HARINI MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI DAN SAYUR PUCUK PAKU GORENG BELACAN

Sis Lin
8
HARINI MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI DAN SAYUR PUCUK PAKU GORENG BELACAN | JARANG-JARANG yaa terus update menu yang di masak di sini, biasa dah dua tiga hari ke barulah ada masa nak update, tapi di sebabkan harini on aja laptop dan dia memberi kerjasama, so kita teruslah amik peluang update selagi boleh setelah beberapa hari blog senyap. 

Sebenarnya senyap tu sebab 'murung' kejap, dek plan bercuti tak menjadi, ermmm kerana nak menjaga hati semua, kita mengalah laa dalam semua hal termasuk ketepikan perasaan diri sendiri, apa nak buat kann.. anggap aja laa apa yang berlaku ada hikmahnya dan Allah tu dah susun elok untuk plan seterusnya.. inshaallah .. 

Semalam Sabtu memang seharian ke luar dari negeri Johor, Sis pergi Seremban penuhi jemputan perkahwinan blogger Suria Amanda, so balik pun dah malam sebab banyak sangat persinggahannya ekkk, sampai penuh bonet kereta, entah apa sajerr yang Suami borong hahahahaha..

Harini Masak Asam Pedas Ikan Ikan Pari Dan Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan
Asam Pedas Ikan Pari, alhamdulilah Allah bagi sedap.. 

So harini Suami pun cuti, pepagi macam biasa keluar sarapan dan terus ajak Suami ke Pasar Kipmart. Tapi kali ni Sis suruh Suami tunggu dalam kereta, biar Sis yang belanja lauk basah. Sebelum turun Suami dah pesan, 'Jangan lupa diri nampak ikan' hahahahaha.. sabo je laa, di hulurnya rm200, alhamdulilah.. 

Pusing dua tiga kali, memang dah nampak dah ikan pari, terus capai 2 batang, terus nampak ikan kembong besar, pilih amik 6 ekor, ehhh nampak pulak caru besar, terus amik 2 ekor, then minta udang besar sekilo RM34, minta pulak sotong sekilo RM28, baru nak pegang ikan merah, terus terngiang-ngiang suara Suami pesan tadi, so okay dah, kira.... hahahahaha..

Selesai belanja ikan semua, lalu depan kedai sayur, ini pun sama, geram nengok sayur-sayur kampung kemain segar, kau ngase nak tengok je ke? Hahahaha.. adoiii belilah pucuk paku, kacang panjang, bendi, kubis, terung pipit, terung batang, sawi gemok, dan juga lada merah dan cili. Ehh beli juga tempe, tomato, daun kunyit dan daun selasih, fuhhhh okay dah, kira dikkkkk.. 

Harini Masak Asam Pedas Ikan Ikan Pari Dan Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan
Pucuk Paku Goreng Belacan, terlebih kuah laa pulak, tapi sedap.. 

Menjijit tangan kiri kanan keluar pasar, Suami nampak dari jauh dia dah turun dari kereta tolong angkat masuk belakang Ranger, sambil berkata, 'Banyaknya beli, beli apa jerr?' hahahaha syhhhh kita jangan jawab dulu, biar sejuk dalam ekon kereta baru kita ceritakan yaa kikikiki.. 

Balik rumah, kemas-kemas cuci semua, terus bersiap bahan untuk masak. So harini masak asam pedas ikan pari dan sayur pucuk paku goreng belacan dulu. Malam kang Suami minta masakkan dia ayam kampung (lebihan haritu) masak kicap. So menu malam kang, ayam kampung masak kicap dan telur dadar..

Memang harini kekdahnya duduk rumah makan dan layan Netflix aja. Tadi pun beli buah-buahan dan kalau rajin goreng keropok lekor juga hahahaha.. 

Harini Masak Asam Pedas Ikan Ikan Pari Dan Sayur Pucuk Paku Goreng Belacan
Masa ni bahan tumis sedang mewangi dalam periuk... 

Kali ni kita letaklah resepi asam pedas resepi dari arwah Emak Sis. Kot mana laa tau ada yang tanya. Asam pedas ni kalau masak ikut mood gak, ada masa sedap, ada masa kureng.. walau airtangan sendiri. Maybe sukatan lada dan ikannya, juga air asamnya. Tapi kalau dah biasa, macam mana buat pun tetap sedap ajaa.. 

Resepi Asam Pedas Mudah dan Sedap.

Bahan-bahannya; 
Bawang Besar sebiji
Bawang Putih 3 ulas
Lada Kering 20-26 tangkai (ikut pedas memasing) : Rebus/rendam
Kunyit Hidup 2inci
Halia seinci
Belacan
Asam jawa agak dalam sebesar bawang besar, Buat sukatan pekat. 
Daun kesum
Bendi
Garam/serbuk perasa
Air secukupnya

Cara memasaknya;
Blender kesemua bahan tumis
Tumis bahan blender sampai lada garing
Masukkan air asam dan tambah air ikut kepekatan kuah
Biar mendidih kemudian masukkan ikan dan juga bendi dan daun kesum
Masak sampai ikan betul masak
Letak garam/serbuk perasa, sedia hidang

Korang masak apa harini?.. 


P/S : Puas rasa masak dan makan di rumah kan... lepas tu membongkang hahahahaha

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapnya asam pedas ikan pari.. dah lama tak makan. Nak kena pi cari kedai ni nak masak kat rumah tak best makan sorang²

    ردحذف
  2. Tadi kat Melaka pun makan asam pedas ikan pari jugak. Tapi tak berapa pekat so emm... biasa2 je la.

    ردحذف
  3. Uihh tempting sangat tengok asam pedas ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Heheheh alhamdulilah.. kalau jiran dah hulur sepinggan hehehe

      حذف
  4. sedapnya sayur pucuk paku akak tu.... terliur

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!