LIRIK LAGU SELAMAT TINGGAL DUNIA - SUHAIMI SAAD | Lagu ciptaan dan nyanyian Allahyarham Mohd Suhaimi Saad bertajuk Selamat Tinggal Dunia yang ditulisnya kira-kira 15 tahun lalu gambaran dirinya akan meninggalkan dunia pada usia muda.
Malaysia telah kehilangan seorang penyanyi berbakat iaitu Suhaimi Saad yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid terkenal, InTeam. Beliau meninggal dunia pada usia 43 tahun disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Al-Fatihah ..
Lagu dan Lirik : Suhaimi Saad
Selamat tinggal pada dunia
Sejahteralah aku disamping-Nya
Selamat tinggal pada semua
Semoga berjumpa di sana
Kenangan dan harapan
Jangan dipersiakan
Bakarlah setanggi jiruskan bidara
Pasakkan nisan rindu
Dipusaraku
Dan cukuplah kematian
Jadi satu pengajaran
Bukan tangisan
Bukan ratapan
Darimu yang ku harapkan
Tapi lafaz keikhlasan
Doa tulus berpanjangan
Semaikan taqwa
Leraikan dosa dosa
Yang merantai jiwa
Tapi seluruh indra
Perlu insaf dan sedar
Semaikan taqwa
Leraikan dosa dosa
Yang merantai jiwa
Duhai insan
Dengarlah sedarlah
Kembali segera
Pada RedhaNya
Mohonlah keampunanNya
Kematianku ini
Suatu tanda
Hidupmu hanya sementara…
Sesuatu ilmu yang boleh dapat dari arwah adalah ;
1. Tahap kebergantungan arwah dengan Allah sangat tinggi
2. Tahajud jangan tinggal
3. Solat berjemaah dengan keluarga, kejar pahala banyak. buat benda sama dengan orang lain yakni solat tapi markah dapat tak sama, solat sorang dapat 1 markah (pahala) solat jemaah dapat 27 markah
3. Jangan takut atau risau pandangan orang terhadap kita. Yang perlu kita risau adalah pandangan Allah terhadap kita
4. Ingat Allah setiap masa, kalau ada hajat minta terus dengan Allah, sebab dengan Allah tak payah guna "CABLE", direct terus ikut highway tanpa charge atau upah
5. Persiapkan anak dan isteri ilmu agama. bekalkan ilmu akhirat, ajar mengaji, memanah. berkuda dan banyak ikut sunnah nabi
6. Santuni isteri, anak-anak dan keluarga. jalan masih berpimpin tangan, makan suap, dan selalu puji Isterinya dalam live TT.
7. Walau sesibuk mana urusan dunia time menyanyi dia layan je tunaikan permintaan peminat request lagu itu dan ini. tapi tiba waktu nak masuk solat cepat-cepat dia akan minta undur diri. Selalu pesan solatlah awal waktu
8. Walaupun arwah suka kutuk, maki atau suka tegakkan pendirian dia yang tak disenangi haters tapi arwah selalu akan mintak maaf sebelum undur diri dan memaafkan orang lain
9. Hidup bersederhana dan anak-anak arwah hormat orang tua, cakap lembut pada Ibunya dan tetamu yang datang
10. Walau anak-anak arwah tak pergi sekokah tapi semua ok je boleh membaca, mengaji, menghafaz, boleh jadi imam. Dan arwah pesan kat sahabat arwah inshaAllah salah sorang anaknya boleh pimpin keluarga dengan ilmu agama.
P/S : Salam takziah buat isterinya, Ina.. Moga terus tabah menghadapi perjalanan hidup bersama anak-anak.. Al-Fatihah buat Suhaimi Saad ..
terbyg si ina tu.. sorang2 pasni nak besarkan anak2 dia.. pasni kena la dia hantar anak dia gi sekolah gak.. klu tak nanti dah besar sayang susah xde pelajaran.. alfatihah buat arwah suami dia..
ردحذفKann Ret .. kita doakan moga Ina Naim kuat menghadapi kehiduoan di masa hadapan .. aamiinnn
حذفsemoga Ina dan anak anak tabah. Lepas ni kena la hantar sekolah sebab dulu arwah SS yang mengajar,
ردحذفAamiinn Ya Allah ...
حذفSemoga rohnya dicucuri rahmat dan dipermudahkan urusan keluarga yg ditinggalkan.
ردحذفSama-sama kita mendoakannya kan Kak .. aamiinnn
حذف