HAPPY DEEPAVALI 2023. DI SEBABKAN Sis berjiran depan dengan dua buah rumah kaum India, so bila dah bunyi mercun dan kedengaran lagu-lagu raya mereka, itu menandakan tibanya sambutan 'Pesta Cahaya' oleh masyarakat India atau Deepavali. Deepavali, iaitu pesta cahaya penuh simbolik merupakan antara perayaan utama yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di Malaysia.
Sambutan Deepavali yang menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan atau simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan, turut dimeriahkan dengan tradisi kunjung mengunjung rumah saudara dan sahabat handai, sekali gus melambangkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Esok 12 November 2023, masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita bakal merayakan perayaan hari Deepavali. Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.
Happy Deepavali 2023
Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya).
Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.
Happy Diwali 2023
Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut. Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.
Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya. Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.
Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.
Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.
Wish you a joyous and prosperous Diwali! Rejoice on this blessed occasion and spread sparkles of peace and goodwill. Have a Happy Diwali! Hope the festival of lights brings your way bright sparkles of peace, contentment, joy, and happiness which stays with you throughout this year and also in the years to come.
P/S: Happy Deepavali buat semua pembaca blog @akusislin yang beragama Hindu ❤
kat area rumah ako ni dah macam bunyi bom pun ada oiii... seriau ako dibuatnya
ReplyDeleteSama laaa, tahu ni punya letopan sangat menakutkan, aku lagi laa depan rumah Ret...
DeleteHappy deepavali pada beragama hindu
ReplyDeleteSelamat bercuti Rabiatul ..
DeleteTahun ni tak byk pulak iklan deepavali kat tv kan.
ReplyDeleteJangan kata iklan, promosi pun macam takde dalam Mall…
Deletedeepavali valthukkal sistur
ReplyDeletePerghh speaking ...
Delete