MASAK AYAM LEMAK CILI API BELIMBING DAN SOTONG MASAK KUNYIT UNTUK ANAK-ANAK

Sis Lin
2
MASAK AYAM LEMAK CILI API BELIMBING DAN SOTONG MASAK KUNYIT UNTUK ANAK-ANAK juga menantu yang balik ke Johor. Alhamdulilah setelah lama tak berkumpul sama dengan anak menantu dan makan bersama-sama, hujung minggu lepas, anak Sis, Kakak dan Suaminya balik ke Johor untuk hadir ke majlis perkahwinan sepupu Suaminya. 

Dan anak menantu Sis bermalam di rumah, so dapatlah berkumpul sama pada hari Jumaat malam tu. Tapi Jumaat malam tu Sis tak masak, Ayahnya beri duit pada Yana suruh Yana order aja, mulanya Suami nak beli dan bungkus dari Restorak Todak, tapi Ayahnya kata takut balik lambat, so beli dan order jer di Adam's Kitchen Kota Masai. 

Rezeki Suami, balik awal dia malam tu sebelum makanan sampai, so berkumpullah kami semua anak beranak makan berjemaah, alhamdulilah.. 

Ayam Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh

Dan esoknya Sabtu, masing-masing sibuk dengan hal memasing. Kakak pepagi lagi dah keluar untuk hadir ke majlis perkahwinan di Rumah abang Jamil Kota Masai. Sis juga di jemput tapi Sis datang selepas Zuhur bersama anak bujang sebab Suami bekerja. 

Petangnya masing-masing dah tanya nak makan apa? Dan Sabtu tu pulak Yana bermalam di rumah Sis, sebab esoknya Ahad, kena bawa Khalish (Cucu) ke klinik untuk injek 9 bulan. Menantu (Suami Yana) kena kerja duty, so Datuknya (Suami Sis) laaa yang akan bawa ke klinik menemani Yana. 

Dan menu untuk malam Sabtu tu memang dah ada, Sis masak Ayam Lemak Cili Api Belimbing buluh yang di beri oleh besan Sis ketika jumpanya di majlis perkahwinan Sabtu tu siang tu. 

Sotong Masak Kunyit

Macam tak kena pulak hanya satu menu, Sis keluarkan sotong dan masak Sotong Tumis Kunyit. Menu simple aja tapi sekali hidang tergelak sendiri, 'Awat semua kuning ni?' hahahaha.. masak lemak kuning, masak sotong kuning, hahahahaha.. 

Takpelah, kuning pun kuninglah, janji masak. Siap masak, Kakak kata nak Nasi Goreng pulakkk, rindu nasi goreng 'sahur' Mak hahahahaha.. Nasib baik nasi semalamnya masih ada dan elok, so Sis gorengkan laaa nasi goreng untuk Kakak.. kesian pulak bila dah sebut kannn., dah lerr nak balik KL esoknya.. 

Jadinya Sabtu malam tu meriah juga laa lagi rumah bila Yana dan Cucu Sis bermalam sekali di rumah Sis, paling happy Datuknya laa, asyiklah cakap nak tidur dengan Cucu, akhirnya dapat juga. Sis dan Suami 'berkampung' tidur depan hall dengan Yana dan Cucu Sis.. seronok kemain Datuk hahahaha.. 

Sembang anak banak sampai ke tengah malam tak tidur..  .. 


P/S : Mood Holiday turn ON ❤ ..

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dapat bayangkan meriah kat rumah Sislin bila anak2 semua ada kat rumah. Si Khalish tu mesti seronok jugak dapat main dgn atok dia hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Karni, tambah ada cucu lagi, lagi meriah suasana..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!