4 GUNUNG BERSEJARAH DALAM ISLAM | ISLAM memiliki sejarah panjang dan telah melalui berbagai peristiwa sejarah Islam yang dikenang sampai sekarang. Dan, Arab Saudi merupakan pusat penyebaran awal mula Islam dan di sana pula banyak terdapat tempat-tempat penting dalam sejarah. Pengalaman mengerjakan Umrah setahun yang lalu, banyak meninggalkan kesan di hati Sis juga jemaah-jemaah yang sama dengan Sis. Kenangan indah yang tak dapat di lupakan.
Mengerjakan Umrah/Haji, bukan sekadar mengerjakan ibadah dalam rukun Islam, tapi juga ziarah mengenal dan lihat dengan mata sendiri perjalanan Nabi menyebarkan Islam dan kita dapat bendalami sirah-sirah Nabi yang lama kita lupakan di sekolah dulu. Antaranya, kita dapat lihat dan tahu, di sana terdapat 4 Jabal, yang dalam bahasa Arab bermaksud gunung atau bukit, paling berpengaruh dalam sejarah umat Islam.
Bagi mereka yang tidak lagi mengetahui antara 4 Jabal yang perlu kita ziarah dan lawati ketika di Mekah dan Madina, Sis kongsikan di sini ya. Moga bermanfaat buat semua. Sis copy sana sini untuk ringkasan info.
Gigih juga naik, hampir nak jatuh terpelecuk batu, tapi alhamdulilah sampai juga atas. |
JABAL UHUD
Jabal Uhud bukan gunung biasa. Jabal Uhud memiliki nilai sejarah bagi umat islam. Tak seperti gunung atau bukit lainnya di Kota Madinah, Jabal Uhud memiliki keistimewaan tersendiri. Bahkan Jabal Uhud adalah salah satu gunung yang dijanjikan kelak ada di syurga.
“Jika kita hendak melihat gunung yang terdapat di surga, maka ziarahlah ke Gunung Uhud. Nabi Muhammad ﷺ bersabda, ‘Gunung Uhud ialah salah satu dari bukit-bukit yang terdapat di syurga’,” demikian hadis yang diriwayatkan HR Bukhari.
Saat perang Uhud tahun 625 silam, sebanyak 70 orang syuhada gugur dalam peperangan. Ini menjadikan Jabal Uhud tempat pemakaman para pejuang perang tersebut.
Walau penat, bila sampai di atas, sangat puashati melihat keindahan Mekah pada waktu malam. |
JABAL NUR
Jabal Nur merupakan salah satu destinasi ziarah yang wajib dikunjungi saat pergi beribadah umrah atau Haji. Terletak tidak jauh dari Masjidil Haram, Jabal Nur memiliki ketinggian 642 meter, di kawasan bukit ini inilah terdapat pula Gua Hira, lokasi turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad SAW.
Jabal Nur adalah sebuah gunung yang ada di dekat Kota Mekkah di Hejaz, Arab Saudi. Gunung ini secara keseluruhan landscapenya tandus dan kering. Keistimewaan Jabal Nur adalah menjadi gunung tempat adanya Gua Hira. Jabal bermaksud “gunung”. Sedangkan, Nur maksudnya, cahaya. Secara keseluruhan, Jabal Al Nur berarti gunung yang bercahaya.
Bersama sahabat syurga juga merangkap Mutawifah Sis. Sayang kamu Zie.. |
JABAL RAHMAH
Jabal satu ini sudah amat dikenal oleh umat Islam, menjadi tempat pertama Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu selepas diturunkan oleh Allah SWT ke muka bumi. Jabal Rahmah tidak seperti jabal-jabal di atas yang amat tinggi, Jabal Rahmah hanya mempunyai ketinggian 70-80 meter. Menjadikannya salah satu Jabal yang mudah untuk dicapai oleh para jemaah, hanya memerlukan waktu 15 minit saja untuk mendaki puncaknya.
Bukit ini boleh didaki dengan melalui dalam 160 anak tangga. Mendaki bukit ini dari bawah hingga mencapai tugu Adam dan Hawa biasanya hanya menghabiskan masa sekitar 15 minit saja. Dari puncak bukit, pemandangan Padang Arafah dapat dilihat jelas. Pegunungan tandus serta kemah-kemah jamaah haji yang berwukuf di sana.
Biasa ke sini, jemaah lelaki sahaja yang pergi. |
JABAL TSUR
Kurang lebih 6km di sebelah selatan Masjidil Haram ada sebuah gunung kecil yang biasa disebut Jabal Tsur. Di atas puncak Jabal Tsur tersebut ada Gua Tsur, tempat yang telah dijadikan perlindungan oleh Nabi Muhammad ﷺ beserta sahabatnya Abu Bakar RA dari di kejar kaum kafir Quraisy. Di sinilah Jabal Tsur menjadi saksi sejarah perjuangan Rasulullah ﷺ bersama Abu Bakar dimulai untuk menyebarkan Islam.
Ketika itu pada tahun 622 Masehi, Rasulullah ﷺ berniat hijrah ke kota Madinah untuk penyebaran Islam. Setelah mendapat tahu baginda akan menyebar Islam lebih luas ke luar Mekah, maka kaum kafir Quraisy mengejar untuk menghalang niat Rasulullah ﷺ. Di saat terdesak inilah, Allah SWT melalui perantaranya malaikat Jibril memberikan petunjuk agar Rasulullah ﷺ dan Abu Bakar berlindung ke dalam Gua Tsur. Akhirnya mereka berdua berlindung di dalam Gua, di Jabal Tsur yang tandus selama tiga hari tiga malam. Jabal Tsur merupakan tempat yang dijadikan untuk bersembunyi.
Binatang yang takde kat Malaysia, so kita tunggang laaa |
Ada satu tempat tu, mutawif Sis bawa kami ke Jabal Magnet. Memang tak ramai pakej umrah/haji akan ke sini, syukurlah Sis berpeluang ke Jabal Magnet, Masa Sis pergi, dapatlah tunggang Unta dan juga menikmati aiskrim dalam cuaca yang panas dan kering tu. Juga dapat merasa Teh Arab di sana. Alhamdulilah ..
Jabal Magnet makin popular di Arab Saudi. Tempat ini menjadi tempat ziarah bagi para jemaah haji maupun umrah terutama dari Asia. Orang-orang akan teruja takjub akan kisah di sebalik Jabal Magnet ni, salah satunya kenderaan boleh undur sendiri.
Jabal Magnet (Magnetic Hill) terletak kira-kira 60 kilometer dari Kota Madinah. Perjalanan menuju kawasan Jabal Magnet dari Madinah dipenuhi sejumlah perkebunan kurma dan hamparan bukit berbatuan. 10 kilometer menjelang Jabal Magnet, ada sebuah danau buatan yang besar. Gunung Magnet didominasi warna hitam dan merah bata.
P/S : Cucu takde harini, rasa macam nak keluar cari port lepak ... di mana ya? ...
bukit magnet ni LM pergi masa umrah zaman duduk qatar dulu. siap test kereta gerak lagi kat bukit tu. silap pergi,time panas tengah hari masa tu,berkicap tiak.haha
ردحذفAlhamdulilah, sekurangnya sampai juga kan.. sempatlah Sis buat demo gak pada botol air hahaha
حذفmasih menyimpan impian untuk ke sana satu hari nanti
ردحذفInshaallah Yan, satu hari nanti pasti Allah beri peluang itu.. aamiinnn
حذفSaya suka lihat foto wanita naik unta.
ردحذفTerima kasih ...
حذف