TENGAH CARI MOOD HARI ISNIN ni! Biasalah kalau dah stop aja menulis dua tiga hari, mulalah mood 'malas' nak bukak iPad/laptop. Dah sedap relax jerr kan Sabtu Ahad, so masuk aja Isnin, terus blur nak update apa hahaha.. selalu macamtu, korang sama ke malasnya macam Sis?. Tapi jenguk reading list, ada jer korang update, maknanya rajin laa tu hehehe..
Tapi malas ni tak boleh nak di layankan, dari dua tiga hari kang, terus jadi seminggu, dari seminggu kang masuk sebulan malasnya, terus blog ko senyap kannn.. tiba-tiba blog tak update, ehhh jd influencer pulakk ekkk.. update IG dan TikTok jer hahahahaah.. ramai jer macamtu kan sekarang..
Ni Sis menulis ni, cucu baru jer balik tadi, ON kan kejap laptop sebab nak edit blog orang, kalau guna iPad tak puas nak buat kerja, kena juga guna laptop untuk kerja-kerja yang berkenaan. Banyak cerita nak Sis kongsikan, lebih-lebih kisah makan sana sini bersama Suami pada hujung minggu..
Kenapa labu? Petang ni nak masak Sayur Lemak Labu hahahahah |
Penghujung hujung minggu September Sis berakhir dengan kenangan paling bahagia sekali. Dapat keluar bersama kawan-kawan Sis, dapat berkumpul dengan adik-adik dan semalam keluar seharian bersama Suami dari hujung ke hujung Johor kami meronda, alhamdulilah..
Harini dah 2 Oktober 2023, lagi 2 bulan aja masuk tahun 2024... tapi mendebarkan juga kannn bila baca kisah virus X tu .. menakutkan juga, korang ada baca tak? Cukuplah dengan apa yang kita dah lalui sebelum ni dengan virus Covid19, janganlah di tambah lagi dengan virus lain.. trauma betullah..
Pinktober - Bulan Kesedaran Kanser Payudara |
Kita sama-sama lah kan doakan kesejahteraan buat negara kita Malaysia. KKM pun dah alert mengenai virus X ni, dan dah mula amik tindakan berjaga-jaga sebelum apa-apa terjadi. Moga negara kita di lindungi dalam peliharaan Allah swt.. aamiinnn..
Masuk ke bulan Oktober, kalau tengok kalender, bulan Oktober takde cuti umum yaa.. memang sepenuhnya bulan Oktober ni bulan bekerja, so selamat bekerja keras bulan ini. Cuma bulan Oktober adalah bulan Pinktober iaitu Breast Cancer Awareness .. di mana bulan Oktober adalah bulan kempen kesedaran mengenai kanser payu dara (sedunia) di kalangan umum terutamanya wanita. lelaki? Pun ada juga yaa..
So bagi mereka wanita, bolehlah dapatkan khidmat nasihat dan buat pemeriksaan momogram payudara korang di mana-mana hospital yang berdekatan. Banyak promosi di jalankan sepanjang kempen bulan Oktober ni. Sis pun nak buat appoinment ni.. cegah sebelum parah ..
Okaylah stop jap, nanti sambung balik next posting yaa..
P/S : Sepandai 'biawak' pindah rumah, akhirnya dapat juga ku alamaTnya hahahahahaa.. tungguu kau!..
Biawak mana pulak ni???
ردحذفYaaaa.. Oktober tak ada cuti!
Kan kak, yana siap berkali-kali tanya Lin hahahaha..
حذفBiawak kulit muka tebal Kak, tak sedar diri hahahahaha
Oktober masuk lagi malas ni Sis Lin, ni pun paksa gak ni update..kalau x paksa x tau nak jadi apa pemalasnya tu...
ردحذفYaa SA, ni tengah gigih ni cari mood nak menaip huhuhu
حذفBiawak kalau dah menyelam tak jumpa cari
ردحذفNi biawak darat, sampai lobang cacing ku cari Wak hahahaha
حذفMemang mood blogging ni ada pasang surutnya. Bila tetiba datang malas nak update blog sebab sibuk minggu kelas memasak tu, teruk merudum jugak revenue google adsense kita huhu...
ردحذفYaaa Karni, blog kalu tinggal jer dua hari, memang PV merundum sejak G4 ni, adsense pun sama, so kena maintain update paling tidak 3x sehari..
حذفBulan 10 takda cuti, jadiknya..saya terpaksa ambil cuti tahunan lahhh..hoho.. Tak Syok pulak tak gunakannyaaa 😂 Semoga mood tak kelaut dalam untuk jangka masa lama 🫶✌️
ردحذفWaaa nak kemana pulak kau Nonnnn...
حذف