JOM MAKAN MALAM BUFET BERTEMAKAN MIDDLE EAST DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | KALAU sebut aja bufet 'Middle East' tentu korang dah terbayangkan menu-menu Arabian gitu kan, contohnya; Kunafah, Baklava, Nasi Arab, Shawarma dan macam-macam laa, tapi tak semua orang menyukainya, menu masakan Timur Tengah ni, ada peminatnya tersendiri.
Untuk Sis, Sis memang orangnya makan jerr semua jenis makanan, tapi tak semua juga yang boleh masuk kat tekak, ada certain, memang masuk je mulut, terus muka mencuka hahahaha.. ada certain juga, sekali suap, wowww betul rasanya, kan kannn.. so kalau makan dan review, jangan bantai semua cakap sedap yaaa, membohong namanya hahahaha..
Dengan lebih dari 400 menu tersedia, buffet dinner bertamakan Middle East di Cafe BLD Renaissance Johor Bahru ini memang sangat meriah. Meriah dan mewah dari segi persembahan dan juga rasanya. Walau tak 100% rasa masakan Timur Tengah tu, tapi cukup sekadar menikmatinya dengan penuh nikmat dan kekenyangan.
Sepanjang bulan Ogos, September dan Oktober buffet dinner ini berlangsung, korang akan di hidangkan dengan pelbagai masakan dari rasa masakan Timur Tengah, tapi jangan risau, ada juga menu-menu lain yang di variasikan bersama dengan masakan lain. Pelbagai citarasa dan aneka manisan, minuman, makanan dan juga pembakaran BBQ di sediakan.
Kalau nak sebut satu-satu menu memang berderet laa, terus hilang ingatan Sis kalau nak ingat balik apa yang Sis makan uii tapi jujurnya Sis cakap, sepanjang Sis nikmati buffet dinner di sini, memang semuanya menepati selera Sis, walaupun tema tu masakan Timur Tengah, takde laa rasa arab sangat, so kita ni tekak Melayu, sesuai sangat nak makan.
Ada orang dengar jer masakan Arab ni taknak makan tapi jangan risau, ada pelbagai menu masakan kampung juga di sediakan seperti, Daging Masak Hitam, Ikan Tenggiri Masak Lemak, Asam Pedas Ayam, Sup Ekor, dan pelbagai jenis salad, rojak dan juga aneka Mee boleh di makan. Satay pun ada.
Yang ramai tercari-cari kalau datang makan sini, Seafood On Ice, punn ada, memang sentiasa ada, Shushi dan Maki pun ada, aneka Salad dan pencecah pun ada, Shashimi juga, pun ada. Untuk masakan Indian pelbagai jenis pilihan kuah dan roti juga gorengan di sediakan. Ada satu jenis gorengan tu Sis makan, uii sedap gilerr, bukan peria tapi apa entah ekkk, dah lupa hahahaha..
Chinese food pun ada juga, western pun ada, pokoknya semua ada Bang. Makan laa dari jam 6.30pm tu sampai ke jam 10pm sepuasnya. Memang berbaloi-baloi. Untuk manisannya pula, ini memang Sis suka, beraneka manisan ada uii.. nampak Baklava jer, loncat-loncat perut hahahaha..
Walau Kunafah dia agak kurang rasa di tekak Sis, tapi orang lain makan kata sedap, so itu namanya tekak memasing, so far Sis makan manisan dia semua, semuanya okay, cuma rasa jer ada certain lari sikit, tapi okaylah.. nak betul rasa Arab, sila pergi ke kedai Arab yaa.. ini hotel daaa..
Bagi korang yang suka makan masakan Timur Tengah, bolehlah datang sini dan mencubanya. Sangat berbaloi, nak lagi berbaloi-baloi, datang pada hari Jumaat dan Sabtu, sebab buffetnya lebih meriah dan mewah berbeza dengan hari lain. Harga pun beza yaa, kena check-it out bebetul, jangan nanti kata hakak tak payung yaaaa..
Yang pastinya HALAL & puashati makan dengan harga yang di bayar!.
𝐌𝐈𝐃𝐃𝐋𝐄 𝐄𝐀𝐒𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 | 𝐀𝐔𝐆 • 𝐒𝐄𝐏 • 𝐎𝐂𝐓
Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel
🗓 Sunday to Thursday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM108 nett per adult
🏷 RM54 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 Friday & Saturday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM168 nett per adult
🏷 RM84 nett per children (6 to 12 years old)
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR : Facebook Page akusislin
Video REEL IG : IG akusislin
P/S : Udang galah dia ekk tak pernah size kecik, semua besau-besau sizenya, puas makan uii..
teringat2 la aku nasi kabsah dia..sedapnya!
ردحذفTau takpe, aku suka betul Umm Ali dia uiii... sedap...
حذف