PROGRAM KEMBARA AL-QURAN BERSAMA KUMPULAN AL-WASILAH TAMAN BUKIT INDAH juga bersama Geng Setaman Sis a.k.a jiran lama satu ketika dahulu. Alhamdulilah Jumaat dan Sabtu lepas, Sis berkesempatan menyertai Program Kembara Al-Quran anjuran Kumpulan Al-Wasilah Taman Bukit Indah, di mana taman yang pernah Sis duduki selama 8 tahun dahulu.
Dari anak sulung Sis sekolah darjah 6, anak bujang berumur 6 tahun, sehinggalah Sis berpindah ke Pasir Gudang ketika anak bujang Sis dah bersekolah tingkatan 4. Lama kann kami berjiran setaman, sampaikan dah jadi geng mak-mak lepak pondok sekolah sementara menunggu anak balik sekolah, sangat rindu suasana itu..
Kami masih lagi berhubungan melalui wahtsapp, dan juga sesekali kami keluar mengeteh, cuma nak kumpul semuanya memang susah. Masa ikuti program ni pun, tak semua ahli dan geng dapat join, maklumlah memasing ada agenda tersendiri kan.. lagipun tiada paksaan untuk ikutinya.
Terima kasih juga buat Suami yang memberi izin Sis untuk keluar mengikuti program ini, tanpa keizinannya, mungkin Sis tak dapatlah nak keluar, alhamdulilah. Pagi Jumaat selepas Subuh Sis dah gerak dari Pasir Gudang ke Mesjid Taman Bukit Indah untuk park kereta Sis dan menaiki bas dari sana.
Dalam jam 7am kami gerak dari Masjid Taman Bukit Indah. Seramai 35 orang yang dapat join kali ni. Tambah seronok, geng setaman Sis, Wana, Midah, Ana, Sarah, Kak Ana turut sama join trip ni, bertambah laaa kecoh satu bas hahahaha.. Pit stop pertama kami, kami akan berhenti di Kolam Air Panas, Jasin Melaka untuk berkelah makan sarapan sambil beriadah .
Sampai aja, kemain laju Makcik-Makcik dan Nenek-Nenek a.k.a Ustazah semua terus masuk kaki rendam dalam air panas, cari-cari mana laa semua orang, rupa memasing dah duduk merendam hahaha.. Sis pun pertama kali sampai sini.
Selesai memasing merendamkan kaki, bersauna, mandi dan juga makan, kami terus gerak ke Bandar Hilir Melaka untuk makan tengahari. Masa ni entah kenapa, tak amik pula gambarnya hahahaha.. agaknya semua dah lapar nasi.. ketua beri masa hanya satu jam aja, sebab nak gerak ke homestay Villa kami di Port Dickson.
Dari Melaka ke homestay Villa Kaszhouse makan masa dalam 40 minit. Mana yang kekenyangan makan tadi, dalam bas semua senyap laa tidur hahahaha. Kalau Sis memang tak reti nak tidur-tidur ni, jauh mana pun tetap berjaga, entah laaa kenapa mata ni susahnya nak lelap dalam kenderaan.
Sampai di Villa Kaszhouse tu, ketua kami mebahagikan roomate memasing. villa ni ada 4 tingkat, dan Sis di letakkan di bahagian atas sekali 'loteng' bersama 7 orang semuanya, tapi loteng atas sekali, Sis bersama 4 orang roomate. Perghh azab ko naik turun tangga dia hahahaha..
Dah check-in bilik, memasing mandi bersihkan diri dan solat berjemaah Zuhur dan Asar beramai-ramai. Then acara bebas buat semua sementara chef-chef semua memasak untuk makan malam. Tapi kami makan awal sekitar jam 6pm sebab malamnya lepas Maghrib kami akan ada kelas ilmu Al-Quran bersama Uztazah yang di undang.
Menu utama kami adalah Asam Pedas Ikan Jenahak. Ya Allah sedapnya lahaiii makan beramai-ramai dalam suasana meriah, sampaikan bertambah memasing, padahal dah makan nasi tengahari tu kannn.. lawan pulak dengan sambal belacan, ulam ulaman, perghhhh memang nikmat sungguh laaa..
