yang serabut fikir.. Sis dah faham sangat, tak kita, orang lain pun macam tu juga, tapi bila sendiri buat majlis, barulah rasa takut dan bimbangnya takut tak kena selera tetamu, alhamdulilah, so far Allah jaga semuanya.
Mereka berdua ni dah ada planning nak buat majlis anaknya di sini, alhamdulilah... |
Dah masuk musim cuti sekolah ni, dan jika ada anak-anak yang plan akan mendirikan rumahtangga atau ada abang-abang Tesla ke nak pasang dua tiga empat kann, haa bolehlah tempah di di sini, tapi jangan lupa jemput Bini tua hahahaha.. pastikan jemput 3 jam selepas nikah hahahaha.. *gurau jerr :p
Pakej Keraian GBW Hotel :
- Pakej Lengkap Pertunangan & Pernikahan
- Pakej Perkahwinan
- Pakej Lengkap Aqiqah
Merealisasikan pertunangan & pernikahan idaman korang di GBW Hotel Johor Bahru dengan Pakej lengkap perkahwinan tersedia mini pelamin serta dewan berhawa dingin.
- Pelbagai jenis makanan melayu & antarabangsa
- Tempat letak kereta bertutup untuk tetamu.
- Kerusi & Meja untuk tetamu
- Meja hantaran (Lelaki & Perempuan)
- Perkhidmatan Pelayan
- Set meja nikah berserta hiasan
- Aksesori & dekorasi dewan
- Meja sambut tetamu
- PA sistem
- Surau lelaki dan perempuan tersedia.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat
Video REELS : IG akusislin
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh hubungi :
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : +6016 710 0073
Selamat Pengantin Baru buat mempelai yang akan berkahwin..
Moga mahligai yang di bina dalam peliharaan Allah swt.. aamiinn
P/S : Ada tak yang buat majlis perkahwinan di sini? Sila jemput Sis, teringinnya nak makan nasi orang kawin di sini hahahahaha..
awesome
ردحذفYayyy.. dah boleh book kalau nak kahwin hahahahaha
حذفSuka juga macam ni sebab taknak sedara mara penat. Huhu. Nk dorang santai tengok majlis je.
ردحذفBetul, serba serbi lengkap, so takyah pening kepala..
حذف