BACAAN DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD sangat digalakkan, malah, begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Sudahkah korang berselawat? Perkataan Selawat atau Salawat ( Arab: الصلوات ) diambil dari perkataan solat ( Arab: الصلاة ), beerti doa, pujian.
Menurut istilah Kamus Bahasa Melayu, selawat ditakrifkan sebagai; "doa kepada Tuhan supaya dilimpahkan rahmat atas Nabi Muhammad S.A.W." Perkara ini merupakan satu hakikat kerana hal ini disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad :
"Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi S.A.W " – Riwayat Ad-Dailami
Selawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firmat Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan ke atasnya dengan sebenar-benarnya. – Surah al-Ahzab ayat 56
Kesimpulannya, berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah (terhadap hambaNya yang beriman) bererti memberi rahmat. Jika daripada malaikat bererti meminta keampunan Allah dan jika daripada orang beriman bererti doa kesejahteraan seperti:
Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad SAW.”
Hukum Berselawat
Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya.
Antaranya:
- Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
- Membaca Tasyahud (tahiyyat).
- Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
- Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW
Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat. Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Selawat nabi Muhammad - Bacaan umum
اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
.اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØَÙ…َّدٍ عَبْدِÙƒَ ÙˆَرَسُولِÙƒَ النَّبِÙŠِّ الأُÙ…ِّÙŠّ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ ÙˆَصَØْبِÙ‡ِ Ùˆَسَلم
Allahumma salli 'ala muhammadin 'abdika warasulika n-nabiyyi l-ummiyyi wa'ala aalihi wasahbihi wasallim
Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda beserta sejahtera
Hadis Kelebihan Selawat
Terdapat beberapa hadis yang menceritakan tentang kelebihan berselawat. Antaranya:
1. Daripada Abdullah bin al-‘Ash r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali – Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)
2. Daripada Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Sebaik-baik manusia di sisiku pada hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku – Hadis riwayat at-Tirmizi (482)
3. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Tidaklah sesuatu kaum duduk dalam satu majlis tanpa mereka berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas nabi mereka melainkan penyesalan akan menimpa mereka. Jika Allah SWT kehendaki, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia kehendaki, Dia mengampunkan mereka. – Hadis riwayat at-Tirmizi (3604)
Selawat adalah sebuah amal yang diperintahkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah ï·º.
Keagungan selawat ini jelas terzahir apabila amalan tersebut bukan hanya diperintahkan kepada manusia untuk melaksanakannya namun Allah SWT menyatakan bahawa ia adalah perkara yang turut dilakukan oleh Allah SWT sendiri dan para malaikat-Nya yang suci, dengan firman-Nya:
Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi (Muhammad), wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu berselawat ke atasnya dan mengucapkan salam (kepadanya). (Al-Ahzab ayat 56)
Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada kekasih-Nya, Rasulullah ï·º
Selawat juga terkandung di dalamnya makna “cinta”. Semakin mendalam cinta dan kasih seseorang terhadap Rasulullah maka semakin kerap dia menyebut mengenai Baginda. Sabda Rasulullah ï·º:
Orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat kelak ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku. (Riwayat at-Tirmizi)
P/S : Semoga memberi manfaat kepada semua..
Salam Maulidur Rasul Sislin. Semoga dalam setiap langkah hidup kita, kita selalu mengingat dan mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW.
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul juga buat Karni..
DeleteJom berselawat..