HOTEL BARU DI JOHOR BAHRU - HYATT PLACE PARADIGM MALL kini telah di buka sepenuhnya untuk orang ramai sejak Oktober lalu. Dan Sis juga berpeluang untuk turut sama berada di sana ketika majlis perlancaran rasmi Hyatt Place oleh YB Dato Haji Mohd Noorazam Bin Dato' Haji Osman (Mayor of The Johor Bahru City Council).
Meriah suasananya dan teruja juga Sis dapat masuk ke dalam hotel Hyatt Place ni yang serba baru dengan rekaan moden. Hyatt Place ni korang senang nak tuju sebab ianya berada betul dalam satu bangunan shopping mall Paradigm Mall,Jb tu. So bagi yang biasa ke Paradigm Mall, tentu laa tau di mana letaknya hotel Hyatt Place ni.
Masa Sis ke sana pun, kebetulan arah tuju ke Hyatt Place masuk melalui laluan parking kereta, memang akan terus menuju ke tingkat 6 atas, dan terus ke pintu masuk lift naik tingkat 7 untuk ke lobby Hyatt Place, so tak jumpalah ruangan lobby besar asal di bawah tu, kecuali kalau korang masuk dari bawah. Kalau naik kereta memang akan terus ke timgkat 6, lebih mudah naik atas terus.
Tapi jangan risau, sebab Hyatt Hotel turut menyediakan 'connecting door' untuk korang yang stay dan boleh terus ke Paradigm Mall Johor Bahru yang terletak di Level G (Concierge). So senang dari hotel nak ke mall, hanya guna laluan connecting tu jer. Untuk mereka yang baru pertama kali ke Hyatt Place ni, untuk parking, better boleh terus naik ke Level 6 (Hotel Parking) dan kemudian boleh terus ke Level 7 (untuk ke Lobby). Faham tak? .. tak faham baca sampai soploh kali..
Hyatt Place didatangkan dengan jumlah 202 bilik selesa dan luas dengan jenis bilik seperti ;
- 1 King Bed
- 2 Twin Beds
- 1 King Bed (dengan City View)
- 2 Twin Beds (dengan City View)
- 1 King Bed (dengan Pool View)
- 2 Twin Beds (dengan Pool View)
**termasuk dengan Sarapan Pagi.
Korang boleh klik link ni untuk lihat info lebih lanjut setiap bilik : https://www.hyatt.com/en-US/hotel/malaysia/hyatt-place-johor-bahru-paradigm-mall/jhbzj/rooms
Setiap bilik dilengkapi dengan Cozy Sofa atau 'Cozy Corner' khas untuk korang berehat santai-santai setelah seharian bershopping atau memang nak berehat lebih selesa di bilik sendiri. Hyatt Place menawarkan fasiliti lengkap seperti :
- 24-hour Fitness Centre
- PERCUMA Wi-fi di sekitar hotel
- The Market Place (Grab & Go) untuk 24 jam
- Smart HDTV
- Host Services (selama 24 jam) untuk apa sahaja yang korang perlukan.
Dan di sini juga mempunyai ruangan khas untuk perokok dan juga 3 ruangan Event Space untuk Meeting atau Majlis kecilan. Untuk wedding agak tidak sesuai sebab ruangannya kecil, kecuali jika bertemakan 'Garden', tu boleh buat di tepi pool. Nice sangattt..
The Market Place (Grab & Go) |
Bukti dah sampai hehehehe.. |
Apa-apa pun, hotel baru kan, serba serbi best, kalau nak rasa best tak best, jemputlah singgah dan stay sini.. jangan dengar-dengar cakap orang itu laa ini laa, sendiri pergi dan rasai pengalamannya sendiri.. one day Sis pun nak juga staycation sini, for now, Sis kongsi dulu dengan korang..
Stay, Play and Unwind Within Paradigm Mall Johor Bahru ❤️
Untuk maklumat lanjut, hubungi no di bawah:
Hyatt Place Johor Bahru
Paradigm Mall, Jalan Mewah Ria 2,
Taman Bukit Mewah, Johor Bahru, Malaysia, 81200
Tel: +60 7291 1234 |
Email : hyattplacejohorbahru@hyatt.com
Website : Hyatt Place Johor Bahru
Lihat LEBIH BANYAK GAMBAR sekitar hotel di facebook page akusislin .
P/S : Oh Ya! Makanan dia pun sedap, masa perasmian tu, kami di hidangkan dengan menu-menunya.. sedap.. (malas nak amik gambo) hahahahaha..
OK next time pasti ako akan try hotel ni :)
ReplyDeleteYup.. senang dalam bandar jee Ret, Mall sebelah jerr
DeleteTunggu dia punya buffet ramadanlah
ReplyDeleteHahahaha Wak memang memahami yaaaa
Delete