SERANGAN TAUFAN AL-AQSA, PANJATKAN DOA DAN QUNUT NAZILAH BUAT PEJUANG ISLAM DAN SAUDARA SEISLAM KITA DI SANA. Allahu Akbar, semalam kita menerima pengkhabaran tentang berita saudara seIslam kita P4lestin yang sedang berjuang bangkit mempertahankan Tanah Air mereka Bumi Al-Aqsa, marilah sama-sama kita di sini memperhebat ibadah dan mendoakan kemenangan menjadi milik Pejuang P4lestin dan Tanah Milik Umat Islam dikembalikan.
Seperti yang kita tahu, serangan dan kekejaman ke atas Umat Islam P4lestin oleh tentera Isr4el, Z1on1s telah berlaku sekian lama, malah bertahun-tahun. Kekejaman dan pencerobohan yang berterusan ini menyebabkan ratusan rakyat P4lestin syahid, tempat tinggal dirampas, wanita dikasari, malah penindasan ke atas Umat Islam berlaku sangat kerap dan lain-lain.
Jadi, hari ini apa yang berlaku kita dapat melihat kebangkitan rakyat P4lestine bersama pasukan tentera Al-Qassam untuk mengambil semula apa yang menjadi hak Umat Islam iaitu Masjid Al-Aqsa dan keamanan rakyat sekaligus melemahkan sistem ketenteraan Isr4el.
Cara-cara Membaca Qunut Nazilah
1. Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (bacaan solat yang dibaca secara perlahan) seperti Solat Zohor dan Asar atau solat al-jahriyyah (bacaan solat yang dibaca secara kuat) seperti solat Subuh, Maghrib dan Isya’.
2. Qunut Nazilah disyariatkan di dalam solat-solat fardu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.
3. Boleh dibaca di dalam solat fardu secara berjemaah mahupun di dalam solat bersendirian. Jika dibaca dalam solat berjemaah, imam perlu membacanya dengan suara yang kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara bersendirian, maka ia perlu dibaca secara perlahan.
4. Dibaca pada rakaat yang terakhir, semasa I’tidal, selepas bangun dari rukuk.
5. DISUNATKAN mengangkat kedua tangan semasa berdoa.
6. Qunut Nazilah juga boleh dibaca di luar solat secara beramai-ramai.
اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا
و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم
اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم
و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب
يا مُجْرِىَ السَحاب يا هَازِمَ الأحزاب
اِهزِمهم اِهزِمهم اِهزِمهم
وانصُرْنا عليهم
[Terjemahan]
Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami
dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka
Ya Allah yang maha memaksa
Ya Allah yang maha perkasa
Ya Allah yang maha membalas
Ya Allahu, ya Allahu, ya Allah
Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka
Dan kemenangan untuk kami
Sumber : FB Ustazah Asma Haron
Sebarkan ...
P/S : #IsraelCuak #FreePalestine ❤
ya allah berikan kemenangan kepada saudara2 kami di palestin amin2
ReplyDeleteAaamiinn Ya Allah ...
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteSedihkan Kak, tak sanggup nak tengok video-video kematian anak kecil :(
Delete