HIJRAH AKU HANYA KERANA ALLAH

Sis Lin
8
HIJRAH AKU HANYA KERANA ALLAH bukan mengharap pujian dari manusia tapi untuk pandangan Allah swt. Sejak-sejak ni berkcil hati juga Sis dengan beberapa orang sahabat yang selalu 'menegur' Sis tiap kali Sis upload gambar. Kata-kata teguran dia memang sekadar gurauan tapi ada masanya Sis sendiri tidak selesa dengan tegurannya. 

Malah boleh di katakan hampir sama aja kata-kata teguran tu dengan semua yang menegur, contohnya; 'Dah macam Ustazah kau Lin', 'Labuh betul tudung kau', 'Macam Makcik-Makcik kau pakai macamtu' (sebab tudung sarung).. tiulah antara kata-kata teguran dari beberapa kawan yang reply status Sis bila Sis up dalam IGs.. tapi Sis jawab aja, 'Aamiinn' .. 

Hampir juga Sis nak update status di FB menjelaskan tapi fikir-fikir buat apa, lagi mengajak yang lelain campur tangan dalam masaalah ni, so untuk melagakan diri sendiri, Sis nak la menulis dan berkongsi aja di blog Sis sebagai luahan apa yang Sis rasa. 

Benarlah orang kata, lebih baik diam dari berkata-kata.. mungkin Sis yang terlalu emosi sangat, tapi entahlah.. terasa hati pulakk tiberrr ... 

Hijrah Aku Hanya Kerana Allah

Hijrah Sis hanya kerana Allah swt, bukan untuk pandangan manusia. Alhamdulilah Suami pun tak pernah menegur atau kata apa-apa bila Sis berpakaian besar atau bertudung labuh, belum pernah dia cakap atau komen tentang pakaian Sis, malah ada masanya dia yang memilih dan kata OK bila Sis tunjuk baju atau minta duit nak beli tudung. 

Hijrah diri ini pun untuk menjaga nama Suami tiap kali Sis keluar pergi event tanpa Suami. Tak harap pun pujian manusia, kadang up gambar pun Sis memilih gambar mana yang perlu Sis up, ye laa up sebab atas nama kerja yang Sis buat, dan untuk simpan kenangan di media social. 

Sesungguhnya, benarlah bahawa penghijrahan itu sememangnya mencabar dan menuntut pengorbanan yang tinggi. Sis juga kena faham bahawa semua itu merupakan ujian kecil buat hambaNya untuk Sis mendekatkan diri kepada Allah swt. 

Dan Sis pun tak pernah nak menegur sesiapa atau kawan sendiri jika mereka tidak seperti kita. Memang tanggungjawab kita menegur tapi jika teguran itu akan mendatangkan silaturrahim tu berenggang, atau mengata belakang, eloklah kita doakan aja yang baik-baik kann.. 

Hijrah Aku Hanya Kerana Allah

Jangan sebab kita dah rasa dia kita ni cukup elok berpaian, kita pun taknak berkawan dengan kengkawan kita yang tidak seperti kita.. jangannnn... dont judge orang hanya dengan pakaian mereka, belum tentu kita yang kita rasa sempurna ni pasti ke syurga, so jangan sesekali juahkan diri dari kawan hanya kerana kita ni rasa dah cukup baik.. 

Sis sendiri pun adakalanya hati mudah goyah apabila sedang berhijrah. Malah, perasaan itu kadangkala membuatkan diri ini sukar untuk istiqamah dan berputus asa untuk ketika proses hijrah ke arah kebaikan. Apatah lagi hati manusia menjadi goyah kerana sifatnya yang memang mudah berbolak-balik. Kena cekal, jangan biarkan ia terus hanyut dibuai dengan kelalaian diri.

Setiap hari Sis mohon kepada Allah agar Sis tetap dalam taufik dan hidayahNya dalam melakukan penghijrahan diri menjadi insan lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih untuk sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat kepada Sis. Salah satu pesan mereka, jangan hiraukan apa yang orang nak judge kita, yang penting, apa yang kita buat, niatkan hanya kerana Allah. 

