MAKAN DI HOCK KEE KOPITIAM BERSAMA SUAMI TERCINTA

Sis Lin
6
MAKAN DI HOCK KEE KOPITIAM BERSAMA SUAMI TERCINTA | SESEKALI ayat cinta-cinta kan, kasi jiwang sikit memalam ni, amik mood kasih sayang. Apa kita kesah kann, janji Laki kita, bukan Laki orang, tak gituuu.. Ikutkan dah nak off dah laptop tadi, sebab tunggu punya tunggu dia loading, naik jenuh pinggang duduk. Baru nak give-up, ehhh terus dia nyala pulak, so terus laa kita up satu posting. 

Korang pernah ke singgah makan di Hock Kee Kopitiam ni? Tak silap Sis, yang Sis pernah nampak dan tau, Hock Kee Kopitiam ni ada satu di Toppen, situ memang agak besar kedai makannya, selalu juga Sis singgah makan di situ bersama Yana

Dan yang satu lagi di Taman Molek ni. Lelain cawangan Sis tak tau pulak, sebb yang Sis tau dan pernah makan di dua cawangan ni jer. Dan Hock Kee Kopitiam Taman Molek ni dah dua kali Sis datang makan sebelumnya, tapi makan minum tanpa bergambar sebab masa tu Sis ada meeting dengan clients untuk guest posting untuk majalah hospital, kalu korang pernah baca Sis menulis kisahnya, mesti korang tau laa.. 

Makan Di Hock Kee Kopitiam Bersama Suami Tercinta
Tempatnya area berdekatan sejalan dengan Nasi Kandar Hijrah Taman Molek

Macam biasalah, kalau hujung minggu selain makan Nasi Padang, kalau keluar dari rumah dah lambat, Sis dan Suami selalu laa dia tanya dia, dia tanya dia nak makan mana, berpusing laa sana sini konon nak makan. Kadang Suami suggest, Sis tak suka, tapi selalu yang Sis suggest mesti Suami ikut aja hahahaha.. 

Dan baru ni Sis bawa Suami makan di Hock Kee Kopitiam Taman Molek. Kebetulan masa datang makan tu, owner dia ada, mereka sedang hired photographer untuk shoot menu-menu dia untuk di tayangkan di TV kedai mereka, tak memasal Sis dan Suami pun jadi model mereka ekk hahahaha.. 

Egg Tart Sedap
Terasa-rasa anak tekak tengok Egg Tart ni laaaa.. dapnyaaa

Dan menu pertama yang mesti Sis order kalau ke sini adalah EGG TART dia, perghhh memang terbaek tersedap setakat ni laa Sis makan Egg Tart dia, kalah yang di Mall tu haa (malas nak sebut nama), serius memang tak tipu, korang kalau datang makan di Hock Kee Kopitiam ni, korang cubalah. Mereka buat sendiri dan 'tak muak'.. 

Sis makan situ sebiji, tapau bawa balik 4 biji hehehehe.. Suami pertama kali makan pun kata sedap. Inti telur dia tak tau nak cakap macam mana rasa, sedap betul. Sebiji RM4.90. Di hidangkan panas-panas lagi.. mesti cuba.. sila cuba ...

Laksa Chicken Hainan Sedap
Laksanya tu makan dengan serbuk cili, gaul-gaul baru makan, baru kaw rasa kuahnya.. 

Satay Kuey Teow Sedap
Memang betul-betul style cina punya goreng keuy teow.. sedap.. 

Kemudian Sis order menu Laksa dia, memang menu kegemaran Sis kalau makan di kopitiam selain Mee Kari. Dan kali ni owner dia tiba-tiba datang dan rekemen minta Sis rasa Laksa Chicken Hainan dia. Bunyi macam pelik, tapi katanya 'sangat sedap', hahahaha okaylah Sis ni mudah teracun, so kita try, tak sedap, katanya tak payah bayar hahahaha..

Suami pulak order Satay Fried Kuey Teow, yaaa ada kuah satay di situ. Katanya Suami sedap, memang sedap, Sis tengok gambar aja dah tau sedap. Next time nak makan menu lain pulak. So far apa yang Sis dan Suami makan masa tu, memang sedap. 

Kata owner dia, sijil HALAL dia dalam proses siap, kopitiam dia dah dapat kelulusan HALAL, siap cakap, 'nanti sudah dapat sijil, i mau tampal besar depan kedai', hahahaha.. kelakar pulak owner dia.. mana tak sejak buka nama Hock Kee Kopitiam dari tahun 2018 , baru dapat HALAL, mau tak gembira kan. 

Dan kalau korang nak tau, kopitiamnya tidak ada menjual menu daging kambing dan lembu. semuanya hanya ayam, seafood dan vegetarian sahaja. Okaylah semua golongan boleh makan tanpa was-was. Lepas ni dah ada halal, lagi laa menyakinkan semua pelanggan. 

Total bayar makan haritu RM51 ... 
Oh ya, jangan lupa try minuman Hor Ka Sai Ice (Milo + Kopi) dia, kaw bak hang hahahaha.. 

Hock Kee Kopitiam 福气安康 (Taman Molek)
15, Jalan Molek 1/9, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor
07-288 0427 | 8:00 AM - 8:00 PM

Hock Kee Kopitiam 福气安康 (Toppen Mall)
L3.16, L3.A16, Level 3 (Rooftop) , TOPPEN Shopping Centre, No. 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
07-350 0655 | 10:00 AM - 10:00 PM


P/S : Tak silap kat KL pun ada. Yang Taman Sutera Johor tu tak tau masih buka ke tidak entah .. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Menu dia sbanyak dan sedapkan Kak.. nanti try yang kat Taman Molek ni kak, makan Egg Tart dia.. sedapnyaaa

      Delete
  2. Sis Lin....alaaa....saje jer erk..terus kita terbayang2 egg tart tu...kena balik sana jugak ke macam mana ni....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!