BOLEH KE BAYI MAKAN PASTA?

Sis Lin
18
BOLEH KE BAYI MAKAN PASTA? | SOALAN yang di tanya seorang kawan dalam DM IG Sis ketika Sis upload gambar cucu Sis makan bekalan bekal yang di bawa ibunya. Sis ni lama tak beranak kecil, dan berbeza dengan zaman Sis melahirkan dan membesarkan anak, era zaman Sis, anak-anak lebih kepada makan bijirin aja seperti Nestum atau oat, tapi sekarang zaman dah berubah, dah makin mudah dan segera. 

So Sis dapatlah lihat perbezaan zaman Sis membesarkan anak tahun 90an dengan anak Sis membesarkan anaknya era 2000 milinium ni, jauh bezanya uii.. zaman sekarang macam-macam ada untuk makanan bayi, tapi jika ibu bekerja yang tak sempat memasak bekal anak laa.. tpi anak Sis,Yana dia memang hari-hari bawa bekal anaknya untuk di makan. Sis puji betul keprihatinannya terhadap pemakanan anaknya. 

Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Sedapnya laa, Nenek pun terliur hahahaha

Bilakah bayi boleh makan pasta? Pasta biasanya diperkenalkan kepada bayi dari usia 8 bulan. Oleh kerana kebanyakan pasta diperbuat daripada gandum, adalah disyorkan mereka yang mempunyai sejarah alergi gandum dan atau intoleransi gluten tidak makan pasta atau melewatkan pemekanannya kepada bayi. - sumber google 

So far alhamdulilah cucu Sis takde elergi makan pasta atau mee pasta jenis spageti tu. Lagi berselera ada, Khalish memang suka makan pasta dari makan nasi. Nasi pun dia makan tapi agak slow kalau di suap, tapi kalau nampak pasta atau mee spageti camtu, laju dia nganga mulut dia hahahaha.. 

Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Kalau pasta, memang laju dia makan, siap ada salmon..

Boleh di katakan hari-hari menu cucu Sis berbeza-beza Ibu dia bekalkan. Lauk-lauknya pun sama, dan semua makanan Khalish so far semua takde gula, garam dan serbuk perasa, kecuali stok rebusan ayam. Itulah kerajinan yang Sis puji anak Sis dalam menyediakan makanan anaknya. Sis dulu pun takde macamtu sekali kekekeke.. aku sumbat jer semua.. 

Nasib baik juga Khalish tak cerewet makannya, takde laa yang dia elak dari buka mulut ketika makan, asal nampak je makanan depan mata dia, semua dia nak, termasuk kalau apa yang Sis makan... tapi Yana pesan, jangan sumbat dia makan sembarangan sebab tak nak kacau rasa pemakanan anaknya, katanya belum masa nak bagi makan 'sedap', tunggu besar sikit, kang dah dapat yang sedap, yang makanan biasa dia taknak hehehehe.. 

Boleh Ke Bayi Makan Pasta?
Licin makannya, alhamdulilah .. lepas makan, berakkkk hahahaha

Buah pun sama, bila bawa bekal mesti akan ada buah, kadang buah oren, buah blueberry, buah epal, buah kiwi, cuma pisang jer Ibunya tak kasi dulu sebab manis. Kalau biskut pisang ada Ibunya bagi. Dengar macam cerewet sangat kan Ibunya, tapi takpelah untuk kesihatan anaknya juga. 

Lately ni katanya, banyak Yana dengar bayi kecil lagi dah ada kencing manis, jadi bimbang juga Yana mendengarnya, so selagi mampu nak bangun masakkan bekal anaknya, dia akan cuba yang terbaik untuk anaknya. Resepi makanan bayi seawal 6 bulan pun banyak dia google dan join group-group ibu di facebook katanya. Ramai yang share tips dan petua katanya. Lagi pulak yang beranak sulung, banyak yang tak tau kan.. 

Sis bukan tak tau, tapi cara kita dah tak sama macam dulu. Budak sekarang cara penjagaannya dah lain dengan kita. Kadang kita jadi emak ni pun kena ikut cara anak, so ikut aja laaaa.. moga Khalish menjadi anak yang sihat dan cergas bijak bestari, aamiinn.. 


P/S : Harini hujan sepanjang hari, lemau rasa badan ... 

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagusnya Yana, rajin dia prepare makanan untuk Khalish. Saya dulu pun masa weekend je sempat buatkan utk Khayla, tapi masa tu hantar ke taska Cina mmg dieorg bagi vegetarian food takde garam gula semua ye la kan Cina kan lagi la jaga bab2 makanan sihat ni.

    Time Khadeeja... hmm belasah. Apa yg Khayla makan, sumbat juga dekat Khadeeja 🤣

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Karni, Sis memang puji kerajinan dia, macam-macam jenis menu dia bawa untuk anak dia..

      حذف
  2. Masyaa Allah..hebatnya Yana setiap hari masak bekal anak..
    Betul kata Lin...zaman kita tak sama...tapi respect dengan ibu ibu muda yang fully breast feeding & masak makanan berkhasiat untuk baby

    ردحذف
    الردود
    1. Yer MamaCella, dulu kita semua sumbat je apa kita makan, now banyak penyakit pada bayi, so kenalah Ibunya rajin sikit ...

      حذف
  3. Wowww..Seronok baby makan spaghetti..pasta..Moga terus sihat ye baby... Ibu rajin, nanti anak pun mesti rajin besor nanti!!

    Psst, neneknya mintak Masak lebihlah...boleh raso raso..kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Tu laa kan, patut masak untuk Nenek sekali, tapi lauk Cucu tawar hebeh hahahaha

      حذف
  4. Suka tengok makanan khalish yang pelbagai tu. Nampak sedap.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, tu kadang Sis tak up semua tu, kalau up memang teruja Farah hahahaha

      حذف
  5. Licin makannya tu. Nak basuh yak yak alahai.....

    ردحذف
  6. meriah makanan dia..keep it up mommy!

    ردحذف
  7. Yelah selagi baby ni tak terdedah dgn garam gula biarkan dia disitu. Janji nak makan sayir

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, selagi dia mahu makan, bagi je laa tanpa perasa ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!