KERETAPI SARONG 2023 - JOHOR

Sis Lin
4
KERETAPI SARONG 2023 - JOHOR | MENGHITUNG hari berlangsungnya acara Keretapi Sarong 2023 (KS2023) sempena Hari Malaysia dalam beberapa hari aja lagi, apa yang dapat Sis lihat, kemeriahan dan keterujaan sudah pun terasa buat mereka yang menantikan acara ini buat pertama kalinya di adakan di Johor. 

Jika di Kuala Lumpur, Keretapi Sarong ini di meriahkan dengan menaiki Keretapi, berbeza Keretapi Sarong di Johor, mereka yang terlibat akan berkumpul di Legaran Segget, Bandaraya Johor Bahru, bermula jam 9am hingga 12pm pada 16 September 2023 (Sabtu, Hari Malaysia). 

LOCCO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).

Tahun ini, acara ‘flash mob’ ini juga akan berlangsung serentak di bandar-bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh), dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station sebagai destinasi akhir).

Keretapi Sarong  2023 - JOHOR

Dengan tema “Etnik” tahun ini, dianggarkan ramai warga-warga Johor dari orang budaya dan komuniti akan menyertai KS2023 yang turut mempamerkan persembahan budaya, termasuk tarian tradisional, muzik, dan sesi penceritaan untuk memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang identiti negara yang berbilang budaya dan bangsa.

Pada haritu, korang bolehlah ajak kawan-kawan, dan keluarga korang turut sama enjoy alunan muzik, dan tarian tradisional ditemani Sungai Segget di HAB HAB Hooray x Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia ni. Yang bestnya, siapa yang datang awal boleh dapat eksklusif goodie bag edisi terhad!.

Keretapi Sarong  2023 - JOHOR

Hab Hab Hooray ini akan berlangsung untuk 2 hari sempena Hari Malaysia dari 16-17 September 2023 di Atrium KOMTAR JBCC. Nanti korang boleh enjoy sambil lepak dengan kengkawan dengan pelbagai makanan, kraf tangan, aktiviti budaya, persembahan artis dan booth jualan. Yang bestnya, siap ada bengkal Zapin bagi mereka yang agak kaku nak berjoget zapin hehehe.. 

Misi program KS2023-JOHOR ini di adakan, hasil inisiatif Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Think City, dan disokong oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertujuan mengangkat Seni, Warisan, dan Budaya Johor dan membantu komuniti setempat. 

Korang save the date siap-siap, war-warkan kepada orang kampung/bandr/jiran tetangga, jom kita berzapin di 'Bando' sambil pakai sarong. Enjoy!

✨ Keretapi Sarong
✨ Persembahan Budaya 
✨ Bengkel Kreatif
✨ Persembahan Live 
✨ Creative & Vintage Market 
✨ Makanan & Minuman 

Keretapi Sarong
🗓 16 September 2023 (Sabtu, Hari Malaysia)
📍 Legaran Segget, Bandaraya Johor Bahru
⏰ 9:00 Pagi - 12:00 Tengahari

Hab Hab Hooray x Keretapi Sarong
🗓 16 September - 17 September 2023 
📍 Atrium, Ground Floor, KOMTAR JBCC
⏰ 10:00 Pagi - 10:00 Malam

Sumber : Visit Johor 


P/S : Seronoknya kan... agak-agak Suami aku nak ke layan ke sini hahahahahahaha mustahil 😛

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ingatkan kereta api apalah yang pakai sarung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakakah gelak besar Saya baca komen Wak hahahaha

      Delete
  2. suami saya memang akan pangkah awal awal acara macam ni...sesak katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Suami Sis memang tak laa Azian layan event gini, so dah faham sangatt..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!