MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KE-11 : TAHNIAH BUAT ANAK BUJANG AKU!

Sis Lin
12
MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KE-11 : TAHNIAH BUAT ANAK BUJANG AKU! | ALHAMDULILAH, anak bujang Sis secara rasminya bergelar Alumni sebagai pelajar di Politeknik Mersing sebaik selesai aja Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing ke-11 bagi tahun 2021/2022. Tahniah buat anak bujang Mak. 

Kalau tidak sebab repeat paper, mungkin dah terlibat konvokesyen pada tahun lepas, tapi dah rezekinya segitu, maka rezekinya dah di atur Allah pada tahun ini untuk dia terima ijazah Diploma dalam course Digital Teknologi Maklumat. Hampir 4 tahun di sana menuntut ilmu, 6 sem semuanya dah cukup buat diri anak bujang tu matang dalam hidup berdikari. Pandai pulak cuci baju kann hehehe.. 

Habis aja Diploma, berehat membesarkan badan di rumah, apply pulak SPA, then dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat IT yang memang itu yang dia belajar masa jadi pelajar. Now dah setahun anak bujang bekerja di syarikat itu dan sudah pun menjadi pekerja tetap di situ. Alhamdulilah .. 

Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-11 : Tahniah Buat Anak Bujang Aku!

Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-11 : Tahniah Buat Anak Bujang Aku!

Ahad pagi tu Sis, Suami juga kawan perempuan dan anak saudara Sis. kami gerak dari Pasir Gudang dalam jam 5am. Mulanya nak bermalam di Mersing pada Sabtu tu, tapi di sebabkan Sabtu tu Sis ada event Majlis Perasmian Bubblebee di Muar, dan balik lewat juga sedikit, so Suami kata, kita gerak awal pagi aja, takut Sis penat katanya. 

Singgah solat di (mana entah kampung tu) BhP pam minyak, then terus gerak ke Politeknik Mersing tanpa sarapan pagi. Sampai sana ngam hampir jam 7.30am. Kelihatan ramai ibu bapa dah masuk dalam dewan. Jumpa anak bujang serah tiket pass masuk then terus Sis masuk dewan bersama Suami. Kawan perempuan anak dan juga anak saudara menunggu di luar. 

Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-11 : Tahniah Buat Anak Bujang Aku!

Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-11 : Tahniah Buat Anak Bujang Aku!

Majlis bermula jam 9am dan berakhir jam hampir 11.30am, cepat betul perjalanan majlis tanpa berehat. Mungkin sebab di Politeknik ni hanya graduan Diploma aja, kalau ada Graduan Degree, Master atau PHD, mau lambat juga berakhir macam majlis konvokesyen di MSU anak sulung Sis. Jenuh menunggu siap ada rehat dan selingan persembahan lagi.. 

Cuaca pun amat baik masa tu, kecuali majlis seisi petang, dengarnya hujan lebat pada petang hari tu. Kesian juga anak-anak nak bergambar tak dapatkan, rezeki anak pagi tu cuaca panas. Settle semua, kami amik gambar family di photo booth yang tersedia, tapi berbayar. Jadilah buat kenangan, nak pergi studio malas, amik je situ dah alang-alang ada. 

Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-11 : Tahniah Buat Anak Bujang Aku!

Buat anak bujang Mak, tahniah dari Mak dan Ayah (Tak payah up gambar bapak la ekkk) dan family, moga Amat terus berjaya dalam kerjaya dan segala bidang yang Amat ceburi. Mak doakan perjalanan dan kejayaan Amat untuk masa hadapan. Kalau rajin dapat lebih, kalau malas, lebih pun tak dapat..

Ingat.. berterima kasih pada Allah untuk segala ruang rezeki, jangan mudah lupa asal usul dari mana bermula. Dapat gaji jangan lupa hulur Mak Ayah, berkat tu kalau beri pada orang tua, tapi bagi lebih sikit kat Makk yaaaa hahahahahahahaahhahahaaaaa...  Apa-apa pun, all the best anak!!! .. 

Majlis Konvokesyen Politeknik Mersing Ke-11 : Tahniah Buat Anak Bujang Aku!

Siap bergambar semua, Sis dan Suami terus balik, kawan perempuan dan anak sedara Sis tinggal meneman anak bujang Sis bergambar dengan kengkawannya dan juga uruskan pemulangan baju jubah konvo tu. Tapi sempat juga amat keluar bergambar di Pantai Mersing katanya. 

Sebelum balik ke, Sis dan Suami singgah makan di tepian Pantai Mersing sana, situ memang pilihan tempat makan selalu Sis singgah kalau ke Mersing, lupa pulak tengok apa nama kedainya. Pilihan menu tersedia banyak sekali, paling Sis suka Ikan Cencaru masak asam tu, ikan patin gulai tempoyak pun ada, tapi terasa nak makan ikan rebus asam tu, sedap gilerrr.. 

Alhamdulilah, perjalanan pulang ke Pasir Gudang Allah permudahkan.. dalam kereta banyak hal dan perkara yang Sis dan Suami bincangkan.. semuanya untuk plan masa depan anak-anak, menantu dan cucu.. inshaallah ... 


P/S : Sekejap masa berlalu, cepat membesar anak-anak huhuhu ... 

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahniah buat anak Sis....moga berjaya lagi selepas ni.

    ردحذف
  2. Alhamdulillah, tahniah Amat! 🎓💐 Dah lega la Sislin dan Abg Sabar tiga2 anak dah berjaya dalam pelajaran, semua dah bekerjaya. Tahniah jugak buat korang berdua berjaya mendidik Naz, Yana & Amat sampai jadi org skrg 💕

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Karni, berkat usaha anak-anak dan doa semua orang, thanks Karni ..

      حذف
  3. Tahniah amat, sis sekeluarga.Alhamdulillah segalanya dipermudahkan

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!