Dan kita juga jangan menganggap diri terlalu baik walau bertudung labuh, berbaju besar dan berstokin, pakaian tidak menunjukkan keperibadian yang baik tapi menutup aurat itu yang wajib. 

Perintah untuk berhirah sudah dituliskan oleh Allah swt di dalam Al-qu’an. Yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah, dan berjirah di jalan Allah mereka itu mengharapkan rahmat Allah swt, Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS Al-Baqarah: 218). 
Dan Rasulullah saw pun pernah bersabda: “Dan Al-Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan larangan Allah SWT.“


 

Slow-slow labuhkan Tudung.
Slow-slow pakai Stokin Tangan.
Slow-slow pakai Stokin Kaki.
Slow-slow pakai Anak Tudung.
Slow-slow Longgarkan Pakaian.
Tapi, jangan sloww sangat tau.
Sebab masa tak banyak dah.
Jangan takut dengan apa orang kata.
Jangan takut bila orang kata “macam ostajah”
Jangan malu bila orang pandang.
Tutup aurat bukan tak kurangkan kecantikan.
Malah tutup aurat jaga kecantikan.
Makin tutup makin Allah suka.
Kita nak Allah suka, bukan bagi manusia suka.

Tq Izaza Mohd Zan ❤


P/S : So kalau korang tengok Sis sekarang, itulah Sis Lin.. moga Sis istiqomah .. aku belum cukup sempurna .. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah..Moga istiqamah sis Lin....Aku pendosa ingin ke syurga..gituh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama-sama istiqomah Non ... inshaallah

      Delete
  2. sama-sama kuat istiqomah..hijrah memang sukar..kalau nak diceritakan pengalaman, berhijrah masa usia kita masih muda remaja lebih susah berbanding hijrah bila kita da berusia dan berkeluarga sendiri..masa muda, mak aku sendiri yang belum faham waktu tu, tanya aku..."kenapa bertudung kat rumah? tak boleh ke pakai biasa aje macam sepupu-sepupu yang lain tu?" agak terkejut dengan kenyataan, tapi itu la hakikat bila kita berbeza..mungkin pertanyaan tu bukan la zahir dari hati dia, tapi mesti ada mulut-mulut yang berbisik dan bertanya hingga dia terasa hati...

    it's hard to explain but slow-slow..jangan melenting, gunakan kelembutan dan kekalkan akhlak yang baik...lama-lama orang sekeliling akan faham, dan menerima..malah mereka juga akan menjadikan kita teladan..insya'Allah...

    macam tu jugak la Rasulullah s.a.w diuji zaman dahulu untuk bawak Islam..malah, lebih hebat lagi dugaan baginda s.a.w...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sunah, engko juga banyak jadi model inspirasi aku untuk berhijrah.. dulu jujurnya aku malu juga tiap kali keluar dengan kau, tapi aku cuba pelan-pelan buat, nak jadi macam kau yang sentiasa menjaga aurat.. doakan aku yaaa moga istiqomah...

      Delete
  3. Hijrah perlu pengorbanan... inilah pengorbanan kita yg nak berhijrah... sy juga ambil masa utk bertudung labuh dan berpurdah... bukan senang sebenarnya tetapi sejak barkahwin Alhamdulillah semuanya dipermudahkan since suami juga galakkan sy utk menutup aurat.. dan berpurdah juga adalah pilihan sy kerana rasa lebih selamat dan lebih menjaga diri... bukan kata tak berpurdah tak okay cuma kdg ada certain org juga memandang sinis golongan yg berpurdah.. menutup aurat adalah wajib dan kita semua pun tahu akan hal itu... sy sentiasa doakan sahabat2 sy juga supaya istiqamah dalam berhijrah dan dalam redha ALLAH sentiasa... Semoga Allah permudahkan urusan kak lin...Aamiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Nurul.. inshaallah.. kita sama-sama doa agar di berikan kekuatan untuk istiqomah menuju redha Allah swt .. aamiinnn

      Delete
  4. alhamdullilah..moga sis istiqomah..doakan Cik Nor jgk..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!