ANTARA TEMPAT MENARIK DI TENOM SABAH YANG MESTI KORANG LAWATI

Sis Lin
8
ANTARA TEMPAT MENARIK DI TENOM SABAH YANG MESTI KORANG LAWATI. Bagi korang yang tertanya-tanya, apa yang ada di Tenom Sabah tu, so kali ni Sis akan kongsikan dengan korang, antara tempat menarik di Tenom Sabah yang mesti korang lawati dan singgah jika korang datang ke Kota Kinabalu ni. 

Tenom,cukup terkenal dengan tulang belakang Sabah dan kedudukannya adalah di kawasan pedalaman Sabah. Tenom adalah sebuah pekan kecil yang terletak di lembah di bahagian pedalaman Sabah. Ia merupakan pusat utama bagi masyarakat Murut, yang mempunyai budaya dan tradisi yang unik dan menarik. Salah satu perayaan penting mereka ialah Pesta Kalimaran, yang diadakan setiap tahun di Tenom.

Selain itu, Tenom juga terkenal sebagai pengeluar kopi yang berkualiti tinggi, yang ditanam di tanah subur di sekitar pekan. Selain itu, Tenom menawarkan pelbagai tarikan alam semula jadi dan rekreasi yang sesuai untuk korang datang bercuti seisi keluarga. 

Untuk kali ni, Sis akan kongsikan serba ringkas antara tempat menarik yang mesti korang lawati bila ke Tenom Sabah, nanti kemudian akan Sis tuliskan poengalaman Sis menyusuri bandar Tenom okayy..  

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Kopi@Yit Foh Tenom

Kilang Kopi Yit Foh tidak asing lagi bagi penduduk setempat khasnya di Daerah Tenom. Selain kawasan kilang yang cantik, korang juga boleh duduk lepak-lepak dengan dengan keluuarga dan kawan, sambil menikmati secawan kopi dengan harga yang berpatutan. Korang juga boleh membeli produk kopi secara terus dari kilang ini. Kilang ini terletak lebih kurang 5 Km sahaja dari Pekan Tenom.

Yit Foh ialah jenama yang ditubuhkan sejak 1960 oleh Mr.Yong Loong Vun. Ia pertama kali bermula dengan kilang kopi tertua dan salah satu kilang kopi yang paling terkenal di Sabah. Pada tahun 2017, Yit Foh Coffee Park yang terdiri daripada Restoran Yit Foh Robusta dan Coffee Park Cottage, telah dilahirkan. 

Jika korang datang bersama keluarga, korang juga boleh stay di sini. Mereka ada menyediakan homestay yang sangat selesa dengan harga yang sangat berpatutan. 

Alamat : 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, 89908 Tenom, Sabah
Phone : 010-263 5657

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Fatt Choi Coffee Cabin

Fatt Choi Coffee Cabin adalah sebuah penginapan yang terletak di puncak bukit, dengan pemandangan yang indah dan udara yang segar. Korang boleh menikmati suasana alam semula jadi, sambil menghirup kopi yang berkualiti tinggi dari ladang kopi tempatan.

Fatt Choi Coffee juga dikenali sebagai Starbucks Coffee disebabkan rasa kopinya yang sangat sedap. Sis berkesempatan juga mencuba Caramel Caffe mereka yang di katakan paling top pelanggan order, memang sedap. Selain itu, korang juga boleh membeli produk kopi juga menikmati pemandangan dari atas bukit sambil menikmati secawan kopi. 

Alamat : 274, Jalan Tenom Lama, 89908 Tenom, Sabah, Malaysia.
Phone : +608 773 5230

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Tenom Coffee Valley 

Tenom Coffee Valley yang baru dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada awal Jun lalu juga merupakan tempat menarik bagi sesiapa yang ingin bersantai sambil menikmati produk kopi. Tenom Coffee Valley menjanjikan makan dan minuman berasaskan produk kopi yang yang sedap dan lazat khas untuk korang. 

Antara produk kopi ialah Tenom Black Coffee, Cappuccino, Latte, Mocha, Cocoa, Caramel Macchiato, Tea, smoothies, juices, cakes, muffins dan sebagainya. Sebaik korang sampai di Kota Kinabalu, korang singgah laa di Tenom Coffee Valley ni dan nikmati secawan kopi di sini.. 

Bangunan ini menempatkan restoran yang menawarkan makanan barat dan gabungan sambil menghidangkan pilihan kopi terbaik yang terkenal dengan bandar kecil Tenom. Pusat Maklumat Pelancongan Tenom juga terletak di sini bagi memudahkan pengunjung mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan tentang daerah Tenom.

Alamat : Jalan Tun Ahmad Raffai, Tenom, 89907 Tenom, Sabah
Phone : 087-733 508

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Taman Pertanian Sabah

Taman Pertanian Sabah merupakan salah sebuah tempat menarik di Tenom. Taman ini terletak di Lagud Sebrang iaitu kira-kira 10 km dari pekan Tenom yang menempatkan pelbagai jenis tanaman pertanian seperti bunga, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain lagi. 

