SAYYIDUL ISTIGHFAR PENGHAPUS DOSA

Sis Lin
4
SAYYIDUL ISTIGHFAR PENGHAPUS DOSA | SALAM Jumaat buat semua, apa program korang cuti hujung minggu ni? Di Johor harini merupakan cuti umum, dan esok sempena Hari Malaysia juga cuti bertindih, cuti umum negeri dan cuti umum Malaysia, cuma tak tau laa ada cuti gantinya ke tidak, sebab jatuh pada hari Sabtu. Biasa kalau cuti bertindih Jumaat aja yang berganti. So far takde notis lagi. 

Di hari Jumaat ni, Sis kongsikan perkongsian yang Sis ambil dari telegram Ebit Lew Channel, Sayyidul istighfar penghapus dosa, janji syurga, rugi jika tidak amalkan, begitulah tajuknya. 

ISTIGHFAR bererti menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap ALLAH dalam memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan dilakukan.

Menurut surah At-Tahrim, ayat 66 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada ALLAH dengan ‘Taubat Nasuha’, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai pada hari ALLAH tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya ENGKAU MAHA KUASA atas tiap-tiap sesuatu”.

 

Antara zikir Rasulullah SAW yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Sayyidul Istighfar Penghapus Dosa

Lafaz Sayyidul Istighfar :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،

 

Maksudnya :

Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-MU dan aku di dalam gengganman-MU dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-MU sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-MU dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

 

Waktu Di baca :

Selepas subuh dan selepas asar.

Kelebihan Sesiapa Yang Mengamalkannya :

Riwayat Imam al-Bukhari yang bermaksud:

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.

 

Fadhilat Membaca Penghulu Istighfar :

Dari Syaddad bin Aus RA dari Rasulullah SAW bersabda: Penghulu istighfar ialah “Allahumma anta……”. Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.

Sayyidul Istighfar Penghapus Dosa

Antara Kelebihannya:

1. ALLAH akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya ALLAH akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, nescaya ia akan mendapati Tuhan itu MAHA Pengampun, MAHA Pengasihani (Surah An Nisa’ : 110).

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar (Al Anfal: 33).

5. Mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat.

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan (Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan.

Contohnya, istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus AS apabila baginda ditelan oleh ikan Nun. Nabi Yunus AS dicampakkan oleh ALLAH ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo’ Tuhan).

Sayyidul Istighfar Penghapus Dosa

ALLAH memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS beristighfar untuk memohon keampunan daripada ALLAH:

Ertinya: ‘Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87).

 

Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh ALLAH.Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari.

Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa ‘Ada Diri’ atau ‘Rasa Keakuan’.

Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada ALLAH yang sangat tinggi nilainya.

Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita Insya-ALLAH. Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga ALLAH memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.


P/S : Salam Jumaat buat semua dan selamat menunaikan solat Jumaat buat kaum Adam.. sudah baca Kahfi? .. 
Tags

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih atas perkongsian Sis Lin..SA tambah ilmu hari ni

    ReplyDelete
  2. Astaghfirullah, Semoga segala amalan kita diterimaNya.. Aamin ya Rabb.. Salam Friday sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah Non.. sama-sama kita gali ilmu sebanyaknya...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!