BEREBUT MEMASING BILA DAPAT TELUR PINDANG ORANG KAHWIN!

Sis Lin
6
BEREBUT MEMASING BILA DAPAT TELUR PINDANG ORANG KAHWIN sampaikan 'merajuk! Hahaha.. Yaa boleh jadi gaduh kalau tak dapat makan telur pindang orang kahwin ni tau. Bila dapat bukannya banyak, sorang sebijik, maunya tak berebut memasing. 

Dalam family Sis, semua pandai makan telur pindang, tu yang kalau Sis ada buat majlis perkahwinan, Sis akan tempah Telur Pindang untuk di berikan kepada tetamu atau pun makan sendiri. Memang akan order lebih untuk beri kepuasan makan sendiri. 

Tapi sekarang dah jarang-jarang yaa dapat telur pindang kalau pergi majlis kahwin di Johor ni. Bukan aja telur pindang, telur biasa/telur asin pun dah jarang. Kebanyakkannya ramai beri kek, gula-gula, coklat, atau lain-lain buah tangan laa.. memang susah nak jumpa telur. 

Dapat telur pindang di majlis kahwin adiknya besan Sabtu lepas. sedap// 

Semua tu terpulang 'budget' masing-masing, telur pindang pun kalau tempah bukannya murah yaa, dulu-dulu boleh dapat dalam 80sen seingat Sis, tapi sekarang, paling tinggi harga yang Sis survey pernah tanya masa nak buat majlis kahwin anak 3 bulan lepas, harga sebiji dah rm1.50 yaa.. tak tau laa kalau ada lebih mahal dari tu, rm1.50 tu pun Sis rasa dah mahal hahahaha.. 

Tapi kalau korang tau cara nak membuat telur pindangnya, bukannya mudah yaa, bukan main rebus, letak garam, kicap (bagi hitam) macamtu jerr, dia ada menggunakan pelbagai daun rempah ratus dan rebusnya kena lama, paling kurang 4/5 hari. Barulah rempah tu resap dalam telur tu. 

Ingat lagi masa arwah Atuk Sis ada, masa buat majlis kahwin adik Sis yang bongsu, Atuk Sis buat sendiri telur pindang, selama 5 hari mereneh telurnya sebesar periuk kawah. Yang kelakarnya, sehari demi sehari menunggu telur masak, Sis laa yang jadi tukang testimoninya untuk rasa bermula hari ke-3. Atuk angkat sebiji suruh Sis rasa, kemudian tak cukup rasa, tambah sehari lagi, rasa lagi, tak puashati, tambah lagi sehari, sampai hari ke-5, yang untungnya Sis! Hahahahaha.. 

Terilur pulak nengokkkk... 

Korang kalau nak cuba masak sendiri, Sis letak resepinya di bawah ni yaa.. Bolehlah mencubanya. Resepi asal dari Telur Pindang Tradisi Johor

Resepi Telur Pindang untuk 30 biji telur pindang

Bahan-Bahannya : 
  • 1 cekak daun salam
  • 1 cekak Daun jambu batu
  • 1 cekak Daun senduduk (berbunga ungu)
  • 1 cekak Daun manggis
  • 1 cekak daun mengkudu
  • 5 tangkai daun serai wangi
  • 1 cekak daun bebuas
  • 6 btng serai.. lebih lg baik
  • Sebuku lengkuas 
  • 2 sudu besar Jintan kasar
  • 2 sudu besar Jintan halus
  • 2 sudu besar Ketumbar
  • Garam kasar sepeket kecil 
  • Telur 30 biji
  • Air 

Cara Memasaknya : 
  • Telur dan segala jenis daun dibasuh bersih supaya telur yang pecah dalam periuk pun boleh di makan. 
  • Susun telur berselang seli dengan segala adunan dedaun dan rempah. 
  • Masukkan air melebihi paras telur sampai telur tenggelam.
  • Direneh semua sekali selama 3 HARI 3 MALAM 
  • Hari ke 4 baru keluarkan daripada periuk. Rasa, jika tak puashati dengan rasanya, masak lagi tambah sehari dalam api kecil.

Peringatan: Pastikan cukup gas untuk memasaknya.  


P/S : Lepas makan  buang angin jauh-jauh yaaa hahahahahahaha.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wahhhh.. sampai berebut ya. Ingat lagi dulu² kalau dapat telur dari kenduri, mak kita belah guna benang.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Kak, ni dah berebut, tak sempat nak membenang hahahaha

      حذف
  2. MA pun suka telur pindang ni..kalau ke ayer hitam mesti beli... dapp

    ردحذف
  3. Dapnyaaa telur pindang! Dah lama tak merasa telur pindang. Dulu masa duduk kat JB kalau pegi wedding kawan2 je dapat telur pindang. Mana kawan yang tak makan telur pindang tu, saya rembat telur dieorg hahaha!

    ردحذف
    الردود
    1. Suka juga yaa Karni, jarang orang selain negeri Johor suka. Kawan Sis orang Kedah, dia kata 'telur busuk' hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!