HILANG PENAT BERJALAN 8250 LANGKAH BILA DAPAT LEPAK DENGAN KENGKAWAN!

Sis Lin
4
HILANG PENAT BERJALAN 8250 LANGKAH BILA DAPAT LEPAK DENGAN KENGKAWAN, lebih-lebih lagi dengan geng kepala biol hahaha.. ada jerr gelak tawa yang mengembirakan hati, jadi bila dah penat berjalan tu, hilang semua kecuali Yaya, kesian dia sakit kaki tersalah pakai kasut, so melecet laa kakinya. Sampai terpaksa berkaki ayam berjalan menuju ke parking kereta. 

Yaa Yayayiyo adalah kawan baru Sis dalam dunia media as blogger, tapi Yaya dia influencer, memang update di instagram dan TikTok aja, kecuali Sis, Hernee dan Juju aja laa blogger. Dan seorang lagi yang Sis bawa pada haritu Kak Zizi, merangkap dah macam Mak Sis dah. Mana taknya umur dah 64tahun uii tapi kalau tengok stamina dia, kalah korang yang muda. Jalan jauh pun takde nampak kepenatannya, cuma sesekali tu berdengus gak laa nafas dia hehehehe.. 

Jumaat lepas baru ni Sis dengan mereka ada event Brick-or-Treats di Legoland, tapi event tu start jam 3pm, so kami dah pakat-pakat nak keluar awal, lunch dulu, so berjumpalah kami di Eco Botanic Nusajaya sana. Sebab Sis kata nak lunch di Miss Siam. 

Hilang Penat Berjalan 8250 Langkah Bila Dapat Lepak Dengan Kengkawan!

Sis tersampai awal pulak, so Sis dan Kak Zizi makan dulu sementara tunggu Yaya, Hernee dan Juju sampai. Selesai makan Yaya pun sampai, Hernee dan Juju agak lambat sikit, so Sis kata Sis nak masuk dalam Jaya Grocer terbesar di Malaysia ni dulu sementara tunggu semuanya sampai. 

Merayaplah kami bertiga, Sis, Kak Zizi dan Yaya dalam Jaya Grocer tu, dah macam orang jakun masuk situ, suka betullah Sis, barangnya semua fresh dan tersusun di setiap bahagian, memang nanti nak ajak Suami laa ke sini, mesti dia lagi over acting hahahaha.. Keluar dari Jaya Grocer, sempat berposing di port-port instagrammable mereka, cantik pulak tu, pandai amik gambar, cantiklah kejadiannya. 

Hilang Penat Berjalan 8250 Langkah Bila Dapat Lepak Dengan Kengkawan!

Hernee dan Juju dah sampai, mereka pun makan lunch di Miss Siam juga sementara menunggu kami dan juga tunggu masa nak gerak ke Legoland. Dari Eco Botanis ke Legoland tak sampai pun 10minit hehehehe.. dah dekat, so tak payah nak rushing-rushing. Dapatlah kami sembang sekejap hal dunia. 

Hampir jam 3pm, kami gerak ke Legoland. Dari jauh dah nampak 'hantu-hantu' berkeliaran sana sini hahaha.. tapi ada aku kesah dengan hantu tu, yang penting, kami pergi sekadar nak enjoy dan nak amik peluang lepak bersama kengkawan, tu jerr.. kita raikan laa apa yang mereka sediakan, cuma tidaklah keterlaluan .. 

Hilang Penat Berjalan 8250 Langkah Bila Dapat Lepak Dengan Kengkawan!

Enjoylah kami di sana, naik keretapi, naik ride, naik menara ala-ala Taming Sari tu haa, dah macam haperr gelak manjang sepanjang jalan adoiii.. Kak Zizi dan Yaya tu gayat orangnya, jadi korang bayangkanlah naik menara tu macam mana perangainya hahahaha.. 

Yang bestnya, kami tukang collect gula-gula aja dari hantu-hantu hahahaha.. tak fikir benda lain, just nak gula-gula tu jerr.. sedap pulak tu, gula-gula Coca-Cola hahahaha.. Dengan cuaca panasnya, berkicap ketiak berjalan. Ada gak rasa gerimis macam nak hujan, tapi tak hujan pulak.. panas rentung.. nasib baik pakai sunblock banyak-banyak.. 

Hilang Penat Berjalan 8250 Langkah Bila Dapat Lepak Dengan Kengkawan!

Hilang Penat Berjalan 8250 Langkah Bila Dapat Lepak Dengan Kengkawan!

Sebelum balik, kami makan-makan dulu perabiskan baucer yang kami dapat. Pakat-pakat, kumpul semua baucer then kami order aja family pack dan makan sama-sama, sebab tak rasa lapar nak makan personal meals, kang beli tak habis lagi sayangkan.. bukan murah dik nonnnn.. 

Kali ni kami makan di Castle BBQ & Grill. Pestime makan di restoran ni, selalu makan pizza dan burger aja. NOt bad laa meriah gilerrr, terkejut juga kami bila sampai berdulang macamtu hahahaha.. Bebudak sukalah, sebab banyak fries dan nugget. Pun tak makan sangat budak-budak, sibuk merayap lagi cari hantu hahahaha.. Mak-Mak yang duk perabis. 

Apa-apa pun memang kami enjoy habis seharian, hilang penat berjalan 8250 langkah bila dapat lepak dengan kengkawan macam ni.. next time jomm kita jalan jauh lagii... ada berani?.. 

Noted : Surau ada di sediakan tapi kena bawa telekung sendiri ya. 


P/S : Tak sabar tunggu Cucu besar, boleh Nenek bawa Cucu round satu Legoland pulak hehehe.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. masa bawa cucu nanti confirm steps nenek jadi 18,000 sebab sibuk nak kejar cucu

    ردحذف
  2. pegi legoland ni kadang tak sedar dah beribu langkah..hahaha.Xnak pulak ek hantu tu kejo sislin, mesti lebih 10 ribu langkah..kah kah

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, nampak kecik, tapi besar sebenarnya Legoland tu hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!