BUFFET DINNER - FESTIVE FEASTS AT MAKAN KITCHEN di Double Tree by Hilton Johor Bahru. Tiba hujung-hujung tahun ni, maka masuklah perayaan satu persatu hinggalah menjelang ke sambutan tahun baru nanti. Yang paling dekat perayaan Krismas tak lama lagi.
Sebagai umat Islam, bukanlah kita nak meraikannya, tapi macam biasalah, tiba perayaan, akan ada sana sini promosi makan buffet dinner & lunch di setiap hotel, restoran dan cafe seluruh Malaysia dan luar negara. Yang tumpang sekaki ni, kita-kita ni laaa, pantang ada buffet dinner kan, memang suka sangat pergi makan kan.
Tak perayaan mereka, perayaan kita pun sama juga. Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji pun, sama juga, tetap juga ada buffet-buffet makan sana sini yang tersedia. Kita kan 1 Malaysis, berbilang kaum dan bangsa, so dalam apa-apa perayaan pun, memang akan ada semua kaum dan bangsa meraikan sebagai tanda menghormati keluarga, kengkawan atau pun jiran tetangga.
Sis suka konsep makan di Makan Kitchen ni sebab dia mengetengahkan dapur-dapur mereka dalam pelbagai masakan, contohnya; Malay Kitchen, Indian Kitchen, Chinese Kitchen dan juga Western Station (salad, seafood, shashimi) dan banyak lagi station-station kecil yang ada.
Promosi buffet dinner ni telah pu8n bermula dari 17th November dan akan berakhir sehingga 30th December , tapi... promosinya berlainan-lainan date dan juga masa, so korang kena baca betul-betul details di bawah yaaa.. jangan konpius nanti..
Dari menu lauk-pauk masakan Melayu, masakan Pasta/Spageti, masakan Panas seperti, Mee Kari Udang Galah, Laksa Johor, Mee Sup, masakan BBQ/Grill seperti; Satay, Ikan dan Seafood bakar, Otak-Otak, Pepes, dan juga anekaUlam-Ulaman semuanya terhidang.
Masakan Cina juga ada pelbagai hidangan, tak lupa juga di dapur India, pun bermacam-macam menu ada, sebab tu Sis kata, walau perayaan Krismas, tapi menu-menu yang terhidang tetap menepati tekak 'orang lain; juga hehehehe...
Tema aja Festive Feasts, tapi hidangan buffet dinner dia sangatttt laa membawa kepada perayaan kita 1 Malaysia.. so siapa aja tak kita bangsa dan agama, boleh datang sama-sama makan di sini yaaa.. Harga pun berpatutan dengan hidangan yang di sediakan.
So amacam? Hebat kann semua hidangan.. tapi perlu ingat,s etiap hidangan akan bertukar-tukar setiap hari yaa.. juga berbeza pada setiap promosi, korang jangan pulak nanti marah bila datang, hidangannya tak sama dengan yang Sis kongsikan.. harap maklum.
DoubleTree by Hilton Johor Bahru juga menjemput korang dan keluarga untuk meraikan kegembiraan musim cuti dengan pelbagai aktiviti menarik, nikmati makanan yang lazat sepanjang perayaan. Bawa keluarga dan cipta kenangan terindah di hotel ini dan join program menarik yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, juga pakej bilik yang menarik sambil makan sepanjang hari sempena perayaan yang akan datang.
Dengarnya, jika bernasib baik, kanak-kanak juga akan di berikan goodies oleh Santa Claus ketika makan di sini..
Bukti hadirr hahahaha ... |
Let the joy of the festive season unfold where each moment is steeped in wonder and delight.
𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐅𝐄𝐀𝐒𝐓𝐒 𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐈𝐓𝐂𝐇𝐄𝐍
• Festive Weekday Lunch Buffet
17th November - 29th December
Adult: RM78 | Child: RM39
• Festive Dinner Buffet
17th November - 30th December
Adult: From RM128 | Child: From RM64
• Christmas Dinner Buffet and Christmas High Tea Buffet
22nd - 25th December
Adult: From RM128 | Child: From RM64
• New Year’s Eve Dinner Buffet and New Year’s Day High Tea Buffet
31st December | 1st January 2024
Adult: From RM98 | Child: From RM49
☎️ +607 268 6868
📩 JohorBahru.FB@hilton.com
P/S : Jom malam ni makan Toseiii hahahahahaha ...
Wahhh meriah betul tgk food tu
ردحذفKannn, memang meriah Rabia ...
حذف