TERHIBUR SETIAP PAGI TENGOK BEKAL CUCU | SEJAK dah menjaga cucu selama 8 bulan usianya, memang semakin banyak karenah dan aksi cucu yang membuatkan Sis terhibur dan bahagia sekali. Tak tau laa nak gambarkan macam mana, penat tu bohonglah kalau tak kata penat, mesti ada kan, tapi bila bergurau senda dengan cucu, lihat cucu tidur, suap dia makan, Sis dapat satu ketenangan yang Allah gantikan untuk Sis lupakan apa yang Sis lalui dan pendam beserta dendam.
Boleh bayangkan kalau takde cucu Sis, emosi Sis kadang berkecamuk dan menangis aja, tak tau nak luah pada siapa, tapi Allah beri Sis kesabaran dalam menangani semua hal dan Allah hantar 'cucu' Sis untuk Sis menjaganya dan buat teman Sis ketika berdepan dengan segala emosi. Agaknya kalau takde cucu, murung juga Sis huhuhu..
Orang nampak kita tersenyum, tapi orang tak duduk di tapak kaki kita, so jangan di tanya apa yang melanda jika taknak bertambah lagi masaalahnya, serabutt kalau fikir.. Now cucu dah pun 8 bulan, akal dah banyak, dari meniarap dah pandai merangkak, tu pun dah pandai belajar nak berpaut berdiri, tak lama lagi pandai laa tu berjalan..
Dan bila cucu dah 8 bulan, cucu Sis dah boleh makan makanan yang pejal sedikit keras, so tiap-tiap hari ibunya (Yana) akan bawa bekal untuk anaknya, itu yang Sis terhibur setiap pagi tengok bekal cucu yang ibunya bawakan.
Bukan terhibur apa, sebelum ni memang pelbagai bentuk bento anak bawakan, cuma kali ni sama juga bekal bento, tapi di tambahnya dengan hiasan matalah, katak la, itiklah, ayamlah, dan macam-macam lagi, ada tu tak sempat Sis nak amik gambar hahaha.. rajin betul ibunya melayan selera Khalish.
Tu satu hal, bila buka bekalnya, kemain sedap plak baunya hahahaha.. sambil suap ke mulut cucu, nenek pun terliur sama, cuma menu-menu yang Yana masak untuk anaknya semuanya tanpa gula, garam dan bahan perwarna dan perasa, senang cakap, tawar hebeh dan kalau ada pun rasa pada tumisan bawang putih.besar, juga pada rasa ikan, ayam, daging, pasta, sayur dan manisnya buah, gitu laaa..
Alhamdulilah, Yana menjaga pemakanan anaknya, walau dia bekerja, penat bekerja dengan sakit belakang slip discnya, tapi masih lagi bertahan setiap hari bawa bekal anaknya. Kalau Yana balik awal aja, tiada bekal lunch hanya sarapan, tapi kalau dia balik lambat sikit selepas Zuhur, pasti akan ada bekal untuk sarapan dan makan tengahari anaknya.
Bag bekal pun bermacam-macam Sis tengok dia beli, Sis pun tak bebel, sebab bukannya apa, kadang benda camtu jadikan naik semangat nak buatkan anak bekal kan? Cucu Sis pulak pemakan orangnya, kalau bawak bekal tu, mesti habis di makannya. So far tak nampak lagi dia cerewet atau menolak apa yang kita suap. Air masak pun dia suka.
Bagi ibu-ibu yang tak sempat nak buat bekal anak, tak bermakna tak menjaga pemakanan anak, cuma peluang tu takde, Sis faham lagi mereka yang bekerja kan, yang duduk rumah pun kelam kabut, lagikan yang bekerja. Yana tu baru anak sorang, bolehlah melayan, nanti dah dua tiga orang.. harap terus istiqomah laa kerajinannya untuk masak bekal anak-anaknya.. aamiinn..
P/S : Sampai bila nak jaga cucu? Selagi Allah beri kekuatan dan sihat tubuh badan ini.. inshaallah ..
Alhamdulillah.
ReplyDeleteTumpang rasa kebahagiaan itu. Rezeki namanya tu.
Yaa Amie, bahagiakan diri sendiri aja laa dahulu kann..
DeleteRajin ibunya…semoga istiqomah.
ReplyDeleteAmmi dulu bekalkan bubur je kat akak babysitter. Lagipun ammi tak ada kerajinan nak masak macam2.
Semoga Allah divert segala masalah SL kepada yg menggembirakan
Inshaallah Ammi...
DeleteSama laa kita, dulu Nestum pun bagi anak, Ibu sekatang Nestum tak bagi dah hahahaha
Saya turut terhibur melihatnyaaa..Semoga cucu sis pun membesar jadi anak yang sihat, kreatif Dan pintar ye...Aamin!
ReplyDeleteSyok tengok update pasal cucumuuu tiap hari 😄
Gituu... kasi idea ibu-ibu nak bawak bekal kat anak kan Nonn..
DeleteKan,jadi terapi mata nenek...ibu-ibu muda sekarang kreatif betul deco bento anak..Saya pun suka tengok...
ReplyDeleteYaa MamaCella, moga istoqomah laa Ibunya sediakan bekal tiap hari..
DeleteMak dulu selalu cakap, bila jaga cucu2 (masa dieorg masih kecik) ni auto jadi muda bertenaga balik sebab kena selalu kejar dieorg haha! Tunggu Khalish dapat kaki, siap la nenek kena exercise kejar cucu 😆
ReplyDeleteYaa Karni, so far takde pulak sakit lutut laa, demam ke, inshaallah doakan Sis sihat yaa..
Delete