JOM MAKAN DIM SUM SEDAP DI WAN LI CHINESE RESTAURANT

Sis Lin
6
JOM MAKAN DIM SUM SEDAP DI WAN LI CHINESE RESTAURANT at Renaissance Johor Bahru Hotel. Rasanya dah kali ke berapa-berapa entah Sis kongsi makan di sini, samaada makan menu terbaru promosi mereka atau makan Pecking Duck dan juga yang kerap Sis kongsikan adalah makan Dim Sum.

So far kalau sebelum ni, Sis makan Dim Sum di Johor ni, hanya ada satu tempat aja Sis pergi, iaitu di HERO Dim Sum, tapi sayang, kedainya dah tutup dan hanya tumpu pada satu kedai iaitu Hijrah Sim Sum (korang boleh google atau waze kalau nak ke sana sebab Sis belum pernah review Hijrah Dim Sum tu). 

Jom Makan Dim Sum Sedap Di Wan Li Chinese Restaurant

Dan sekarang, dah tak payah nak fikir-fikir nak makan Dim Sum mana, korang boleh terus ke Renaissance Johor Bahru Hotel dan masuk ke Wan Li Chinese Restaurant mereka dan nikmati Dim Sum sedap sepuasnya di sana. 

Lebih dari 25 jenis pilihan menu Dim Sum yang boleh korang pilih dan makan, dan yang bestnya, pilihan kesemua menu adalah ala-carte, so korang bolehlah pilih dan mix bebanyak dan share makan ramai-ramai satu meja, puashati kan.. Sebab sebelum ni mereka buat jualan set per/pax, so kali ni menu ala-carte tersedia untuk korang pilih dan makan. 

Jom Makan Dim Sum Sedap Di Wan Li Chinese Restaurant

Jom Makan Dim Sum Sedap Di Wan Li Chinese Restaurant

Setiap hidangan mempunyai rasa yang berbeza. Bagi mereka yang suka makan Dim Sum Sis pasti, mesti korang akan suka akan pilihan yang ada. Harga pun tidak terlalu mahal walau kau makan dalam hotel 5 bintang sekalipun, masih boleh berbaloi dan tempat pun selesa dan agak privacy. 

Antara yang Sis cuba; Wan Li Xiao Long Bao, Har kao, Superior Siew Mai, Seafood and green chives dumplings, Bolo Honey, BBQ chicken Bun, Chilli soft shell crab with mantou, Steamed Chicken Feet in superior abalone sauce, Deep fried bean curd skin rolls with prawn, Deep fried Taro croquette. 

Jom Makan Dim Sum Sedap Di Wan Li Chinese Restaurant

Menu ala carte Dim Sum ini hanya tersedia untuk makan tengah hari sahaja. Sis paling suka Siew mai, Har Hao juga Chives Dumpling yang mana isinya adalah makanan laut kukus dan dipenuhi dengan udang yang banyak dalamnya.. Roti Bolo Ayam BBQ juga sedap, rasa dia sangat 'terkejut' hahahaha.. sedap di tekak Sis. 

Setiap hidangan adalah berkualiti dari segi rasa dan juga rupa. Bukan indah khabar dari rupa yaa.. yang belum pernah try, bolehlah mencuba, yang sudah pernah mencubanya, pasti tahu laa keenakkannya. Nak kata dan puji sedap sangat kang, sedap itu subjektif, sedap di tekak Sis, belum tentu sedap di tekak korang, so kena laa cuba sendiri yaa.. (tekak anak orang cina memang suka menu gini).

Jom Makan Dim Sum Sedap Di Wan Li Chinese Restaurant

Di Wan Li Chinese Restaurant ni, terkenal dengan menu-menu ala-carte Dim Sum dia. Sebelum ni kalau perayaan Tahun Baru Cina pun, menu-menu dia memang terbaekkk arr. Biasa kalau chinese food ni, Melayu kurang sikit nak makan, tapi bila datang di sini, rata-rata orang Melayu pun suka makan kesemua menunya. Mungkin sebab Wan Li Chinese Restaurant ni 'Muslim Friendly', so orang Melayu boleh makan di sini tanpa was-was. 

Ala-carte Dim Sum ni boleh korang cuba setiap hari bermula jam 11am - 3pm.

Untuk tempahan meja: 

Video IG REEL : IG akusislin


P/S : One day nak juga try makan di Hijrah Dim Sum tu.. inshaallah .. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dorang dah tak buat menu All U Can Eat ya?

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah, semuanya menetapi tekak Melayu kita Wak...

      Delete
  3. teringinnya nak ke sini... saya selalu beli dimsum segera aje.. tak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah di sini Yan, sedap dan banyak pilihan ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!