SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-66 TAHUN MALAYSIA! | PEJAM celik dah tahun ke-66 Malaysia Merdeka. Kalau arwah Emak masih ada, sama umur dengan Emak Sis. Tapi Mak Sis lahir sebelum Merdeka laa, sebab bulan Februari, kita Merdeka bulan Ogos, tapi tetap juga tahun jatuh pada tahun kemerdekaan kan.
Tahun ni Sis dapat rasakan meriahnya sambutan hari merdeka ni di seluruh negeri Malaysia. Di Johor pun sama, akan ada perarakkan, juga ada karnival sana sini, dan paling best. malam ni ada persembahan bunga api di beberapa tempat, sampaikan di tempat Sis ni pun ado ko, ko ngase? Hahahaha..
So apa plan korang cuti 3 harini? Kalau Johor Ahad dah mula naik sekolah, negeri lain, cuti sakan sampai Ahad kann.. Bagi mereka yang tengah dalam perjalanan menuju ke destinasi percutian, hati-hati memandu yaa, moga selamat sampai semuanya. Sis? Mood cuti dah turn ON, tapi ada beberapa urusan nak di settlekan dulu harini. Sis cuti kemana? Nantikannn.. hehehehehe..
Tema tahun ni, Malaysia Madani .. |
Salam Merdeka 31 Ogos 2023!
Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia! Semoga semangat kemerdekaan terus berkobar di dalam jiwa kita. Di Hari Merdeka ini, mari kita kenang jasa para pahlawan yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Selamat Hari Merdeka, bangsa Malaysia! Banggalah kamu dengan tanah airmu. Jadilah generasi penerus bangsa yang punya rasa cinta kelada tanah air. Jadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur dan adil.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat negaraku Malaysia tercinta.
Keluarga Malaysia Teguh Bersama!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Saya Anak Malaysia!
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Sembilan belas lima puluh tujuh
Bulan lapan kita merdeka
Setelah dijajah oleh orang Inggeris
Kamikaze dan Portugis
Dari Perlis ke Kota Kinabalu
Rakyat bersatu dan maju
Bumi bertuah hasil melimpah
Siapa rajin hidup mewah
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan, Portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri kita
Walaupun cantik negeri orang
Tentunya Malaysia cantik lagi
Melayu, Cina, Iban, India
Kadazan, Portugis pun ada
Semua kaya dengan budaya
Di bawah kibaran satu bendera
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
Saya anak Malaysia
P/S: Saya anak Malaysia, anak jati Johor.. korang??? ...
Selamat menyambut ambang merdeka Sislin. Esok tak tau la Jun larat ke tak nak pegi tgk perbarisan di Putrajaya.
ردحذفSelamat Merdeka Karni.. semalam kita tema Merdeka kot hahahaha
حذف