DAPAT LAPTOP HP PROBOOK 450 G9, ALHAMDULILAH terlalu banyak perkara yaang mengembirakan Sis dua tiga hari ini. Semuanya mengenai urusan 'kerja' Sis sebagai blogger. Korang sedia maklumlah kan, benda kalau melibatkan sesuatu yang kita guna dan pakai selalu, bila benda tu rosak atau tak berfungsi memang jadi bad mood, tak korang, Sis pun sama.
Sebab itu salah satu alasan beli iPad Pro tu untuk memudahkan kerja Sis sebab laptop sedia ada yang dah hampir 4 tahun Sis guna tu, dah banyak 'buat hal'. Nak hantar repair entah bila. Kalau Sunah dia tau laa rosak apa tang keyboardnya.
Kerosakan yang paling lama Sis hadap, adalah 'keyboard' dia, walau keyboard tu tak boleh tekan nombor 1 & 2 juga huruf @ tu, tapi seorang Sis Lin begitu gigih juga update blog dan buat kerja hakiki seorang blogger. "Sis buat macam mana?" Sis just copy jer 1, 2 & @ tu dari mana-mana page lain, kemudian Sis paste. Gigih kann, janji kerja siap.
Then selain keyboard, loading selepas turn ON tu pulak punya lama, boleh makan dua tiga jam okay.. sangat menguji kesabaran Sis. Ada masa dia okay, time okay memang Sis pecut update blog, tapi time dia lambat, ermmm korang faham-faham aja laa kalau blog senyap. Nak update guna handphone lagi menguji kesabaran Sis hahahaha.. ada kena campak handphone tu nanti..
Dan malam tadi, tiba-tiba.....
2nd hand, janji laju dan keyboard dia boleh tekan semua hahahaha.. |
Anak bujang Sis hulur sebuah laptop HP ProBook 450 G9 kepada Sis, haaaa???? ... Sis cakap laptop apa, dia kata laptop dah tak guna dari kerja dia, so dia bikin format dan buat apa yang patut, then tak pakai, kalau Sis nak, dia bagi.. Bagai pucuk di cita, ulam mendatang pulakkkkk.. walau dah ada iPad Pro, tapi laptop tetap Sis kena guna juga untuk kerja-kerja yang berkenaan..
Alaa happynya Sis.. orang dah bagi, amik jer laa.. Laptopnya pun masih elok, loading kemain laju bila turn ON ko, macam magic hahahaha.. yehaaaa bestnyaa.. dah boleh tekan 1, 2 & @ laaaa...
Ya Allah sesungguhnya ini rezeki dari anakku, tapi Engkau mengizinkannya, syukur alhamdulilah.. urusan kerja Sis di permudahkan semuanya..
Kemudian pulak, harini tadi siang, puas belek-belek kenapa iPad Pro Sis tak boleh reply dan meninggalkan komen di blog sendiri, dah sama macam iPhone Sis, tanya Retna (Sebab Retna ada pakai iPad), dia pun tak tau, Sis godeh-godeh pun tak menjadi, last tanya Farahuda geng JDT Blogger Sis.
Ini setting untuk pengguna apple, kalau android tak tau laa kalau settingnya sama atau tidak, korang boleh cuba godeh okay. |
Kemudian Huda share cara macam mana nak setting untuk reply/komen di blog orang/sendiri. Lepas Huda share, Sis terus buat dan tukar setting tu, then Sis try, alhamdulilah dah boleh laaaa komen/reply di blog sendiri dan juga blog orang yehaaa..
Benda yang sangat mengembirakan Sis., nampak remeh, macam ngada-ngada, tapi sesungguhnya, perasaan diri sendiri ini yang selama ni duk tertanya-tanya dan sabar dengan segala perkara aja yang tau rasa itu.. korang tak payah nak ngata apa-apa.. Bukan 'jakun' dengan segala gadjet, tapi kalau sebelum ini, memang ianya sangat menyusahkan Sis huhuhu.. now Allah permudahkan semuanya, alhamdulilah..
So lepas ni, kalau baca posting blog kengkawan, dah bolehlah Sis tinggalkan komen di iPhone dan juga iPad Sis.. tapi maaflah kalau tak semua dapat Sis blog walking, mana yang lalu di reading list, mana yangs empat, Sis akan tinggalkan komen okay.. Jika tidak tu, Sis baca, tapi tak nyempat nak menaip tinggalkan komen... harap koramg faham..
For now, laptop dah okay, iPad pun ada, rancak laa kita menulis yekkk.. harap Cucu beri kerjasama time Nenek nak menaip yaa. Yang ada masaalah tka boleh komen tu, bolehlah cuba setting tu ya. Btw thanks Huda ❤
P/S : Dah senang bila ada anak bujang boleh repair, format dan setting software semua.. tapi dia belum bersedia nak amik upah buat orang punya. Masih banyak nak kena belajar katanya.
Fuh, Fuhh..Ini lagi mantap lah! Lipat lipat gitu...hahaa! Moga dilimpahkan Rezeki anak bujangmu ya sis kerana menggembirakan emaknya ❣️
ReplyDeleteBertambah giat menghapdet blog nampak gayanyaa 😃Kipidappp!
Bukan Nonn, yang ni bukan yang lipat Sis tunjuk semalam, ni jenis laptop biasa jerr ..
Deletewah alhamdulillah dapat gadjet baru! :)
ReplyDeleteItulah, satu-satu nikmat allah permudahkan urusan Sis.. alhamdulilah ..
DeleteHehehhee welcome sis. Lepas ni mudah blog di mana - mana, bawa ipad je. Sebab ipad lagi ringan nak bawa pergi travel, hehe.
ReplyDeleteKannn.. memang itulah tujuannya Huda.. masuk dalam handbag je pun dah okay
Deleteoh mcm tu rupanya, kena tukar settings. selama ni klau guna iphone dgn ipad msti jd silent reader je, sbb x bleh comment.
ReplyDeleteIyaaa nanti cubalah, Sis dah boleh komen dah hehehehe
DeleteMemang banyak kos kalau repair laptop ni. Kita start skrin tukar 400 lbh. Eh pastu berjangkit keyboard byk huruf rosak kena beratus jgk tukar baru. Huhu. Dah mcm repair kereta. Tp sebab nak update blog keluarla jgk modal.
ReplyDeleteTu laa, anak bujang Sis cakap.. memang laa beli lagi mahal, tapi dari nak repair aja, baik simpan sikit, beli baru..
Delete