KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-WAQIAH

Sis Lin
6
KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-WAQIAH | KELEBIHAN surah Al-Waqiah ini adalah untuk memudahkan roh keluar dari jasadnya dan mengurangkan kesakitan. Ia dapat mengelakkan daripada mereka terus nazak dan lebih menderita. Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya.

Surah Al-Waqiah ini Sis banyak membacanya ketika arwah Abah dan arwah Emak Sis sedang sakit tenat di rumah/hospital. Waktu itu Sis sedih, Sis tak dapat nak menjaga sepenuhnya, dan menghadap Abah dan Emak Sis yang sedang sakit hingga habis hayatnya, makanya dari rumah Sis banyakkan membaca surah Al-Waqiah ni. 

Sambil berdoa moga Allah ringankan kesakitannya, dan Sis redha jika Allah cabut nyawa mereka, mungkin itu yang terbaik buatnya dari mereka menderita kesakitan dan mendatangkan kesusahan pada waris dan menjadi aib kepada orang lain. Memang itulah yang banyak Sis sebut dalam hati ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa isihati Sis..

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Surah Al-Waqiah 

Surah al-Waqiah mempunyai pelbagai fadhilat dan kelebihan padanya. Ia sangat merugikan bagi mereka yang tidak mengamalkan bacaan surah ini dalam kehidupan seharian kerana tidak tahu tentang keistimewaannya.

Surah al-Waqiah ini juga sesuai diamalkan dan dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak. Apabila surah ini dibaca kepada mereka yang sedang tenat maka akan diringankan azab kesakitannya. Boleh juga diamalkan dan dibaca di sisi wanita yang hendak bersalin supaya urusan bersalin lebih cepat dan dipermudahkan.

Surah al-Waqiah untuk pengetahuan korang diturunkan di Mekkah dan mempunyai 96 ayat dan merupakan surah makkiyyah. Ia adalah surah yang ke-56 dalam kitab suci Al-Quran. Namun, Imam Qurtubi menukilkan pandangan al-Hasan, I’krimah, Jabir dan A’ta’, menyatakan bahawa terdapat 97 ayat dalam surah ini. 

Surah al-Waqiah dinamakan begitu kerana ia diambil dari lafaz al-Waqiah di ayat pertama surah tersebut yang bermaksud kiamat. Ia juga digelar sebagai surah kekayaan kerana banyak hadis dan riwayat yang menceritkan tentang kelebihan yang dibawa oleh Surah ini. 

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

Kelebihan Surah al-Waqiah

1. Menghindar Diri Menjadi Lalai

Kelebihan pertama bagi pembaca surah ini adalah mereka dapat menghindarkan dari tergolong dalam kalangan orang yang lalai atau leka. Ini kerana Surah ini menceritakan tentang hari kiamat. Bagi mereka yang selalu membaca dan menghayati surah ini, sudah pasti mereka akan fokus menjadi Muslim yang bagus.

Ini juga boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah, maka dia tidak tergolong dalam orang-orang yang lalai.” (HR Ubay bin Ka’ab)

2. Wajah Bercahaya di Akhirat

Pengamal surah ini juga akan dikurniakan dengan wajah yang bercahaya dan bersinar pada hari akhirat. Ini bagi mereka yang membaca Surah al-Waqiah sebelum mereka tidur. Dikatakan bahawa wajah korang akan bercahaya seperti bulan purnama. Selain itu, surah ini juga telah menjadikan rambut Rasulullah SAW beruban.

Ini boleh dilihat dimana Ibnu Abbas R.A berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan berambut putih (kelihatan tua) kerana surah-surah Hud, al-Waqiah, al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Iza-Syamsul-Kuwwirat.” (HR at-Tirmizi)

3. Melindungi Diri Menjadi Miskin

Kelebihan seterusnya bagi Surah al-Waqiah adalah ia boleh melindungi pengamalnya dari kemiskinan serta dimurahkan rezeki dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak hadis yang menyatakan perkara ini. 

Salah satunya adalah di mana Abdullah bin Mas’ud R.A. berkata : “Aku mendengar nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Barangsiapa membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan miskin selamanya. Ibn Mas’ud berkata, ”Aku telah menyuruh anak perempuanku membacanya setiap malam.” (Diperakui oleh Abu Ubaid)

Kelebihan Membaca Surah Al-Waqiah

4. Mengingatkan Kita Tentang Kematian

Pengamal surah ini juga pastinya akan selalu ingat tentang kematian. Ini kerana Surah al-Waqiah menceritakan tentang hari kiamat dan apa yang akan terjadi kepada umat Islam. Ia menceritakan tentang pendosa dan mereka yang selalu melakukan kebaikan di atas muka bumi. 

Oleh itu, sesiapa yang baca surah ini mesti akan tersedar. Mereka akan mencuba mengubah diri supaya menjadi dalam kalangan orang yang dikasihi oleh Allah SWT.

5. Menceritakan Tentang Syurga

Surah ini juga sangat istimewa kerana ia menceirtakan tentang suasana dan keindahan syurga. Ini boleh di beberapa ayat seperti dari ayat 27 hingga ayat 40. Ia menjelaskan tentang gambaran di syurga seperti makanan yang terdapat di syurga dan banyak lagi.  

Bagi mereka yang mengamalkan surah ini, mereka akan lebih semangat untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

6. Menceritakan Tentang Neraka

Ini adalah perkara yang sangat berbeza dengan kelebihan sebelum ini kerana selain dari syurga, Surah al-Waqiah juga menceritakan tentang azab Neraka. Korang boleh melihat tentang gambaran ini pada ayat 41 hingga ayat 56 di mana ia dijelaskan dengan baik. 

Dengan mengetahui tentang keseksaan yang akan dihadapi oleh penghuni neraka, maka ramai akan terbuka hati untuk mengubah diri sendiri supaya tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Kesimpulannya, Surah al-Waqiah merupakan surah yang sangat istimewa dan harus dijadikan amalan untuk umat Islam. Moga bermanfaat buat semua. 


P/S : Sudahkah korang baca Kahfi? .. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih share ilmu yang bermanfaat 👍🏻

    ReplyDelete
  2. salam jumaat...good sharing. tq sis...

    ReplyDelete
  3. Banyak kelebihan surah ni. Setiap hari baca Insyaallah rezeki tak putus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amalkan Eza, inshaallah Allah permudahkan segala urusan rezeki kita ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!