MINUM PETANG MAKAN BAKLAVA DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL bertemakan Middle East Afternoon Tea sepanjang Oktober ini. Sis kalau orang ajak minum petang memang suka, tak kisahlah nak makan di mana, kalau dah namanya Hi-Tea memang Sis suka. Walau Sis ni bukan pengemar 'manisan' tapi suka duduk lepak santai-santai dengan kawan.
Boleh di katakan dah banyak juga Sis pergi minum petang di keliling Johor ni, baik hotel atau pun cafe, cuma ada satu kelainan sikit kalau minum petang di Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel ni, sebab setiap 3 bulan, menu minum petang mereka akan bertukar mengikut tema. So kalau datang tu selang beberapa bulan, korang akan dapat makan berlainan menunya dari biasa.
Untuk tema Middle East Afternoon Tea ni, dah berlangsung selama 2 bulan lepas, dan bulan Oktober ni adalah bulan terakhir untuk korang datang mencuba. Dan dah tentunya Sis juga mau mencubanya. Sis bawa kawan Sis sekali sebab setiap satu set di hidangkan untuk 2 orang. Rugilah kalau korang datang seorang, kannn..
Kalau nak bercerita tentang minum petang ni, tak banyak benda nak ceritanya, sebab minum petang adalah sekadar makanan untuk di rasa 'sedikit', bukan makan buffet. Biasa di hidangkan macam dalam gambar tu laa 3 tier, seteko minuman, dan juga ada menu sampingan sebagai memeriahkan tema minum petang korang.
Lain tempat lain gaya dan cara, tapi bagi Sis, kalau masuk hotel 5 bintang camni, dapat minum petang begini dengan harga RM118, cukup memadai dan berbaloilah. Kena dengan temanya, so menu yang disediakan adalah menu manisan negara Timur Tengah seperti Baklava, Kunafah, Humus dan Shawarma, tu memang wajib laa di hidangkan.
Kawan Sis kemain suka makan Humus dia, cecah dengan timun, karot dan saleri sangat ngam rasanya. Antara Humus yang Sis dan kawan Sis suka adalah Traditional Hummus mereka, sangat lazat yaa.. siap minta extra lagi hahahaha ..
Baklava dan Kunafahnya juga boleh tahan sedap, walau bukan 100% menu asli air tangan orang Arab, tapi rasa tu 'sampai', tidak terlalu manis dan sedang-sedang rasanya. Ye laa ada orang kata manisan orang Arab ni manis, tapi di sini just nice jerr rasanya.. Sis tengok Kak Zizi tu okay jer makan takde bebel, maknanya okay, sebab dia ada cerewet sikit tang manis hahahaha..
Yang jadi kesukaan Sis adalah; Chicken Tandori Paneer Poori dia, sedap gilerr.. kalau di bebri 10 ketul pun Sis boleh habiskan, malangnya sorang seketui aja yaa hahahahaha.. dalamnya ada inti dan korang nak makan tuang sos salsa dia tu, perghh mantap habis rasa dia...
Minuman pun pilihan nak Teh atau Kopi, boleh refill selagi larat minum. Nampak jer simple yaa, tapi sangat mengenyangkan dan yang penting rasa tu.. kang ada pulak kata, 'Egh tu aja ke?', dah nama pun Hi-Tea, hotel 5 bintang, takkan nak hidang sedulang pulak uiii.. agak-agak jugalah kan hahahaha..
Tapi tak rugilah mencuba, sebab tema minum petang mereka bertukar-tukar, so bolehlah nikmati kelainan bila setiap kali pergi minum petang.. bulan depan entah apa pulak temanya, tungguuuu..
𝐌𝐈𝐃𝐃𝐋𝐄 𝐄𝐀𝐒𝐓 𝐀𝐅𝐓𝐄𝐑𝐍𝐎𝐎𝐍 𝐓𝐄𝐀
🗓 Isnin to Ahad (Setiap Hari)
🕰️ 3:00pm - 5:00pm
🏷 RM118 nett untuk 2 orang
📲 https://wa.me/60177713327
🔗 https://bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 www.cafebld.com/specials
P/S : Cuaca panas betullah, sampai naik sakit mata ni huhuhu ...
Macamana la rasa hummus tu ye. Macam2 menu yg ada.
ReplyDeleteSusah nak cakap macam mana rasa, tapi dia ada rasa istimewanya..
Delete