Malam tu kelas ilmu kami banyak mengenai bacaan dalam solat, Setiap sorang akan membaca sepotong ayat dan akan di dengar dan diperbetulkan bacaannya oleh Ustazah,. sampai yang nak membaca pun berdebo-debo jantung, takut bacaan salah hahahaha.. tak apa, kelas macam ni laa yang kita mahukan, sebab ada yang membetulkan bacaan Quran kita..
Berakhir malam pertama kami dengan kelas ilmu Al-Quran, selepas solat Subuh kami ada tazkirah. Selsai aja, program seterusnya riadah sihat mendaki Rumah Api Tanjung Tuan pulak. Kami ingatkan yang akan pergi yang muda-muda aja laa, sekali Nenek-Nenek yang dah umur 80tahun lebih tu yang excited nak ikut kami hahahahaha..
Last-last ramai juga yang join mendaki. Sis pun pertama kali ni nak jejak Tanjung Tuan ni, risau juga kotlah tak cukup nafas kang sampai atas, tapi alhamdulilah stamina masih kuat dan Allah beri kekuatan untuk naik dan turun dengan selamat.
Nenek-Nenek tu pun steady jerr.. Time nak turun, hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba, habis lokos basah kami hahahaha.. Dah sampai bawah rasa lega betul, terjumpa dengan artis Anju, kami turun, dia baru nak naik dengan geng-geng dan peminatnya..
Balik dari mendaki, bersihkan diri dan mengemas semua barang sebelum turun bersarapan 'berat'.. ye laa sebelum mendaki makan ringan-ringan aja, kang muatan berat tak boleh naik pulak hahahaha.. kami kena check-out sebelum jam 12pm sebab ada group lain pulak nak masuk.
Yaa semua makan dan minum di masak semuanya di villa ni. Barang perkakas dan bahan-bahan memasak termasuk ikan, ayam, sayur, semua kami bawa dari Johor. Memang terbaek laa semua AJK Al-Wasilah ni, mereka buat yang terbaek untuk kami semua.
Makan kenyang, tempat pun selesa, walau ada suasana 'misteri', tapi kami tetap puashati dan happy sangat... bersyukur sangat dapat join program kali ni, tahun lepas tak dapat join, tahun ni Allah beri peluang. Inshaallah tahun depan dan seterusnya, akan join lagi dan lagi.. Tahniah buat semua.
Selesai semua bas terus gerak keluar dan kami akan singgah di Mesjid Sendayan untuk jamak Zuhur dan Asar di sana. Sis memang teruja sangat bila ternampak ada persinggahan ke Mesjid Sendayan ni sebab lama sangat teringin nak pergi, tapi belum berkesempatan, jadi Allah tunaikan kali ni dalam program ni.
Melilau-lilau mata Sis ke sana sini tengok keindahan Mesjid ni. Dari luar membawa ke dalam segala ruang Sis amik gambar, untuk simpanan peribadi. Sampaikan Sis lebih teruja tolong amikkan gambar kengkawan dari minta orang amikkan gambar Sis, last-last tengok, ehhh gambar sendiri takde hahahahaha...
Usai solat kami terus gerak ke Melaka ke Cafe Markisa untuk makan tengahari. Tapi sebab gerak pun dah lambat, so agak petang juga kami makan. Pertama kali juga sampai di Cafe Markisa, tapi yang tu nanti Sis cerita di lain posting okay..
Ucapan tahniah juga tanda kesyukuran buat diri sendiri dapat join program Kembara Al-Quran ni. Moga Allah sihatkan kesihatan Sis, panjangkan umur, agar Sis dapat join lagi program-program akan datang.. korang pun kalau nak join, pun boleh, nanti ada lagi Sis kongsi okayy..
P/S : Tak sabar tunggu program Maulud Nabinya pulak.. jauh-jauh pun ku gigih juga pergi dan join.. niat kerana Allah dan ukhwah ...
Janganlah panggil 'nenek2'
ردحذفPanggil 'datin2' barulah best
Hahahaha baiklah .. moga-moga masin mulutnyaaa
حذف