Luas kawasan taman ini dianggarkan sekitar dalam 200 ekar dan mempunyai beberapa kawasan yang boleh dikunjungi oleh para pengunjung. Antara kawasan yang boleh dikunjungi oleh pelawat ketika berkunjung ke taman ini adalah seperti :

01. Pusat Orkid Semulajadi
02. Muzium Tumbuh-Tumbuhan
03. Kawasan Lebah
04. Tasik Sapong
05. Tasik Rundum
05. Taman Haiwan
06. Taman Evolusi.
07. Taman Hiasan
08. Hutan Agro
09. Jungle Trekking

Kalau melawat ke kawasan-kawasan ini korang jangan risau akan penat, sebab di sini juga ada disediakan pengangkutan untuk pengunjung iaitu keretapi tram secara percuma. 

Alamat : Taman Pertanian Sabah, WDT, 28, 89909 Tenom, Sabah
Phone :  +60 88 258 529

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Marais Center _ Perkampungan Murut

Marais Center - Perkampungan Murut

Kampung kecil ini pasti akan menawan hati korang dengan pemandangan alam semula jadi yang damai. Latar belakang pergunungan, sawah padi yang luas dikelilingi oleh sungai dan anak sungai, dan udara segar yang segar. 

Pusat Marais terletak di kampung Marais sebagai inisiatif pelancongan untuk menggalakkan kelestarian dan meningkatkan kehidupan masyarakat. Perkampungan Murut ini adalah rumah kepada beberapa visual yang menakjubkan untuk korang bergambar sebagai kenangan. 

Selain sebagai homestay, pengunjung boleh memilih antara pelbagai aktiviti yang ditawarkan di kampung tersebut. Berbasikal mengelilingi sawah padi, meredah hutan juga membuat bakul dan manik adalah antara aktiviti yang boleh disertai pengunjung. Penduduk kampung juga akan memakai pakaian tradisional Murut dan mempersembahkan tarian tradisional mereka.

Alamat : Peti Surat 206 Kampung Marais, 89908 Tenom, Sabah
Phone : 016-834 9781

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Tenom Padas Farmstay

Singgah ke Padas Farmstay ini, korang boleh melawat sekitar ladang yang luas itu, korang juga boleh merasai pengalaman menginap di ladang asli, belajar tentang pertanian pertanian dan menuai beberapa buah-buahan untuk sampel. Juga dalam kawasan itu ialah ladang kopi mereka. Seseorang boleh belajar banyak tentang proses yang terlibat dalam penanaman kopi. Lagipun, daerah Tenom sangat terkenal dengan kopinya.

Pengunjung boleh merasai pengalaman melawati kawasan kebun dan ladang utama untuk melihat 4 spesies limau yang berbeza ditanam di sini. Terdapat juga bahagian pisang dan kopi di mana biji kopi sebenar ditanam. Cubalah minuman istimewa dalaman mereka, minuman kalamansi 'Asam Boi' terkenal yang dihasilkan baru dari ladang.

Terletak kira-kira satu setengah jam dari Kota Kinabalu, Padas Farmstay terletak di kawasan terpencil di Tenom dan merupakan sebahagian daripada tempat pelancongan berasaskan komuniti di Sabah. Walaupun ramai mungkin menganggap konsep penginapan ladang ini dibina semata-mata untuk pelancongan, tetapi sebenarnya tidak. Bangunan utama pada mulanya adalah kuarters pekerja ladang yang telah diubah suai untuk memenuhi pengalaman unik ini.

Alamat : Lot 38, Block E, Jalan Damai Plaza 4, Luyang Commercial Centre, 88300 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Phone : Tel: +60 88 232 821

Antara Tempat Menarik Di Tenom Sabah Yang Mesti Korang Lawati

Yang paling bestnya, sepanjang jalan dari Kota Kinabalu ke Tenom cuaca memang berkabus, sejuk tapi bergantung kepada cuaca semasa. Masa Sis ke sana, cuaca memang panas dan malam aja ada masanya sejuk. Sepanjang perjalanan memang Sis tak tidur, rugi rasanya, sebab nak nikmati pemandangan yang sangat indah walau hanya bukit gunung dan hutan aja kelihatan.. 

So next nanti Sis kongsikan pula antara tempat menari dan bersejarah di kota Tambunan Sabah pulak okayy.. dan lepas tu nanti Sis akan update pengalaman Sis sepanjang mengikuti FAMediatrip selama 5 hari 4 malam di Sabah ni. 

Terima kasih AirAsia yang menerbangkan Sis dari JHB - BKI -JHB dengan selamat dan lancar.. korang juga boleh lihat video REEL di IG akusislin dan juga highlight IGs akusislin 'BKI' ookay.. 


P/S : Rindu sama semua orang.. perkenalan yang singkat tapi cukup bermakna ❤

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Iyaaa, nanti datang Sabah yaa singgah Tenom

      Delete
  2. Syoknya jalan jalan Sabah! Minum minum kopi! Anddd Lama tak mendaki! 😍

    ReplyDelete
  3. Seronoknya Sis Lin jalan- jalan jauh ha..tak pernah pi Tenom pernah sampai Kota Kinabalu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, best betul SA, grab peluang yang ada...

      Delete
  4. Banyak tempat menarik di Tenom ye... Ada rezeki boleh ke sana... Teringin nak hirup kopi Tenom yg terkenal tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa PH, baru tau juga Tenom banyak tempat menarik

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!