MAKAN DIPnDIP BERSAMA ANAK DAN CUCU di Midvalley SOGO JB. Tahun ni alhamdulilah, banyak betul cerita dan kejadian sempena hari lahir Sis baru-baru ni, cuma belum ada mood dan masa nak kongsi, atau memang takkan kongsi laa, malas pulak nak menaipnya hahahaha..
Tapi sebab blog ni tempat nak berkongsi dan menulis ceritera Sis, so sehari kalau takde menulis di sini, rasa macam kaku jerr jari ni, so kenalah exercisekan jari so kita kenalah menaip apa-apa jerr ceritanya. Tapi dah malas laa nak mengulas cerita 'curang' dan 'penyondol' ni, benda yang takkan habis sampai bebila. Kita doakan je laa, satu hari, apa yang dia buat pada wanita lain, pasti akan Allah balas berganda-ganda kesakitannya, aamiinn..
Ada yang DM tanya, minta Sis beri tips perkahwinan yang dah mencecah ke 30tahun ni, ermmm maaflah, takde tips nak Sis kongsikan, cuma boleh bagi nasihat aja. Satu jer Sis nak pesan pada korang yang sudah bersuami dan Suami korang belum buat perangai atau sudahpun berperangai, 'Ingat, letak ALLAH di HATI, dan SUAMI hanya di SISI, sebab bila kita di landa ujian/dugaan, kekuatan kita pada hati, bila hati kuat, maka yang di sisi semuanya akan baik-baik aja'.. ingat tu..
Manis betul ekkk tapi sedap hahahaha |
Berbalik pada tajuk, sehari selepas birthday Sis, Yana jenis tak puashati,. di paksa ajak juga keluar esoknya pergi makan dan nak belikan hadiah Maknya juga. So Sis dah bersiap-siaplah awal pagi sebelum Cucu sampai, dan kemudian menunggu Yana balik kerja amik Sis dan Cucu.
Memasing tak sarapan pagi, so tempat pertama kami singgah adalah di Yew's Cafe & Bistro. Makan tengahari di sana. Menu pun amik yang Sis belum makan sebelum ni, cuma kami order Tomyum Seafood untuk menu tambahan. Tetap sedap macam selalu juga, yummm..
Then lepas makan, Yana ajak masuk SOGO, katanya suruh pilih nak hadiah apa. Mulanya dia kata nak belikan Skechers, memang tiap tahun itulah hadiahnya, semua Sketchers Sis, Yana yang belikan, cuma sebab now kita boikot itu brand, so taknaklah membelinya.. Sis minta dia belikan kasut but untuk Sis poergi 'kerja' .. alhamdulilah, dapat sepasang..
Terima kasih anak Mak untuk segala hadiah dan segala-segalanya... |
Keluar dari situ, Yana ajak minum kopi dan makan kek, mulanya nak ke SDS, pastu Yana kata bosan laa situ aja hahahaha.. last-last ternampak DipnDip ni, ermmm Sis pulakkk kalau nengok, terus rasa kemanisan betul.. sebab jenis tak suka manis-manis ni..
Tapi sebab nampak macam Yana yang nak makannya, so Sis iyekan aja laaa.. hehehehe.. order yang crepe signature dia, then order juga signature coffee dia.. makan minum share kami berdua, sekali cucu pun Yana suap sikit, kemain suka ekkk manis.. hahahaha
Sangat berat yaa.. buah dia fresh gilerrr |
Oh yaa nak share juga sini.. sebelum Sis keluar tuu, kebetulan ada satu kiriman yang Sis tunggu-tunggu.. takut juga time keluar tu kang, kirimannya sampai, dah susah pulak, orang tu nak letak mana.. alhamdulilah dalam 15minit sebelum Sis keluar, kirimannya pun sampai..
Jauh kirimannya ni, kiriman hadiah birthday penganti diri dari Sun-ah di Busan, Korea sana.. dalam pada jauh-jauh pun sempat juga dia deal dengan seller dari Malaysia ni untuk hadiah bouquet buah dan bunga ni yaa.. terharu sangattt.. hampir nak nangis depan seller tu, tapi kang cair pulak mascara hahahahaha ..
Alhamdulilah, terima kasih Sun.. nanti kau balik, aku tuntut sekeping kek harijadi tauu.. kita makan sesama dan mesti banyak benda nak kita borakkan kann.. kau tido rumah aku yaa.. aku macam dah plan, nak ikut kau balik Sarawak time kau balik Malaysia nanti.. moga Allah izinkan..
P/S Macam nak lepak kedai kopi jer sat lagi.,. tapi di mana ekk... jomm sapa free ..
laa nih kita duk cerita dengan cucu jer la ye LIN, cucu kak ana belum boleh makan lagi hehe :)
ReplyDeleteKan Kak, jadilah buat cerita di blog buat kenangan ...
DeleteMasyaAllah comel cucu kak
ReplyDeleteAlhamdulilah, trima kasih Rabia ..
DeleteYa allah lama nya x makan dipNdip.. ni zaman muda mudi kemain tetiap minggu lepak situ.. dah tua2 ni dah x rajin nak makan manis2 kan walau manis tu antara fav hahaha
ReplyDeleteKann, sama aku, kalau takde orang belanja, rasanya tak makan kot hahahaha
DeleteCuya tak pernah try DIpnDip.. macam sedap jeee.
ReplyDeleteKalau suka manisan, mesti sukakannya ..
Delete