MASAK ASAM PEDAS IKAN MAYONG UNTUK DIRI SENDIRI | SENDIRI nak makan, sendiri masak laa kan, takkan nak panggil orang datang masakkan, melampau nauu, kecuali laa ko dalam berpantang lepas bersalin yaa.. tapi dulu masa Sis berpantang, seminggu jerr arwah Nenek/Mak masakkan, lepas tu, Sis buat sendiri semua, sebab Sis berpantang di rumah sendiri.
Suami cuti sepuluh hari membantu, then Suami naik aja kerja, Sis dah buat kerja rumah sendiri. Alhamdulilah kudrat menjaga anak masa berpantang Allah beri sihat dan kuat. Terima kasih Suami yang banyak membantu sepanjang melahirkan ketiga-tiga anak.
Hinggalah sekarang, kalau rasa nak makan apa, masak aja sendiri. Masa ada arwah Emak bolehlah manja-manja bagi hint nak makan itu ini, nanti Mak masakkan, tapi sekarang bila Mak dah takde, nak makan, masak lah sendiri. Kekadang aja sebut kat Yana nak makan itu nak makan ini, tapi dia bukan masakkan, dia belikan, order jer hahahaha.. mudahkan sekarang ..
Dan baru-baru ni, tekak rasa nak makan asam pedas, makanya Sis masak asam pedas ikan mayong untuk diri sendiri. Beli online dengan pasar basah yang selalu Sis beli, tapi Sis minta dia isi ikan mayong sahaja, kepala taknak, so dia kira sekilo RM22. Dapatlah dapat 6 ketul besar sekeping-keping, then Sis kerat dua ikannya, so jadi bertambah banyaklah, dapat 12 keping kesemuanya, muai gilerr..
Sis masak 8 keping, sebab masak lebih, nak bekalkan Yana dua keping utuk bawa balik, kebetulan masa masak asam pedas ikan mayong tu, Yana dan Menantu on duty, balik lambat, so kesian pulak dia balik nak masak, itu yang Sis masak lebih, kasi dia bekal bawa balik beserta sayur terung goreng belacan..
Sayur terung goreng belacan ni adalah menu kegemaran anak bujang Sis, memang sekarang dia suka makan terung, entah dari mana dia belajar, rasa-rasa mesti anak bujang Sis tu selalu makan Nasi Padang, so dari situlah dia suka makan terung, agaknya laaa hahahaha..
Terung goreng belacan style Sis ni, terungnya Sis tak bakar atau goreng dulu, just tumis bahan tumisan, bawang besar, bawang putih, belacan dan lada merah (tumbuk semua), kemudian masukkan terus terungnya, masak stylengitu baru rasa betul terungnya, kalau tak terung lembik nauu kalau di bako atau di goreng dulu. Ikutlah style memasing kan..
Suami Sis tak berapa suka ikan mayong tu, so masa dia balik kerja, tiberr nak makan nasi pulak, Sis gorengkan aja telur dadar dan dia makan dengan terung goreng belacan, nasiblah Suami pun jenis orang tak cerewet.. alhamdulilah ..
Masa taip posting ni, sambil menunggu ayam masak kicap dalam kuali. Biasalah hari Ahad, siangnya keluar jalan-jalan cari makan, petang Sis akan masak untuk Suami dan anak bujang.. Malam just rehat tengok Netflix, makan buah dan sembang-sembang..
Korang buat apa hujung minggu gini?..
P/S : Perut tak sedap dah dua hari, apa agaknya yang salah makan ni, sebu rasa...
Semoga cepat sembuh perut Lin. Kita pun selalu kalau rasa nak makan sesuatu, masak jer sendiri. Bila baca bab Lin bekalkan Yana lauk tu, teringat mak kita. Tapi mak kita, dah lupa dan tak larat masak lagi skrg 🥹.
ReplyDeleteHarini agak okay juga perutnya Maa..
DeleteBaru tau, agaknya makan cempedak dan air kopiO, so berlawan laa sebu perut..
Kadang tu masak sendiri lagi sedap dan menepati citarasa kita kan sis...
ReplyDeleteNanti nak try masak terung macam sis buat ni..anak² PH suka makan terung.
Memang selalunya begitu PH, nak puashati masak aja sendiri..
DeleteAnak bujang tue dah tak suka nasi goreng pataya ke?
ReplyDeleteMasih lagi Shai hahahaha.. peminat tegar ...
Delete