HADIAH DARI SUAMI BUAT ISTERI - iPAD PRO

Sis Lin
18
HADIAH DARI SUAMI BUAT ISTERI - iPAD PRO | ALHAMDULILAH akhirnya Allah hantar bisikan hati Sis kepada Suami dan akhirnya Sis dapat juga memiliki sebuah iPad Pro bersize 11inch, syukur Ya Allah!. Gara-gara laptop buat hal dah hampir 3 bulan dan Sis tak bawa repair lagi sebab dalam proses menabung konon nak beli iPad, tapi dengan izinNya, rezeki dari Suami, Suami belanja.

Kenapa beli iPad? Sebab laptop Sis dah ada di rumah, so memang nak sangat iPad untuk mudah Sis bawa ke mana aja. iPad lama tu ada, tapi model  iPad2, memang dah lama sangat. Lagipun anak-anak pun sokong Maknya nak beli iPad, memandangkan Sis suka menaip, so lepas ni bolehlah hangkut iPad naik atas katil kannn.. hahahaha ..

Happy sangat tak terucap, kat kedai Machines tu juga Sis peluk Suami ucap terima kasih, budak staff tu tersipu-sipu gelak. Memang tak sangka keluar semalam, selepas sarapan pagi, Suami drive then masuk JUSCO AEON Tebrau terus naik ke tingkat 2 then masuk ke kedai Machines.

Hadiah Dari Suami Buat Isteri - iPad PRO

Sis tanya, ‘Nak cari apa?’, Suami belek-belek kat bahagian iPad then tanya Sis ‘nak yang mana?’ Ehhh ye ke tak ye ekkk ni, macam surprise pulakkk, Sis tengok muka Suami, Suami kata, ‘Pilih laaa’, isshh orang dah offer tu nak belikan kan, so cecepat kita pilih ya, sebelum Suami bertukar fikiran kan hahahaha..

Mula Sis nak amik iPad Air jer, murah sikit dan size agak kecik lagi dari iPad Pro 11inch ni, then boleh tambah duit beli sekali dengan aksesorinya, tapi Suami kata alang-alang amik je yang baru tu gara-gara staff tu bagitau spec dia jauh beza dengan yang iPad Pro ni. 

Cuma Sis amik spec WiFii aja, tak amik yang ada simkad, yang 2in1 tu lagi mahal harga, so iPad Pro Sis tak boleh download whatsapp dan buat call, lain-lain sama jer. Kalau nak whatsapp kena guna web whatsapp, alaa takpe laa, ni untuk buat kerja jer, nak whatsapp dan call, guna iPhone jer.. 

Hadiah Dari Suami Buat Isteri - iPad PRO

Terus Sis setuju walau Sis tengok besar size 11inch, kalau boleh nak yang kecik aja, tapi takpe laaa, alang-alang dah beli, beli je laaa yang terbaru dan terkini kannn.. tapi tu laa harga dah agak mahal, so tak dapatlah nak tambah beli aksesorinya. So kenalah sambung menabung untuk beli aksesorinya pulak. Suami dah bayarkan untuk iPad ni pun bersyukur sangat!!.. 

Yang tersentuhnya hati, Suami kata, ‘Nanti nak buat kerja kan senang besar’, terima kasih Suami yang sentiasa menyokong hobi, minat dan kerjaya sambilan Isterimu ini sebagai pengiat media as Blogger. Inshaallah Isterimu ini akan ingat pesan-pesanmu. Suami selalu pesan, jaga diri, jaga maruah Suami, jaga tingkah laku dan pergaulan, juga paling di pesan, jaga solat walau di mana juga berada, inshaallah.. 

So lepas ni mudahlah Sis nak buat kerja update, menaip di mana jua berada. Kalau tak, rasa seksa gilerr nak menunggu laptop loading dan juga menaip sebab ada certain keyboardnya dah rosak, yang faham jer yang faham akan ‘rasa’ itu. Tu yang kurang perasan, agak slow dah Sis update blog sekarang. 

Alhamdulilah, terima Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan.. Moga Suami terus sihat, dimurahkan rezeki dan rumahtangga kami bahagia till Jannah, aamiinn .. 


P/S : Update pertama guna iPad Pro! Yehaa 🐝

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahniah berjaya jugak pujuk Abg Sabar belikan iPad Pro hehe. Beli sekali dgn keyboard dia tak?

    Lepas ni sebelum tido nak zikir kat telinga Jun la nak ipong baru kihkih 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha pujuk tu tak, tapi slow talk, akhirnya Abang Sabar faham dan memahami, terharu sangat gituuu.. keyboard dia nak belo ori mahal Karni, so beli je laa yang biasa nanti.. orang dah bayar untuk iPad ni dah syukur dah hehehehe..

      حذف
    2. Saya dah pernah merasa guna keyboard yg ori dgn yg beli kat shopee. Yg ori tu tak tahan sgt lama2 terkopek kulitnya lepas tu tak dpt detect ipad. So far pakai yg beli kat shopee lebih puas hati & yg penting jauh lagi murah dari yg ori punya 😄

      حذف
    3. Dah beli semaam Karni yang biasa-biasa.. lebih mudah dan nampak macam original hahahaha

      حذف
  2. Alhamdulillah syukur, rezeki. Tumpang happy for you 🤗
    Seronokkan dapat benda yg kita nak kan...

    ردحذف
    الردود
    1. Thank PH.. seronok dan bersyukur sebab Suami support kita..

      حذف
  3. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak!

    ردحذف
    الردود
    1. Betul.. kalau tolak rugi, takut orang lain pulakk sapuuuu hahahahahaha

      حذف
  4. Yeay..akhirnya...seronoknya...laptop SA pun dah rosak ni..agak2 sebut dalam hati selalu sampai tak kat suami SA..hahaha...nak jugakkkkk

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah SA, lepas ni dah senang update guna iPad jerr walau dimana juga berada hahaha.. Psttt cuba test hahahaha

      حذف
  5. Lagi senang nak bawa kemana-mana kan.Tapi tulah, bila dah terbiasa guna laptop atau pc, nak guna ipad ni memang ambil masa sikit kan

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, kan kita suka lepak cafe, so dapat iPad ni ishhh seronok gilerr..

      حذف
  6. wah... bestnya.. liez pun berangan nak pakai ipad or apple pc.. belum rezeki lagi, kena kumpul duit dulu

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn.. apple PC tu okay juga tapi tak tau nak letak mana jerr hahahaha

      حذف
  7. wehhh bestnyaaaa!! alhamdulillah!!! senang ko nak update blog lepas ni, di mana jua yeee...di Korea pun pastikan sekali...ehhhh

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Sun.. itulah senang nak menaip waau di mana juga hingga ke Busan hahahaha

      حذف
  8. Aamin, Semoga Dilimpahkan Rezeki suami sis Lin... Semakin mantap Nampaknya! Terkini Dan terbaru gituh! Nanti dalam toilet pun leh hapdet blog.. Syiokkk! 😄❤️

    Psstt: Bolehlah pinjam, buat raso raso 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Gituhhhh… maseh Non sentiasa support Sis..
      Mai laa rumah kita ketak ketik hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!