KHASIAT BUNGA TELANG BIRU BAIK UNTUK KESIHATAN TERUTAMA DIABETES!

Sis Lin
10
KHASIAT BUNGA TELANG BIRU BAIK UNTUK KESIHATAN TERUTAMA DIABETES selain boleh dijadikan Nasi Kerabu!. Tahukah korang (mesti tak tau kan), ada banyak khasiat bunga telang biru. Siapa sangka, bunga telang yang selalunya digunakan sebagai bahan untuk membuat nasi kerabu ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Malah, khasiat bunga telang untuk kencing manis juga merupakan sesuatu yang diakui pakar.

Bunga telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea merupakan tanaman yang tergolong dalam keluarga Fabaceae. Bunga telang mendapat perhatian dalam perubatan moden disebabkan khasiatnya terhadap kesihatan dan juga kandungan antioksidannya yang tinggi. Malah, bunga telang juga banyak digunakan di dalam perubatan tradisional untuk mengubat demam, inflamasi, kesakitan dan juga diabetes. 

Bukan itu sahaja, bunga telang juga boleh digunakan sebagai penawar bisa ular dan kala jengking! Sis sendiri pun baru tau boleh buat ubat hilang biasa. Yang taunya bunga telang dalam Nasi Kerabu aj, hehehe tau makan je kau kan Sis Lin hahahaha. 

Khasiat Bunga Telang Biru Baik Untuk Kesihatan Terutama Diabetes!
Dulu mata Sis perasan macam Ungu, rupanya Biru ekkk hahahaha

Khasiat Bunga Telang Biru Terhadap Kesihatan

Selain kegunaannya dalam masakan, bunga telang biru mempunyai khasiat tersendiri terhadap kesihatan. Antaranya ialah:

1. Dapat menstabilkan gula dalam darah

Antara khasiat bunga telang untuk kencing manis ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah. Malah, ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes dan simptom yang berkaitan. Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Tropical Journal of Pharmaceutical Research, sebuah ujian terhadap tikus yang menghidap diabetes telah menunjukkan keputusan yang positif. 

Pakar mendapati, setelah mengambil ekstrak bunga telang, kadar gula dalam darah subjek semakin berkurang. Malah, menurut sebuah kajian yang dijalankan ke atas 15 orang lelaki, pakar mendapati pengambilan teh bunga telang dapat meningkatkan kadar antioksidan dalam darah. Malah, kadar gula dalam darah subjek juga semakin berkurang walaupun teh yang diambil mengandungi gula.

Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan kesan sebenar bunga telang terhadap kadar gula dalam darah.

Khasiat Bunga Telang Biru Baik Untuk Kesihatan Terutama Diabetes!
Kalau minum airnya rasa macam air mineral sejuk aja ekk .. 

2. Dapat mencantikkan kulit dan membuatkan rambut lebih berkilat

Selain itu, khasiat bunga telang biru yang mungkin ramai sudah tahu ialah kemampuannya untuk membuatkan kulit tampak lebih sihat dan rambut lebih berkilat. Sebab itulah, bunga telang sering digunakan sebagai bahan dalam syampu dan semburan rambut.

Bunga telang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi serta sangat bermanfaat untuk kesihatan rambut dan kulit. Menurut sebuah kajian pada tahun 2021, ekstrak bunga telang mungkin dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70% selepas penggunaan.

Malah, pakar juga mendapati ekstrak bunga biru ini lebih efektif daripada minoxidil, sejenis bahan yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut. Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan kemampuan sebenar ekstrak bunga telang untuk merawat masalah rambut gugur.

3. Mungkin dapat mengurangkan berat badan

Satu kajian juga mendapati pengambilan teh bunga telang juga mungkin dapat membantu kita menurunkan berat badan! Pakar mendapati sejenis bahan yang terkandung di dalam bunga telang iaitu ternatins dapat menghalang proses sintesis lemak dalam badan.

Walau bagaimanapun, semua kajian yang dijalankan setakat ini berskala kecil. Masih banyak lagi kajian lain yang perlu dilakukan untuk mengetahui khasiat bunga telang biru yang sebenarnya. Tapi tak salah jika kita mencubanya kan. Usaha kena ada, barulah boleh mencegah penyakit itu menjadi parah. 

Sekarang dah senang, ada jual Teh Bunga Telang di TikTok atau di Shopee.. Sis pernah cuba di rumah kawan Sis, nanti nak jugalah beli untuk diri sendiri.. 


P/S : Bulan depan dah kena medical full-checkup, uishh seram nak jumpa Doktor ni hahahaha.. 

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Bolehlah Wak nanti try buat minuman.. banyak khasiatnya..

      حذف
  2. Makin banyak kajian khasiat bunga telang ni kan. Dulu tau bunga telang ni utk buat nasi kerabu warna biru je hehe.

    ردحذف
  3. SA ada baca gak khasiat bunga telang ni...untuk penyakit diebetes dan ada a few x ingat plak..

    ردحذف
  4. terasa nak tanam la bunga ni. nak minum setiap hari

    ردحذف
    الردود
    1. Sis baca, tanamnya pun senang aja, mudah hidup LM ...

      حذف
  5. selalu tahu guna untuk nasi kerabu je..tak tahu boleh minum juga

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!