7 JENIS UBAT GATAL TERBAIK 2023!

Sis Lin
4
7 JENIS UBAT GATAL TERBAIK 2023! | APAKAH perkara pertama yang biasa korang lakukan jika korang alami gatal pada kulit? Ya, pastinya korang akan mencari krim gatal terbaik untuk disapu. Namun, adakah ubat gatal yang korang gunakan itu benar-benar berkesan seperti yang diharapkan? 

Sis pun kalau terkena gatal pada kulit nak mencari ubat yang betul berkesan memang agak susah, kena beli try and error. Ye laa kalau tak cuba mana nak tau kesannya kan, so kena beli dan cuba. Jika bernasib baik, sekali beli, terus baik gatalnya, jika tidak, memang dua tiga jenis laa ubat yang di belinya. 

Untuk mengatasi masalah kegatalan, korang boleh lihat senarai ubat gatal kulit terbaik di bawah ini. Yang pasti korang kena beli yang betul di sahkan oleh KKM dan selamat. Biasanya lebih bagus beli di farmai atau berjumpa doktor. Jangan risau, krim gatal kulit di farmasi ini terbukti berkesan dan selamat untuk digunakan. 

7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!

Punca utama kulit gatal

Kulit gatal boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan keadaan. Salah satu punca utama adalah kekeringan kulit, terutamanya ketika berada dalam cuaca kering atau sejuk. Selain itu, reaksi alergi terhadap bahan-bahan tertentu seperti sabun, bahan kosmetik, atau bahan kimia lain juga boleh menyebabkan kegatalan.

Jangkitan kulat seperti kurap juga adalah salah satu penyebab biasa kulit gatal. Keadaan kulit lain seperti ekzema, psoriasis, dan hives turut boleh menyebabkan rasa gatal yang teruk. Gigitan serangga, seperti nyamuk atau kutu juga boleh menyebabkan hal yang sama.

Jadi, adalah penting untuk mengetahui punca sebenar kulit gatal supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan. Jika tidak pasti mengenai punca gatal yang dialami, korang dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor atau ahli dermatologi untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.

7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!

Ubat gatal kulit terbaik

Krim gatal terbaik merupakan antara cara mudah untuk korang merawat kegatalan yang dialami pada kulit. Penggunaan krim gatal bergantung kepada punca yang mencetuskannya seperti alahan, gigitan serangga, jangkitan kulat atau jangkitan bakteria. Di bawah ini merupakan antara jenama ubat gatal kulit terbaik yang digunakan oleh ramai orang.

#1. Creobic Antifungal Cream
7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!

Krim antikulat Creobic adalah salah satu pilihan terbaik untuk merawat jangkitan kulat pada kulit. Ia mengandungi bahan aktif yang berkesan membasmi kulat dan bakteria yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi. 

Selain itu, krim ini juga membantu melembapkan kulit, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau sensitif.

#2. Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream

7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!

Eucerin Eczema Relief Body Cream adalah formula pelembap terbukti secara klinikal yang direka untuk melegakan kulit kering, gatal dan masalah ekzema. Diperkaya dengan Oatmeal Koloid, Ceramide-3, dan Licochalcone (ekstrak akar licorice), kombinasi ini membantu melegakan kulit dan menguatkan lapisan perlindungannya.

Sesuai untuk kegunaan harian, krim ini boleh digunakan oleh orang dewasa, kanak-kanak dan bayi berusia 3 bulan ke atas.

#3. Hurix’s Itchy Cream 
7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!
Krim kulit Hurix’s adalah rawatan topikal yang berkesan untuk pelbagai masalah kulit seperti ruam, gatal-gatal, dan kekeringan. Ia mengandungi bahan semula jadi yang berfungsi sebagai antiradang dan pelembap. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang mencari rawatan gatal semula jadi.

#4. Ceradan Skin Repair Cream
7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!
Ceradan Skin Repair Cream adalah krim pemulihan kulit yang direka khas untuk masalah kulit kering dan sensitif. Ia membantu memulihkan fungsi penghalang kulit dengan cepat dan mengurangkan simptom kulit kering seperti kegatalan, kemerahan dan pengelupasan.

#5. Nixoderm Ointment
7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!

Nixoderm adalah jenama salap yang telah lama dikenali dan dipercayai oleh ramai orang untuk merawat pelbagai masalah kulit. Antaranya termasuklah jerawat, ruam dan gatal-gatal. Ia mengandungi bahan-bahan yang berfungsi sebagai antiseptik dan antiradang.

#6. Econazine Cream 
7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!

Econazine Cream adalah krim antikulat yang sering digunakan untuk merawat jangkitan kulat seperti kurap. Ia berfungsi mengganggu pembentukan membran sel kulat, yang kemudiannya menghalang pertumbuhan dan penyebaran kulat tersebut.

#7. Cap Kaki Tiga Tinea-Kare Anti-Fungal Cream
7 Jenis Ubat Gatal Terbaik 2023!
Cap Kaki Tiga Tinea-Kare adalah krim antikulat yang direka khas untuk merawat jangkitan kulat seperti tinea. Ia mengandungi bahan aktif yang berkesan membasmi kulat selain memberikan kelegaan daripada simptom seperti gatal-gatal, kemerahan dan pengelupasan kulit.

Kesimpulannya, mengambil berat tentang kesihatan kulit adalah sangat penting, terutamanya bagi mereka yang sering mengalami masalah kulit seperti gatal-gatal, ruam atau jangkitan kulat.

Dengan pelbagai produk yang tersedia di pasaran, penting untuk memilih ubat gatal kulit terbaik yang sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda. Seperti yang dinyatakan di atas, setiap produk mempunyai kelebihan dan kegunaan tersendiri.

Oleh itu, sentiasa baca label dan arahan penggunaan dengan teliti sebelum memulakan rawatan. Jika simptom berterusan atau bertambah teruk, korang perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.


P/S : Harini kepala biol, banyak benda jadi terlupa hahahaha kelakar betullah .. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nixoderm tu zaman kakak maisarah kecik dulu selalu guna.kalau gigit nyamuk kejap je hilang merahnya.

    ردحذف
    الردود
    1. oo bagus yerr LM? Nak try belilah untuk cucu, kadang kena gigit nyamuk lama juga nak hilang merahnya..

      حذف
  2. Pernah pakai krim Ceradan. Paling sesuai dengan kulit. Tapi harga. Sangat 'kayangan'

    ردحذف
    الردود
    1. Takpe Shai mahal, janji berkesan dan hilang sakitnya..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!