MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS CLAYPOT SHEKEEN

Sis Lin
8
MAKAN MALAM DI ASAM PEDAS CLAYPOT SHEKEEN viral baru-baru ni. Ahad lepas boleh di katakan dah macam hari Asam Pedas sehari, mana taknya, Sabtu Sis masak Asam Pedas Ikan Pari atas permintaan adik-adik masa sambut birthday anak saudara di rumah Sis. Then Ahad tengahari, Sis dan Suami makan Asam Pedas Kampung Sungai Melayu, kemudian malamnya pulak, makan lagi Asam Pedas di Asam Pedas Claypot Shekeen ni hahahaha.. 

Memang sampai naik muak tekak dah ni bila sebut asam pedas, betul-betul penangan asam pedas dua hari tu. Tapi yang bestnya, dua hari makan asam pedas dalam 3 keadaan berbeza, tiga-tiga asam pedas tu berbeza rasa dan rupa hehehehe.. Ini kali betul punya Suami beri pendapat dia selepas mencuba semua asam pedas dia. 

Macam biasalah bila asam pedas masakan Sis, tambah pulak ikan pari, Suami memang makan 2 kali tambah nasi laa.. Suami beli sampai 3 keping besar ikan pari, memang semua Sis masak asam pedas, puas makan adik-adik bertambah nasi. 

Dan esoknya makan tengahari di Asam Pedas Kampung Sungai Melayu, Suami dah komplen beri pendapat dia, korang baca aja la kann dalam posting Sis tu hehehe.. Dan ini kali Sis cerita pulak pendapat Suami bila makan di asam pedas claypot Shekeen ni.. 

Makan Malam Di Asam Pedas Claypot Shekeen

Walaupun nama kedainya Asam Pedas Claypot Shekeen tapi ada pelbagai menu terjual, termasuk Daging Lomak Salai, menu lauk Singgang, menu lauk Asam Rebus, dan ada juga ala-carte. So kali ni Suami amik menu asam pedas ikan pari untuknya, dan Sis amik Daging Lomak Salai. 

Lepas amik order, tunggu pun tak lama, sekejap tu dah sampai, korang faham-faham je laa, kalau claypot ni, biasa mereka dah sesiap masak kuahnya, so tinggal panaskan dalam claypot aja.. so tak amik masa lama. Yang penting makan kena sabar, kalau tak melocot bibir lidah kau hahahaha.. 

Bila Suami hirup aja kuahnya.. dua tiga kali juga dia hirup baru Suami berkata-kata hahaha.. komennya, bolehlah, cuma lada dia tu macam tak masak garing, senang cakap macam pakai pes kata Suami hahaha.. Sis pun cuba gak rasa, ermmm 'bolehlah' ... 

Tapi ... Daging Lomak Salai dia sedap.. Suami makan dia puji, kuahnya pekat, terasa lemak salainya, daging pun lembut dan cukup rasa masak lemak tu.. tu Sis setuju, memang sedap, pekat kuahnya tu buat rasa lomak tu sangat sedap.. tak pedas, dan nice laa rasa lomaknya. 

Makan Malam Di Asam Pedas Claypot Shekeen

Untuk harga, kalau asam pedas tu RM15, dan untuk daging lomak salai tu tak silap Sis rm18, ke terbalik , alaa lupalah hahahaha tapi harganya rata-rata begitu. Untuk nasi putih beserta ulam, sambal belacan dan telur asin macamtu, ... kalau nak nasi kosong aja pun ada ..

Ada juga set ulam lain, tapi sebab dah malam, dah habis. Untuk pilihan ikan masak asam pedas pun banyak, ada ikan kembong, ikan pari, ikan siakap, ikan merah dan jenahak tak silap.. ke ada lain, kena belek menu menu yaa.. haritu kami main tanya, then terus order jer.. 

Total kami makan haritu hanya RM38.. berbaloi sangatt.. Korang kalau nak cuba, boleh ke alamat di bawah yaaa.. 

Asam Pedas Claypot Shekeen 
Jalan Kebun Teh, Taman Kebun Teh, 
80250 Johor Bahru, Johor

Di buka dari jam 11am hingga 11pm. 
Setiap Hari 


P/S : Harini masak pedas gak ni hahahahaha.. permintaan anak sulung Sis... 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aku ni da berapa kali nampak orang makan dan sebut daging salai masak lomak...mana nak cari daging salai kat sini haaaaa...hahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Eh ko nak ke? Nak aku try pos kat ko tak? Kot mana tau kan sampai.. aku ada alamat ko tu, nanti aku cuba...

      حذف
  2. Teringin pulak menu daging salai masak lomak tu. Huhu

    ردحذف
  3. sedapnya asam pedas.. tetiba rasa lapar plak...

    ردحذف
  4. Bila Cuya baca entri ni, baru CUya sedar Cuya tak makan nasi lagi harini
    ahahahhaha

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!