SEJAK LAPTOP ROSAK NI, TAKDE MOOD NAK MENULIS

Sis Lin
12
SEJAK LAPTOP ROSAK NI, TAKDE MOOD NAK MENULIS | MOOD memang ke-laut sejak laptop rosak ni. Bukanlah rosak terus tak hidup, tapi bila dah ON punyalah lama menunggu dia loading nak bukak paparan muka depan, maksudnya skrin tu nak nyala amik masa lama betul, macam handphone heng. 

Kena mood okay, menunggu jugalah depan laptop (macam sekarang), kena mood geram sakit hati, tak kowser nak menunggu, biarkan aja laa dia, itu yang berhari kekadang tak update blog.. aishhh bilalah nak dapat laptop baru ni yaa hahahaha.. tapi macam nak iPad, taknak laptop dah.. 

Laptop takat nak pakai, boleh guna Suami atau anak bujang punya PC, tapi iPad Sis nak guna bawa ke hulu ke hilir dengan mudah dan senang nak masuk bag jer. Dah penatlah nak guna laptop, lagipun takat Sis nak update blog aja, mudah pakai iPad jer laa.. 

Sejak Laptop Rosak Ni, Takde Mood Nak Menulis
Tenang jerr bila tengok laut gini...

Takpelah kita sabar dulu, orang yang sabar pasti Allah beri yang lebih baik kann.. Sis doakan moga Suami di murahkan rezeki dan hatinya terbuka untuk 'belanja' Sis iPad hahahaha.. so jimat duit tabung sendiri kann hehehehe..

Sebenarnya banyak cerita nak di kongsikan. Hari minggu Sis penuh dengan aktiviti Sis bersama Suami dan anak-anak juga cucu. Alhamdulilah Allah ebri peluang untuk nikmati segala kegembiraan itu selagi nyawa masih ada. Kita lupakan kisah-kisah dunia, layan keluarga dan buat hal sendiri lebih baik dari amik tahu semuanya..

Cuma tu laa, kesian juga kat Suami, semalam plan dia nak pergi memancing, tapi geng takde, Sis kata nak temankan dia, dia jawab panas, tak payah.. so semalam tak jadi dia mancing.. takpelah minggu ni kan cuti panjang, so bolehlah plan pergi mancing yaa Suami..

Sejak Laptop Rosak Ni, Takde Mood Nak Menulis
Snow Skin Mooncake Musang King Durian dari Renaissance

Kalau keluar pun siang hari sampai ke petang, malamnya Sis dan Suami melayan tengok movie Netflix dan lepak berborak hal keluarga. Macam lama tak borak pulak.. tapi kalau kena pointnya, terdiam juga Suami hahahaha.. maklumlah banyak sangat isu semasa yang jadi sentap orang lelaki ni kan.. rasakannn.. 

Yang bestnya sambil lepak nengpok tv layanlah snow skin mooncake dari Renaissance Hotel tu yaa.. Suami kemain suka yaa makan, sebiji dia habis sorang, kena pulak perisa durian musang king, memang sedaplah masuk mulut uiiii, nikmatttt... korang yang cuba, boleh beli di SINI .. 

Mohon MAAF jugalah pada kengkawan blogger yang mana memang lama Sis tak blog walking sana sini. Yang datang komen tanpa jemu tu, terima kasih di ucapkan.. untung yang selalu komen-komen ni, nanti DA blog korang senang naik dan sedikit sebanyak impak dia pageviews korang pun boleh up.. janji rajin update.. happy blog walking korang.. 

Okaylah nanti sambung.. nak fikir idea selepas ni pulak hehehehe.. 


P/S : Nak booking Spa untuk minggu ni laa, Suami gi mancing, kita gi Spa.. lama tak healing body..
Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ahhh.. dapat rasa mood swing kalau lappy problem. Kita pulak suka guna hp jer cuma tu la, susah guna hp klu nak susun semula gbr.

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr Kak, Lin pun pening kalau update guna handphone, banyak lari.. nak komen blog orang pun susah ...

      حذف
  2. semoga besday akan datang ni dapat la ipad nya tu hahahh

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn.. tapi taknak laa, besday hadiah lain laaa hahahahaha

      حذف
  3. Takpe Sis Lin...sabar je dulu..nanti dh ok boleh blogwalking lagi...

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laaa sabar dulu, nanti ada laa kan dapat barunya hahahaha

      حذف
  4. faham perasaan tu, bila la Suami Terchenta nak belanja ipong baru ni hahaha!

    ردحذف
  5. Moga akk dimurahkn rezeki dapat Ipad idaman.. Aamin...
    Moga Cuya pon dapat Ipad.. hehe

    ردحذف
  6. Semoga cepat cepat duitnya terkumpul ya sis...Kalau lambat tabungan sendiri nak penuh, pinjam tabung laki je..hahaha..Bukan apa, kadang tabungan kita bocor...Terguna untuk benda lain 😂

    Okaylah, keep blogging sifu🩷

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau tak cukup juga, pinjam tabung Nona yaaa hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!