SET MINUM PETANG SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU

Sis Lin
2
SET MINUM PETANG SERENDAH RM35 DI GBW HOTEL JOHOR BAHRU | BAGI mereka yang bercuti ke Johor dan mencari tempat lepak bersama family dan kengkawan, haaa Sis kongsikan set minum petang paling murah dan berbaloi-baloi makanannya hanya di GBW Hotel Johor Bahru. Sis dah cuba, sebab tu Sis nak cerita ni. 

Baru ni Sis ke sini bawa kawan-kawan Sis untuk menikmati minum petang bersama sebelum kawan-kawan Sis semuanya pulang ke kampung sempena cuti sekolah seminggu. Yang sorang nak balik Kedah, sorang lagi balik Perak, sorang lagi menjaga anaknya tak sihat dan sorang lagi (tak hadir) akan bercuti bersama anak-anak murid dan cikgu ke Cameron, so memang bizi sungguh kengkawan Sis ni yaa.. 

Bila dapat peluang, maka dapatlah kami semua berkumpul bersama dan minum petang di GBW Hotel Johor Bahru. 

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Yang kelakarnya, kengkawan Sis ni tak percaya bila Sis kata dua set minum petang kitaorang minum tu berharga RM35 dan juga RM45. Memasing kata, 'Murahnya' .. yaa memang murah dan berbaloi sangat-sangat. Dah nama pun minum petang kan, so mestilah hidangannya kuih-muih dan pencuci mulut, takkan Nasi Beriani kannn hahahaha.. 

Kalau takat nak sembang dan lepak aja, satu set RM35 (yang macam sirih junjung) tu dah cukup dah untuk dua orang, alaa korang bukan nak makan sangat punn, kang borak, selpie dan bergosip jer lebih kann hahahaha.. tapi kalau nak lebih puashati, takut datang time kebulur, so boleh amik set satu lagi (bentuk bulat) tu harga RM45, sebab yang tu lebih banyak sikit makanannya. 

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Yaa betul, setiap harga untuk dua orang makan dan setiap set di datangkan beserta minuman panas kopi/teh dan juga aiskrim. Memang puashati uii... time asikrim sampai, ko dah tersandar kekenyangan hahahaha.. 

Akan tetapi... jika korang betul-betul datang nak minum petang dan memang tak makan dari pagi ke tengahari, konon buat IF la kannn, so korang jangan risau, ada juga menu add-on seperti ; Nasi Goreng Kampung, Spageti Bolognese, Rojak Buah, Durian Goreng, Popia Goreng dan Dumpling Goreng

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Setiap sepinggan menu add-on tu berharga RM15 sahaja. Semuanya sedap oii, terutama Spageti Bolognese tu, ishhh kenapa tak sama macam kita masak di rumah ekk hahahahaha.. Durian Goreng pun sedap, banyak juga sepinggan, tak silap 5 ketul. Nasi Goreng pun sama juga, pun sedap, arghh semua sedaplah kannn.. 

Sebab tu Sis kata sangat berbaloi dengan harga, walau harnya murah (bagi Sis), tapi rasa pada setiap hidangannya macam makan di restoran mahal gituu.. cukup puashati.. sebab banyak pilihan makanannya. Tang minuman pun sedia ada kopi/teh juga air suam. Pantang cawan kosong, staff mereka akan layan macam VIP hahahaha.. 

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Set Minum Petang Serendah RM35 Di GBW Hotel Johor Bahru

Yang korang tengok dalam gambar=gambar semua di atas tu, memang semuanya Sis order & cuba dan rasanya juga sedap, kena dengan tekak!. Kawan-kawan Sis juga menyukainya! Nak tulis satu-satu jenis makanan tu, memang tak dan lerr kan, so korang boleh tengok SEMUA GAMBAR MENU di facebook page akusislin aja yaa.. 

Minum petang ini bermula dari jam 2-5pm pada SETIAP HARI. Sila buat tempahan awal untuk memastikan ada kekosongan. 

Untuk pertanyaan & tempahan meja, korang boleh hubungi ;
📞 Mr. Syahmi : +6016 710 0048
📞 Ms. Aiza : +6016 723 3558
📞 Ms. Urfa : 016-710 0073 

Petang ni bolehlah korang booking! 


P/S : Jalanraya dah mula jem sana sini .. moga dipermudahkan segala urusan Sis dan korang semua, aamiinn.. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!