PERTAMA KALI JEJAK NAIK KE RUMAH API TANJUNG TUAN

Sis Lin
2
PERTAMA KALI JEJAK NAIK KE RUMAH API TANJUNG TUAN bersama-sama peserta Kembara Al-Quran. Kalau nak cerita pengalaman mendaki naik ke atas tu, fuhhhh macam tak percaya juga boleh sampai atas tu. Ye laa kita ni bukan kaki hiking macam orang lain, takat senam bristwalk pusing Bukit Layang-Layang tu bolehlah.. 

Orang lain dah banyak gunung, bukit, hutan mereka jejak, Sis ni baru jejak Tanjung Tuan dah kecoh ekkkk hahahaha.. ehhh ada aku kesah,  masing-masing punya life laa kann.. dapat jejak Tanjung Tuan tu pun dengan keadaan 'muatan berat' dan usia juga kesihatan yang tidak berapa nak sihat, bersyukur sangatlah.. tambah pulak yang join tu Nenek-Nenek yang dah berusia lebih dari 80 tahun yaa, mereka boleh, takkan aku tak boleh.. 

Memang mulanya antara boleh ke tak yaa nak join mendaki ni, tapi Sis cabar diri sendiri dan rasa yakin yang Sis boleh buat, so Sis cuba.. kita kalau nak buat sesuatu, tanya diri, kalau rasa yakin boleh, terus buat, kalau rasa tak mampu, jangan buat, takut mudarat diri sendiri nanti. 

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
Wajah-wajah sebelum mendaki 

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
Memasing punya semangat dan stamina yang kuat.. 

Asal usul Tanjung Tuan 

Tanjung Tuan atau Cape Rachado ('tanjung yang pecah' dalam bahasa Portugis) ialah sebuah eksklaf (wilayah asingan) milik kerajaan negeri Melaka dikelilingi oleh Negeri Sembilan . Tanjung Tuan menghadap ke Selat Melaka. Ia terletak kira-kira 16 km dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Tanjung Tuan berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Nama lain Tanjung Tuan ialah Cape Richardo. Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan. Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayanyang keramat ini berjaya melintasinya.

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
66 anak tangga ke panjat untuk ke atas tu

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
Ootd itu pastu, jadikan kenangan anak tangga hahahaha

Menurut kata kengkawan yang dah pernah naik ke atas tu, ada laluan lain selain laluan yang kami lalu ni, tapi entah laa yang mana. Sis pun pertama kali naik, so ikut aja la arahan ketua kami. Yang kena ingat, laluan kami lalu tu hutan-hutan, so jangan buat memacam perkara atau lepas cakap, walaupun siang hari, kang ada pulak tak jumpa jalan keluar kan. 

Jarak dari pintu masuk ke rumah api Cape Ricahardo tu dalam 870 meter. Laluannya jalan tar, so tidaklah susah nak naik ke atas. Cuma stamina kena kuat dan semantat kena cekal. Kalau tak, korang tersidai laa di pondok-pondok rehat yang di sediakan sepanjang nak ke atas. 

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
Setinggi 118 meter dari aras laut

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
Yehaaa, akhirnya berjaya aku dan mereka naik ke atas.. (macam biasa aku tukang aku amik gambar)

Lepas dah naik 66 anak tangga ke atas tu, korang akan lalu pula di tepi-tepi bukit tu yang setinggi 118 meter dari aras laut. Berhati-hati ketika di sini, gaungnya sangat seram yaaa.. risau juga Nenek-Nenek yang melaluinya, tapi alhamdulilah, kami berjaya melaluinya. 

Masa kami naik, ramai juga bebudak muda turut sama naik secara kumpulan. Kenalah bertolak ansur dan bersabar kalau korang nak amik gambar yaa, jangan pentingkan diri sendiri dan jangan tolak menolak. 

Rezeki kami juga, sampai aja di atas tu, hujan lebat mencurah-curah turun, habis basah lokos baju kasut bag kami hahahaha.. sampaikan nak amik gambar pun, kamera jadi blur oii hahahaha.. tapi kami enjoy gilerrr dan puashatii. Hilang segala semput dan kepenatan bila dah sampai atas tu. 

Pertama Kali Jejak Naik Ke Rumah Api Tanjung Tuan
Wajah-wajah kepenatan tapi tetap bersemangat.. (lupa nak beli air tebu tepi tu) hahahaha

Dalam kehujanan bergambar, tapi makin lama makin lebat, so kami terus gerak turun ke bawah. Ingat nak bherteduh sekejap, tapi memasing kata, dah alang-alang basah, jalan terus, ayuh laaaa hahahaha.. tapi tak sampai setengah jalan, ehhhhh hujan pun berhenti huhuhuhu.. 

Rasanya mereka yang baru naik ke atas mesti pelik, kenapa basah lencun kami semua hahaha sebab mereka naik sikit pun tak hujan, pelik betul... tu laa namanya rezeki.. dalam kehujanan kami berdoa sebanyak yang boleh. 

Buat masa ni yang kami pergi masuk adalah PERCUMA. Di buka dari jam 7am hingga 6pm

Pertanyaan:
Pejabat Hutan Daerah Melaka, 75459 Air Keroh, Melaka.
Tel : 06-231 6095
Faks : 606 - 2322 867

Pejabat Renjer Hutan Alor Gajah Hutan Rekreasi Sungai Udang, 76300 Masjid Tanah , Melaka
Tel/Faks : 606 - 3514654

No. Kecemasan:
• Dial 911
• Klinik Kesihatan Sg. Udang - 1 km (606-353 1333)
• Balai Polis Sg. Udang - 1 km (606-3512 122)
• Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu - 3 km (606-3517 994)


P/S : Rindu dengan kengkawan kembara ... 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahniah Sislin! Lepas ni kita ajak Kak CT naik Bukit Broga pulak hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, next year katanya nak naik sana.. tengoklah nanti hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!