APA MAKSUD FASIK? | PAGI ni terbaca satu keratan akhbar online Mstar bertajuk mengenai fasik seorang lelaki berseluar pendek sebanyak 3 kali tidak boleh jadi wali/saksi nikah. Satu ilmu baru yang Sis baca pagi ini, memang tau aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, tapi Sis tidak tau mengenai fasik yang di sebut ini. Syukur di beri kesedaran mengenainya.
Ye laa kita ada Suami dan anak lelaki, so kita kena ambil tau. Sekurangnya kita boleh share pada adik ipar, anak saudara lelaki dan sesiapa sahaja yang kita rasa, kita perlu tegur. Tak salah kan jika menegur? Terpulang samaada orang tu nak terima teguran atau tidak, at least kita dah tarik dia dari menjadi seorang 'fasik'.
Suami Sis juga pemakai seluar pendek, tapi masih lagi di bawah lutut samaada berdiri atau duduk. Tidak pendek (atas lutut) dan tidak ketat. Tapi tidak selalu, biasanya memang pakai seluar panjang, sebab senang nak terus solat. Tapi kalau anak bujang memang tidak, dia tak suka memakai seluar pendek.
Pernah jadi gaduh adik-beradik ketika kami bercuti, kakaknya terbasahkan seluar panjangnya, maka ketika trip kami naik bot dia terpaksa pakai seluar pendek, bermasam muka sepanjang perjalanan huhuhu.. dan sebab seluar pendeklah salah satu sebab anak bujang berhenti jadi gol keeper wakil MSSD sekolahnya sebab coach tak bagi dia pakai legging dalam..
Apa Maksud Fasik?
Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Mengikut syarat fasik ialah orang yang tidak mentaati Allah dan mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil secara berkekalan. Fasik boleh dibahagikan 3 peringkat:
Peringkat pertama : Melakukan dosa besar secara sekali sekala sahaja. Selepas dia melakukan perbuatan tersebut, dia merasa bersalah dan tersangat menyesal terhadap perbuatannya itu.
Peringkat kedua : Melakukan maksiat atau dosa besar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati.
Peringkat ketiga : Melakukan maksiat atau dosa besar di dalam keadaan berterusan, di samping itu dia menganggap betapa buruknya dosa besar yang dilakukannya itu. Peringkat ini adalah sebahagian daripada peringkat kekufuran.
Imam Syafie mengharuskan orang fasik menjadi imam, pendapat ini diutarakan kerana dizaman beliau ramai pemimpin yang fasik. Sungguhpun demikian mereka rajin bersolat dengan rakyat jelata dan menjadi imam. Telah menjadi adat pada waktu itu, jika ketua atau raja tanpa mengira fasik atau tidak, dialah yang akan menjadi imam solat jika berjemaah.
Imam Syafie berpendapat orang yang fasik tidak sah menjadi wali nikah, Imam Abu Hanafi dan Imam Maliki berpendapat wali fasik Harus menjadi wali kerana dia layak menjadi wali kepada hartanya. Justeru dia lebih layak menjadi wali perkahwinan anaknya dan sebagainya.
Jika orang fasik menjadi pemimpin, ketua negara atau sebagainya, maka segala arahan nya yang tidak bercanggah dengan syariat islam hendaklah dilaksanakan dan apabila berlaku percanggahan dengan syariat Allah maka mestilah ditolak, tidak harus dipatuhi.
Kerana itu, fasiq kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasiq jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasiq.
Imam Al-Ghazali juga mengutip hadits, “At-tā’ibu minad dzanbi ka man lā dzanba lahū” atau “Orang yang bertobat dari sebuah dosa itu seperti orang yang tidak memiliki dosa.” Demikian penjelasan Imam Al-Ghazali terkait dua jenis fasik. Wallahu a’lam. (Alhafiz Kurniawan)
P/S : Tidak salah untuk berfesyen asalkan aurat terjaga.
good sharing.. tq sis!!
ردحذفMoga bermanfaat buat semua Mummy Ayu...
حذفGood sharing sis 👍
ردحذفMudah-mudahan kita, pasangan kita dan zuriat keturunan kita semuanya terpelihara dari segala perkara yg mengundang murka Allah SWT.
Inshaallah aamiinn..
حذفmoga kita semua dijauhkan dari menjadi orang yang fasiq ni..
ردحذفkalau tak silap, boleh jadi wali nikah, tapi nanti jurunikah akan minta wali beristighfar dulu sebelum memulakan akad nikah sebagai tindakan bertaubat atas segala kesalahannya..
boleh rujuk sini: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2470-al-kafi-762-wali-fasiq-menikahkan-anaknya
Yaa ada baca juga pasal Fasik 'harus' tu.. terima kasih share link Sun'Ah ..
حذفOh ya macam ada terbaca kat fb baru-baru ni. Suami pula memang jaga bab ni. Apa pun good sharing Sis Lin.
ردحذفAlhamdulilah, sama-sama kita pesan memesan kan Ezna..
حذف